Sabtu, 12 Mei 2012

SYILING PERINGATAN 30 TAHUN MERDEKA

Assalamualaikum...syiling peringatan ialah syiling yang dikeluarkan oleh bank negara bagi memperingati peristiwa yang berlaku dalam negara Malaysia kita ni.  Bank negara Malaysia telah keluarkan banyak syiling peringatan dan syiling peringatan ini kebanyakannya telah dimiliki oleh para pengumpul bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga.  Melalui syiling peringatan juga negara kita dapat diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa.

Aku yang masih baru dalam bidang ni tak pernah pun membeli syiling peringatan ni.  Sekarang ni pun tgk tgk koleksi orang lain jer.  Alhamdulillah, pada suatu hari tu dengan tak disangka-sangka aku telah mendapat syilng peringatan sempena 30 tahun kemerdekaan Malaysia.  Pada masa tu aku dan keluarga aku membeli belah di pasaraya.  Segalanya berjalan seperti biasa, membeli barang dan akhirnya beratur untuk membuat pembayaran di kaunter pasaraya.  Pembayaran pun berjalan lancar dan takde apa yang dirasakan pelik pun ketika itu.  Lepas tu , bila keluar je pintu pasaraya anak aku nak naik permainan kanak-kanak yang kene masuk duit syiling tu. Masa tu cari la duit syiling 50 sen dalam poket. Takde.  Aku minta isteri aku dan dia pun tengok balik baki syiling yang pasaraya tadi bagi. Pastu dia cakap ' La, ada lagi syiling RM1 ni diorang bagi'. Bila aku dengar syiling RM1 tu aku terus tgk.  Best jugak kalau dapat syiling RM1 keris ni.  Tapi yang aku tgk bukan syiling RM1 tapi syiling peringatan 30 tahun merdeka.  Berganda lagi keseronokan aku.

Tak tahu la macam mana syiling tu boleh ada kat situ.  Mungkin ada orang yang tak tau yang tu syiling peringatan. Ataupun menganggap syiling itu sama dengan syiling RM1 yang lain.  Kemungkinan yang lain ialah time tu takde dah duit lain, yang ada cuma syiling peringatan je.  Bayar ajela. Dah terdesak.  Apa pun, alhamdulillah, syiling ni selamat sebagai koleksi aku.  


GAMBAR HADAPAN

30 TAHUN MERDEKA 

1957-1987


GAMBAR BELAKANG

NILAI MUKA $ 1


DIKELUARKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Insyaallah, hajat aku untuk memiliki lagi syiling peringatan yang lain.  Kena keluar modal sket la.  Perkara seperti yang aku cerita tadi mungkin tak akan berlaku lagi.  Kalau berlaku pun itu ialah kuasa Allah SWT yang memberi rezeki kepada hamba-hambanya. Wasalam.