Ahad, 29 Julai 2012

RM10 : SAMA TAPI TAK SERUPA

Assalamualaikum.  Petang semalam berjalan jalan di bazar Ramadhan.  Jalan jalan cari makan untuk berbuka puasa.  Macam biasa la kalau dapat balance duit kene tengok dulu. Mana tau dapat duit rare ke.  Tapi sekarang ni memang jarang sangat dah terjumpa duit kertas atau duit syiling yang rare.  Mungkin kebanyakannya dah jatuh ke tangan para collector.  Kalau nak jumpa pun banyak kat Ebay, Mudah atau Facebook.  Kalau dulu selalu sajer aku dapat duit yang rare sama ada ada dari segi jenis matawang, no prefix, first n last prefix, sign lain, keydate dan lain lain.  Tapi skang dah jarang dah sampai kadang kadang aku terlupa nak selidik duit yang aku baru dapat.  

Tapi hari tu Alhamdulillah aku dapat sekeping RM10 yang mulanya aku memang tak perasan.  Ingat RM10 biasa jer.  Rupanya sama tapi tak serupa.


RM10..APA BEZANYA?


YANG NI RM10 BIASA (TERBARU DALAM KELASNYA)

Bagi yang tak perasan, RM10 kat atas tu adalah keluaran sebelum yang gambar di bawahnya.  Keduanya adalah RM10 sign Zeti Akhtar Aziz tapi keluaran terdahulu tidak mempunyai garisan keselamatan kat tepi tuh. Perkataan SEPULUH RINGGIT mempuyai background warna yang berbeza.

Mulanya aku ingat garisan keselamatan tu dibuang pihak tertentu tapi bila tengok nombor prefix memang sah ianya asli. Ehe


NO PREFIX DC
KELUARAN NI BERMULA DENGAN PREFIX CY - FC

So, aku pun simpanla untuk koleksi aku yang tak seberapa ini.  Sekian