Jumaat, 7 Disember 2012

HOTEL KANGAR TRAVELODGE, PERLIS

Assalamualaikum.  Bagi warga Perlis khususnya di Kangar, mesti tahu pasal Hotel Travelodge di Kangar.  Aku dan keluarga aku pernah menginap di situ suatu masa dulu time kakak aku belajar di Universiti Utara Malaysia. Area tahun 1998.  Masa pergi tuh, kami memang membawa balik barang hotel yang ada dalam bilik tuh macam mancis, syampu, sabun.  Time aku balik Seri Manjung hari tuh, aku terjumpa kotak mancis Hotel Travelodge ni. Yang buat aku nak simpan kotak mancis ni ialah, skang ni Hotel Travelodge ni dah bertukar nama ke Hotel Putra Palace. So, kotak mancis dia pun mungkin dah tulis Putra Palace.  Apalagi, kita kumpul dan simpan!!


MASIH ADA MANCIS DI DALAM



BANGUNAN HOTEL 
SUMBER GAMBAR : traveling2u.blogspot.com

KELAB COLGATE 1988


Assalamualaikum.  Last entry aku sebut pasal kedai terpakai yang baru aku lawati dan telah selamat memiliki mug Lipton.  Selain mug Lipton tuh, aku dapat jugak gelas khas untuk ahli kelab Colgate  yang ditubuhkan lama dahulu pada tahun 1988. Time tuh memang famaous la kelab colgate ni.


TRADEMARK UNTUK KELAB COLGATE





MUG LIPTON


Assalamualaikum. Aku n keluarga pulang ke kampung isteri di Selising, Kelantan.  Semalam, tergerak hati untuk saje saje tengok ada satu kedai menjual barangan terpakai ni.  Lama dah kedai tuh, cuma aku jer tak pernah nak masuk sebab keadaan kedai atau gudang tuh teramatlah dasyat dan sekali tengok macam tempat pembuangan sampah. Mana pintu masuk pun tak jumpa. Bersepah barang. Nak pijak lantai pun payah.  Tapi oklah, sekali aku try masuk tuh dapatlah jugak barang barang yang aku suka simpan ni. Harga pun murah.  Kira cincai cincai jer.  Antara barangnya yang aku dapat ialah mug Lipton ni.  Bila punya keluaran aku pun tak tau.  Dalam kedai tuh memang kotor la mug ni. Nasib baik kaler kuning, dari jauh aku nampak dah. Tengok ada tulis Lipton. 


SUDAH DIBERSIHKAN

Mug Lipton pun aku tak banyak ada. Yang ni baru yang ke dua. Lipton pun tak banyak bagi mug free macam Milo.