Memaparkan catatan dengan label 1 SEN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1 SEN. Papar semua catatan

Ahad, 8 Julai 2012

SAMPUL DUIT RAYA 2012

Assalamualaikum...Alhamdulillah, lagi beberapa hari je lagi seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Selepas sebulan menikmati nikmat Ramadhan, Syawal pula bakal kita sambut sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran atas nikmat yang Allah telah kurniakan.  Duit baru pun  bakal diedarkan sebelum Raya ni..insyaallah.  Boleh tengok post lama saya LAMA DAN BARU.

Seiring dengan pengedaran duit baru tahun ni...apa kata kenekan dengan sampul duit raya yang unik.  Baru budak-budak rasa teruja..Teruja dengan sampul duit n bila bukak teruja pulak dengan duit raya baru walaupun RM1..takpun 50 sen baru..ehee.  Luar dalam semuanya barang baru punya.

  
SAMPUL DUIT RAYA 2012
ADA 8 DESIGN SEMUANYA



 KOD 1 : GORAYA

KOD 2 : LUMIA


KOD 3 : BEN10


KOD 4 : iPHONE

KOD 5 : SAMSUNG GALAXY NOTE


KOD 6 : MONEYBOOK


KOD 7 : ANGRY BIRD



KOD 8 : TWITTER


Menarik kan?  So, sesiapa yang teringin nak membuat anak-anak kita teruja dan lebih gembira di Hari Raya ni bolehlah membuat tempahan secara pre order melalui blog ini atau lawati facebook 
DINEE COLLECTION untuk info harga dan detail yang lebih. 
Boleh jugak PM terus facebook NORIS MALIZA

Secara ringkas info sampul ni

ada 8 design semuanya
1 paket ada 5 keping
bole campur2..

PRE-ORDER DARI 8/7/12 SEHINGGA 15/7/2012 SAHAJA
SO KENA CEPAT...K


SAIZ SAMPUL..TAK DAPAT NAK GAYAKAN DENGAN DUIT BARU ..
KENE TUNGGU  15 JULAI NI LA...



SEKIAN...


Ahad, 6 Mei 2012

HARTA KARUN?..MUNGKIN SELEPAS 1000 TAHUN

Antara banyak duit syiling yang boleh didapati di pasaran sekarang ni...duit syiling 1 sen la yang paling susah nak dapat.  Sejak kaedah penghampiran nilai digunakan ni, takdela dah dapat syiling 1 sen masa bayar bil air atau bil elektrik.  

Masa kecik dulu, abah aku selalu simpan duit syling 1 sen ni..bukan abah aku je..sume orang dalam rumah aku masa tu asal dapat je 1 sen mesti simpan dalam bekas khas untuk syiling 1 sen je..so rasenye memang banyak la jugak terkumpul.  Aku ingat lagi bekas tu bekas coklat diperbuat dari besi...bukan coklat tu besi..tapi bekas tu yang besi...So, masa aku balik kampung hari tuh, aku mula la mencari bekas tu..tanya abah, tanya mak..sume dah tak tau letak kat mana...macam cari harta karun pulak rasenyer...sehari jugak la mencari..lastnya berjaya jugak aku jumpa dalam bilik adik aku yang separuhnya dah dijadikan stor..

Inilah die bekas biskut @ coklat yang menyimpan duit syiling 1 sen tuh


MACKINTOSHS QUALITY STREETS
CHOCOLATES AND TOFEES


MADE IN UNITED KINGDOM
ROWNTREE MACKINTOSH LTD YORK YO1 1XY ENGLAND


bile dibuka bekas ..inilah hasil kandungan di dalamnya


bile diselongkar sume 1 sen ni...adala jugak jumpa syiling Singapore 2, 3 keping..5 sen, 1 sen...tapi 1 sen yang rare takdela kat dalam ni..sume yang tahun biasa biasa je...ade beberapa aku ambik untuk letak dalam album ikut tahun..yang lainnya remain dalam bekas pusaka ni...

Tentang nilai syiling 1 sen ni aku pun tak tau la..sebab condition sume takdela sampai tahap UNC atau BU..TAPI  selepas 1000 tahun adalah up sket kut..ehehee..yang bestnya bekas coklat ni pun boleh dikira RARE jugak la kut..sebab aku rasa dah takde dah jumpa kat pasaraya...made in United Kingdom lagi...tahun area 1970 an rasenya...so, dengan bekas ni skali aku simpan..mana tau jadi harta karun jugak......wsalam