Ahad, 6 Mei 2012

HARTA KARUN?..MUNGKIN SELEPAS 1000 TAHUN

Antara banyak duit syiling yang boleh didapati di pasaran sekarang ni...duit syiling 1 sen la yang paling susah nak dapat.  Sejak kaedah penghampiran nilai digunakan ni, takdela dah dapat syiling 1 sen masa bayar bil air atau bil elektrik.  

Masa kecik dulu, abah aku selalu simpan duit syling 1 sen ni..bukan abah aku je..sume orang dalam rumah aku masa tu asal dapat je 1 sen mesti simpan dalam bekas khas untuk syiling 1 sen je..so rasenye memang banyak la jugak terkumpul.  Aku ingat lagi bekas tu bekas coklat diperbuat dari besi...bukan coklat tu besi..tapi bekas tu yang besi...So, masa aku balik kampung hari tuh, aku mula la mencari bekas tu..tanya abah, tanya mak..sume dah tak tau letak kat mana...macam cari harta karun pulak rasenyer...sehari jugak la mencari..lastnya berjaya jugak aku jumpa dalam bilik adik aku yang separuhnya dah dijadikan stor..

Inilah die bekas biskut @ coklat yang menyimpan duit syiling 1 sen tuh


MACKINTOSHS QUALITY STREETS
CHOCOLATES AND TOFEES


MADE IN UNITED KINGDOM
ROWNTREE MACKINTOSH LTD YORK YO1 1XY ENGLAND


bile dibuka bekas ..inilah hasil kandungan di dalamnya


bile diselongkar sume 1 sen ni...adala jugak jumpa syiling Singapore 2, 3 keping..5 sen, 1 sen...tapi 1 sen yang rare takdela kat dalam ni..sume yang tahun biasa biasa je...ade beberapa aku ambik untuk letak dalam album ikut tahun..yang lainnya remain dalam bekas pusaka ni...

Tentang nilai syiling 1 sen ni aku pun tak tau la..sebab condition sume takdela sampai tahap UNC atau BU..TAPI  selepas 1000 tahun adalah up sket kut..ehehee..yang bestnya bekas coklat ni pun boleh dikira RARE jugak la kut..sebab aku rasa dah takde dah jumpa kat pasaraya...made in United Kingdom lagi...tahun area 1970 an rasenya...so, dengan bekas ni skali aku simpan..mana tau jadi harta karun jugak......wsalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan