Selasa, 28 Ogos 2012

KOLEKSI SAMPUL DUIT RAYA 2012

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya...Alhamdulillah tahun ni aku dan keluarga berhari raya pertama di Seri Manjung di Perak.  Raya ketiga kami beraya pulak kat Bukit Tanah, Selising di Kelantan. Anak aku yang baru masuk 3 tahun beraya sakan tahun ni sebabnya mungkin baru tahu mengenai hari raya..dulu masa kecik memang langsung tak tau.  So, mana mana pergi beraya adalah yang memberi duit raya untuk anak aku. Alhamdulillah banyak lah jugak dapat..boleh buat simpanan dalam tabung haji. 

Yang aku nak post ni berkenaan sampul duit raya yang anak aku dapat. Mulanya aku buat tak tau ajer pasal sampul duit raya ni..tapi isteri aku dalam diam mula mengumpul sampul sampul ini..ehe..Isteri aku cakap design setiap tahun sampul ni berubah ubah terutamanya kalau sampul bank..mesti ada design baru setiap tahun.  So, aku pun support jugak la sepertimana dia support hobi mengumpul duit aku ni.  Antara banyak sampul yang anak aku dapat, aku view kat sini mana yang aku rasa unik...So, layan ajer la..


PETRONAS


AL-IKHSAN (DEPAN)


AL-IKHSAN (BELAKANG)


PERODUA


HONG LEONG ISLAMIC


SSPN 

 

KELANTAN FA
RED WARRIOR
(BELAKANG)


KELANTAN FA (DEPAN)
ADA TOK GURU LAGI


SATU MALAYSIA
JAB PERDANA MENTERI


TESCO 
ADA DUA DESIGN


SAMPUL YANG LAIN LAIN DARI PELBAGAI SYARIKAT DAN JENAMA