Ahad, 10 November 2013

THAILAND MARI

Assalamualaikum semua.  Anda pernah ke Negara Thai?  Aku tak pernah ke sana.  Sempadan Malaysia Thailand saje yang pernah sampai.  Setiap negara mengeluarkan promosi masing masing berkenaan jenama contohnya jenama Nescafe.  Negara Malaysia dan Thailand masing masing mengeluarkan promosi mug yang memaparkan identiti tersendiri.  Perbezaan dan keunikan inilah yang membuatkan ianya diburu, dikumpul dan disimpan sebagai koleksi berharga.

Alhamdulillah, aku berpeluang memiliki mug keluaran negara Thai walaupun tak berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Gajah Putih tu.


Dapat 6 mug hasil pembelian dari Group Nescafe/Milo di Facebook



2 set yang mempuyai corak dan tema berbeza


Tak cukup set sebenarnya..mug sempena World Cup tak tahu edisi yang mana


Tema burung..tak taula sempena apa..tapi ada tulisan Thai

Berbalik pada soalan tadi.  Anda pernah ke Negara Thai? Atau...Anda akan ke Thailand?  Kalau nak pergi..bolehla cari barangan seumpama ini di sana dan boleh berkongsi atau jual kepada saya dengan harga yang berpatutan.  Ehhhe...sekian.