Memaparkan catatan dengan label FREE GIFT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FREE GIFT. Papar semua catatan

Khamis, 14 Februari 2013

MUG LAMA KE BARU NI?

Salam semua.  Sebelum Tahun Baru Cina hari tu aku dan keluarga keluar bershoping di supermarket berhampiran.  Kebetulan pulak ada promo Kit Kat sempena Tahun Baru Cina. Dengan pembelian pek khas bolehla bawak balik mug kaler merah ni.  Tapi persoalannya ialah mug yang aku dapat ni rasa rasanya design lama. Aku pun tak pernah ada mug ni so bila budak kaunter tu bagi aku ambil ajer la.  Dia pun tak cakap apa apa.  Selang beberapa hari baru keluar iklan promosi Kit Kat kat TV dan mug yang diedarkan untuk kali ni design berbeza dari yang aku dapat ni.  Takpela..mungkin dah habis kut ..tu yang dia bagi mug lama kat aku. Apapun kita simpan ajela.  Esok esok boleh jual..ehe



mug design lama la pulak






Selasa, 28 Ogos 2012

KOLEKSI SAMPUL DUIT RAYA 2012

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya...Alhamdulillah tahun ni aku dan keluarga berhari raya pertama di Seri Manjung di Perak.  Raya ketiga kami beraya pulak kat Bukit Tanah, Selising di Kelantan. Anak aku yang baru masuk 3 tahun beraya sakan tahun ni sebabnya mungkin baru tahu mengenai hari raya..dulu masa kecik memang langsung tak tau.  So, mana mana pergi beraya adalah yang memberi duit raya untuk anak aku. Alhamdulillah banyak lah jugak dapat..boleh buat simpanan dalam tabung haji. 

Yang aku nak post ni berkenaan sampul duit raya yang anak aku dapat. Mulanya aku buat tak tau ajer pasal sampul duit raya ni..tapi isteri aku dalam diam mula mengumpul sampul sampul ini..ehe..Isteri aku cakap design setiap tahun sampul ni berubah ubah terutamanya kalau sampul bank..mesti ada design baru setiap tahun.  So, aku pun support jugak la sepertimana dia support hobi mengumpul duit aku ni.  Antara banyak sampul yang anak aku dapat, aku view kat sini mana yang aku rasa unik...So, layan ajer la..


PETRONAS


AL-IKHSAN (DEPAN)


AL-IKHSAN (BELAKANG)


PERODUA


HONG LEONG ISLAMIC


SSPN 

 

KELANTAN FA
RED WARRIOR
(BELAKANG)


KELANTAN FA (DEPAN)
ADA TOK GURU LAGI


SATU MALAYSIA
JAB PERDANA MENTERI


TESCO 
ADA DUA DESIGN


SAMPUL YANG LAIN LAIN DARI PELBAGAI SYARIKAT DAN JENAMA













Isnin, 9 Julai 2012

PROMOSI MANUSIA LABAH LABAH

Salam semua...movie spiderman edisi terbaru telah kembali.  Memang menjadi trend, bila keluar movie meletup macam ni akan adalah jugak barang barang limited edition berkaitan movie ni.  The Amazing Spiderman yang baru keluar 5 Julai 2012 ni pun tak terkecuali.  Macam macam barang Amazing Spiderman dikeluarkan oleh banyak pihak untuk peminat-peminat Spiderman dan juga collector limited edition.  So, entry ni aku just nak share antara promo Spiderman yang menawarkan barang limited edition.  Kalau ada promo lain yang aku tak masuk kat sini..bolehlah share info...


T-SHIRT LIMITED EDITION DARI BIG CINEMAS


CAWAN GLOW IN THE DARK DARI MBO CINEMAS


BUCKET EDISI TERHAD DARI KFC



CAWAN 3D DARI GSC..SIAP ADA COCA COLA LAGI..BEST!


DONUT SPIDERMAN DARI KRISPY KREME..YANG NI KENELA MAKAN..KALAU NAK SIMPAN KENE AWET DULU LA..BARU TAK NAIK KULAT



HA..YANG NI BAGI SESIAPA YANG PERGI INDON BOLEH DAPATKANNYA DI SANA YA
HANYA DI BLITZMEGAPLEX INDONESIA

So, mana yang nak cukupkan koleksi..bolela pergi cari . Aku ni tak berpeluangla memandangkan tempat aku ni takde pun sumber yang aku bagitau tu. Yang ada pun KFC jer itu pun takde sebab la pulak nak beli sampai satu bucket.  Kalau ada can nak bagi makan ramai ramai..bolehla beli bucket,  kalau tak..tengok kat blog rakan rakan ajer la..sekian

Khamis, 7 Jun 2012

BEKAS AIR 3D TOM N JERRY

Assalamualaikum.  Nak cerita ringkas jer.  Jalan jalan di Giant lagi aku masuk kat Guardian.  So, ternampak pek colgate berserta bekas air 3D Tom n Jerry.  Bekas air yang cantik ni memang sesuai untuk anak aku.  Dia pun minat Tom n Jerry ni.  Bagus untuk menggalakkan anak aku banyak minum air masak.



KENA PAKAI SPEK 3D KUT BARU NAMPAK TIMBUL
TAPI SPEK MATA KENE BELI LAIN LA


Ada 4 design kesemuanya, tapi time aku beli ni hanya tinggal sepeket kaler kuning ni ajer.  Laku sangat kut.  Lawa design dia.


Kepada rakan-rakan collector, dapatkanlah kesemuanya.  Aku dapat satu ni pun alhamdulillah la.  Sekian.

THERMOS COCA COLA

Assalamualaikum.  Terima kasih atas info dari blog rakan-rakan mengenai thermos COCA COLA ekslusif hanya di MyNews.Com.  Masa jalan kat Giant Seri Manjung tempoh hari aku pun singgah la ke kedai MyNews.  Tanya kat kaunter tu ada lagi tak thermos dan dia jawab ada banyak lagi.  Tak habis-habis rupanya stok kat Seri Manjung ni.  So, aku pun buatlah pembelian mengikut syarat yang ditetapkan untuk dapatkan thermos tu. Aku amek satu jer.  Cukuplah.  Boleh bagi isteri aku buat bawak bekal susu panas pergi sekolah.  


MERAH MENYALA
WARNA EKSLUSIF COCA COLA


 Air COCA COLA yang aku beli sebagai syarat untuk dapatkan thermos tu pun dah selamat diminum sampai habis.  

Sempena EURO 2012 ni COCA COLA menganjurkan pertandingan minum dan menang.  Tengok bawah penutup dan menang hadiah tertentu.  Untuk info lanjut tentang peraduan tu boleh tegok di link
http://www.coke.com.my/euro_2012/index.html


Ada kod kategori hadiah yang kita menang antaranya tiket pg tegok Euro, Jersi, bola, topi n wallpaper.  Kod yang aku dapat ialah WP : WALLPAPER.  Nak tebus simple jer pg jer kat web www.coke.com,my.


Inilah wallpaper yang aku dapat.  Jadilah tak dapat yang lain pun...




Sekian.....

Rabu, 6 Jun 2012

MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT

Minum MILO anda Jadi Sihat Dan Kuat!Itula dia slogan milo yang aku rasa paling melekat di hati.  Sejak aku kecik lagi milo ni dah wujud.  Sampai teka teki pun ada berkait dengan milo.  'Macam mana Ali nak seberang sungai yang penuh buaya?' Jawapannya ' Ali masa tuh baru balik dari kedai dia beli milo, so minum milo tuh dia jadi la sihat dan kuat dan boleh terus lompat sungai tu. Lawan buaya pun boleh kut'.  Tu dia pengaruh milo zaman tu terhadap kanak-kanak.

Skang ni bila tengok balik rakan rakan collector mengumpul barang barang milo ni...old skool ke ..baru ke..semuanya telah mengimbau kembali zaman masa kita membesar minum milo.  Tahniah dan syabas kepada semua collector. Tanpa disedari selain kita memenuhi tuntutan minat, kita juga telah menyimpan sejarah yang mungkin akan dikenang oleh generasi akan datang.  So, untuk support rakan rakan colector di luar sana aku pun sekadar nak share barang milo yang aku ada...asalnya barang aku ni bukan untuk dikumpul ( semuanya aku n keluarga aku dah guna).  Tapi atas kesedaran tentang nilai yang ada, aku akan berusaha untuk kekalkannya (maksudnya aku tak buang atau biar buruk macam tu jer).


Tin milo 100 tahun Nestle



Ada dua yang ni


Yang ni ada 4





Isteri aku isi nescafe paket 



Pernah jadi mainan anak aku.
Penutup dah hilang..sayang sekali


Berkarat sikit-sikit



Anak aku conteng 
Boleh dipadam sebab pakai pensel




Itula dia serba sedikit mengimbau kenangan milo di zaman kanak-kanak.  Kepada semua rakan collector
di luar sana, teruskan usaha anda.  Teruskan minat anda dan sambil itu kita minum milo untuk kesihatan
kita.  Tahniah untuk semua!!  Sekian

Selasa, 5 Jun 2012

MANGKUK F & N MILK POWDER

Assalamualaikum, hari ni bosan di rumah maka aku pun pergi memburu seperti yang dicadangkan oleh rakan rakan.  Tak memburu jauh pun, sekitar rumah aku jer.  So apa yang aku dapat ini lah dia..mangkuk yang saiznya antara sedang2 dan besar daripada F & N MILK POWDER.  F & N tu aku tau la jenama untuk berjenis bahan tapi yang aku tak tau MILK POWDER tu. Susu tepung ke? F & N ada ke susu tepung? 


CORAK DALAM MANGKUK


  
MADE IN KOREA RUPANYA


REMBAT SEKALI TIGA LA....