Rabu, 4 Julai 2012

DAULAT TUANKU

Salam untuk semua..Alhamdulillah, aku telah pun memperolehi Syiling Peringatan sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sebagai Yang di Pertuan Agong XIV.


Gambat muka hadapan


Muka Depan


Sejarah penting di mana seorang Sultan dilantik menjadi Agung sebanyak 2 kali



Muka Belakang
Istana Negara yang baru 


Spesifikasi Syiling

Terima kasih banyak kepada rakan yang telah bersusah payah tolong pergi beli kat BNM.  Harga memang dah up tapi aku rasa ok la sebab bagi aku yang duk jauh dari mana-mana cawangan BNM ni, nak pergi membeli sendiri adalah sesuatu yang amat sukar dan mungkin boleh dikatakan mustahil.  So, kalau ada yang sudi beratur dan membeli bagi pihak aku kemudian pos memang berbaloi. Kalau nak kira kos keseluruhan aku pergi beli sendiri memang terasa ruginya..rugi duit n masa hanya kerana nak sekeping atau dua keping. Dengan minyak kereta, tol, makan minum dan sebagainya.  Memang betul ada pihak yang tak bersetuju harga di up kan kerana sebab tertentu tapi macam aku cakap tadi bagi golongon collector yang tak berpeluang menjejak kaki ke BNM, ini merupakan satu kemudahan memandangkan BNM tidak menyediakan kemudahan untuk membeli secara online.  Kalau nak beli di Mudah.my..Ebay ...dan dealer di luar sana pun harga tetap jugak akan up.  Senang cerita, ianya ada pro n kontra macam apa yang dikatakan dalam blog lunaticg.blogspot.com. Ini cuma pandangan aku yang collector kecil-kecilan dan setahun jagung ni.  Pandangan collector lama mungkin berbeza based on pengalaman diorang.  Apapun kita hormat pandangan orang lain dan berusaha untuk menambah baik. Tak salah kan?...Sekian.