Selasa, 5 Jun 2012

CERITA RM50 MERDEKA

Assalamualaikum.  Entry berkenaan duit pulak.  Entry sebelum ni pasal mangkuk (http://koleksidinee.blogspot.com/2012/06/mangkuk-f-n-milk-powder.html).  Takde apa pun yang rare atau unik tapi sekadar nak berkongsi info dan minat sahaja.  Bagi yang tak meminati hobi mengumpul duit ni mungkin tak menyedari yang RM50 yang ada skang ni mempunyai pecahan dan sifat yang berbeza.  So aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat sepanjang berkecimpung dalam bidang ni.

RM 50 edaran siri ke empat diterbitkan pada tahun 2007 dan didatangkan dengan logo 50 tahun merdeka.
Yang mula mula ni dia dalam folder khas dan ada jalur emas kat sisi.  Kesalnya aku takde yang ni.  (Mahal benar tak mampu aku nak beli)  Pengeluaran untuk edaran umum pada tahun 2008 bermula dengan prefix AA0020001.


Keluaran pertama RM50 ni ada logo 50 tahun merdeka kat bucu atas tu dan ada tulisan 1957-2007 dekat bawah di angka 50.  Keluaran yang ada sifat macam ni bermula dengan prefix AA dan berakhir dengan prefix AE





Untuk prefix AF dan seterusnya , tiada lagi logo 50 tahun merdeka dan tulisan 1957-2007.  Selain itu benang sekuriti juga telah diperbaharui.




KOLEKSI AKU UNTUK SET RM50 BARU NI
SEMUANYA DIPEROLEH DARI EDARAN

Selain itu, ada jugak keluaran untuk REPLACEMENT NOTE iaitu prefix ZA dan ZB.  Setakat ni aku hanya ada ZB sahaja.  Aku dah pernah post dulu (http://koleksidinee.blogspot.com/2012/05/rm50-replacement-prefix.html).

Inilah RM50 yang aku simpan untuk tatapan generasi akan datang.  Sikit sahaja tapi besar ertinya bagi yang meminati.  Wasalam. Sekian

15 ulasan: