Ahad, 30 Disember 2012

DUIT ...DUIT.... KE MANA KAU DUIT??

Assalamualaikum.  Dari berjinak jinak mengumpul wang kertas dan syiling, aku berevolusi ke mengumpul barangan barangan dari jenama terkenal seperti Milo, Nescafe, Lipton dan sebagainya.  Disebabkan benda benda ni berkait aku pun terjebak pulak dengan mengumpul barang barang lama atau pun yang memang dah tak digunakan atau dijumpai pada masa sekarang nih.  Bermula dengan mengumpul kotak mancis hotel lama.  So, kali ni aku akan post berkenaan barang lama yang aku mula kumpul dan barang ni aku hanya terjumpa secara kebetulan dan sedikit pemburuan yang aku minimakan kosnya.  

Tajuk post kali ni sebanarnya ialah lirik lagu yang aku pun tak ingat sape yang nyanyi tapi lagu tuh memeng cukup terkenal di zaman 80 an dulu. Time aku berada di zaman kanak kanak riang.  Sebab apa aku ingat lagu nih sebabnya aku pernah nyanyi sekuat hati dulu dalam bank sebab nampak gambar duit. Sampai malu mak aku time tuh. Tapi biasalah budak kecik, apa orang nak kisah kan. ehe.  Aku ingat lagi bank yang menjadi saksi nyanyian aku tuh ialah Bank Standard Chartered di Sitiawan Perak. Memori masa tuh kembali aku ingat bila aku terjumpa buku akaun aku masa tuh .


BUKU AKAUN SIMPANAN KANAK KANAK
MULA DIBUKA AKAUN TAHUN 1984



TAK PAKAI LAGI SIMBOL RM..EJAAN PUN MASIH STYLE LAMA


ADA JUGAK TULISAN CINA

PS : MENABUNGLAH UNUK MASA DEPAN ANAK ANAK ANDA