Sabtu, 19 Mei 2012

KOLEKSI KERETA KEBAL

Salam semua.  Skang ni aku bersama-sama rakan sekerja aku sibuk mengumpul koleksi kereta kebal.  Aku mulanya tak cari pun tapi lepas beberapa orang rakan aku terutamanya collector model die cast sibuk bercerita berkenaan kereta kebal ni, aku pun mula la terjangkit.  Best jugak simpan kereta kebal ni


MODEL SIRI 1 DAN SIRI 2


SIRI 1
TIGER TANK-JERMAN (1943)

SIRI 2
 M1A1HA ABRAMS -US (2003)

Koleksi kereta kebal ni ada 13 siri kalau aku tak silap.  Di Malaysia baru je muncul setakat 3 siri.  Kalau di Kuala Lumpur atau bandar besar mungkin pegeluaran lebih cepat.  Tempat aku ni pekan kecik je, baru sampai siri 3 minggu lepas ( aku dah pun beli ). Ehe. Siap pesan lagi kat tauke kedai tu suh simpan sebab benda ni laku macam goreng pisang panas.  Siri 1 dan 2 yang aku beli ni pun tauke tuh amek dari order yang kali ke dua.


NI PACKAGING SIRI 1.  MENARIK.
HARGA PUN MURAH LAGIK
RM9.90


BAHAGIA BELAKANG PACKAGING SIRI 1


SETIAP MODEL DIBUAT IKUT SKALA 1:72

Setiap siri kereta kebal ni datang skali dengan majalah COMBAT TANKS COLLECTION.  Majalah lengkap dengan penerangan berkenaan kereta kebal , sejarah, taktikal perang dan sebagainya.  

Ni antara apa yang terkandung dalam majalah untuk siri 1 dan siri 2





Lagi gambar-gambar berkenaan model kereta kebal siri 1 dan 2







BERSEDIA UNTUK BERPERANG

So, aku bercadang untuk kumpul kesemuanya ..buat masa sekarang baru ada 3 siri (siri 3 akan aku post kemudian).  Aku harap berjaya la ku kumpul semuaya.  Dulu aku try kumpul kereta Ferrari dan James Bond tapi semuanya selamat jatuh ke tangan anak aku dan ada yang hilang, berkecai dan sebagainya.  Kereta kebal ni pun kat packaging dah siap bagi warning yang berbunyi 'MODELS FOR COLLECTORS.  NOT SUITABLE FOR CHILDREN UNDER 14 YEARS OLD'.  Sekian


8 ulasan:

  1. terbaik ni.. mana nak cari.. ada tengok iklan kat tv.. tapi belum serius untuk memiliki... so bila tgok terasa nak beli gak sebb harga masih murah..

    BalasPadam
  2. siap ada kotak untuk display lagi tuh...aku minat gak ngan model2 diecast nih..setakat ni ada dekat 100 biji model die cast hot wheel, match box dan tomica yang aku collect(semua kete la)..yang ni x dpt lagi nih...kt mana dapat ni bro??teringin jugak nak nih...

    BalasPadam
  3. syabas! sebenarnya ini keluaran akhir tahun lepas atau awal tahun 2012 tidak silap, namun ianya diiklankan pada akhir bulan lepas tidak silap. Namun iaryylr baru ada 2 buah juga, yang pertama tu murah boleh beli lebih. Syabas! memang best!

    BalasPadam
  4. siri ni bole dapat kat kedai buku..kat Popular ada ..aku beli kedai jual surat khabar tempat aku jer

    BalasPadam
  5. tq bro.. informasi menarik.. nanti kene serbu kedai buku untuk mendapatkan kereta kebal ni.. cntik tuk koleksi..

    BalasPadam
  6. Tak pernah kumpul lagi benda-benda macam nie. Menarik juga. Tapi...bila pikir-pikir kalau dapat kat anak buah..alamat berkecailah. Macam mana ya Dinee boleh simpan elok-elok mcm tu dlm almari. tak de budak-budak yang mintak ke bila nampak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak duk tgk jugak.skali bg jugak dia pegang tapi kene bgtaula ni barang abah.ajar dia hormat barang kita dan dlm masa yang sama kita hormat barang mainan dia jugak.ehe

      Padam
  7. Minat tak nak collect kapal terbang era WWI dengan WWII?

    BalasPadam