Isnin, 7 Mei 2012

First Prefix RM5

Salam...aku dah bagitau yang koleksi aku tidak samapai ke tahap otai yang lain.  Diorang tu dah bertahun tahun dalam arena ni.  Yang aku ada cuma koleksi biasa -biasa je atau boleh la di katakan set celah gigi je.
Tapi kire feel jugak la...  

Antara koleksi biasa aku ialah RM5 first prefix dua generasi ni... prefix  CA dan AN


RM 5 PREFIX AN DAN CA
FIRST PREFIX FOR EACH GENERATIONS


CA0628864

PREFIX CA ialah prefix pertama untuk RM5 generasi polimer atau pun RM5 yang biasa digunakan sekarang.  Bagi aku kira payah jugak la nak dapat CA ni...bile dapat je balance duit RM5 je aku belek..yang ni aku akhirnya dapat time beli susu anak aku Dumex Dupro kat kedai ubat..mula mula tak perasan pun, lepas beli susu tu..anak aku suh beli buku kaler Angry Bird..bila time nak bayar tu aku keluarla RM5 ni..(tadi tak dan nak belek )..tengok tengok rupanya prefix CA...apa lagi simpanla..terus bayar buku kaler dengan duit RM50.  Cina kedai tu tanya takde duit kecik ke?  Aku dengan selambanya cakap takde (padahal tadi dah keluarla RM5).  No siri biasa je...tapi ok la tuh...bagi aku macam ni pun dah ok,,feel jugak la.


AN90884959

PREFIX AN ni pulak prefix pertama untuk RM5 generasi sebelum polimer yang ada sign Tan Sri Dato' Zeti Akhtar Aziz.  Payah jugak la kiranya nak dapat yang ni sebab RM5 sekarang ni semuanya generasi polimer.  Yang ni pun aku dapat jauh di kampung isteri aku kat Pasir Puteh, Kelantan.  RM5 ni dapat time isteri aku beli barang kat pasar kat Pasir Puteh.  Actualy, bukan RM5 ni aje aku dapat kat Kelantan,   ada lagi duit lain dapat kat Kelantan ni..kirenya warga emas kat sini banyak lagi simpan duit lama kat sini( teori aku aje la). No siri pun biasa la jugak..tapi kire ok la.Condition RM5 ni pun dah tak berapa lawa sangat.Tapi macam aku pernah cakap..bernilai jugak la koleksi aku ni walaupun orang lain rasa macam celah gigi jer...wassalam...

1 ulasan:

  1. Pelan2 kayuh bro..lama2 dari condition yang x cantik akan di tukar kepada yang cantik la nih..he3...makan masa jugak...yg penting hati kena sabar...x bley ikut nafsu sgt..nanti tertiarap x leh bgn...he3...aku pon hampir2 tertiarap dulu..nasib baik sempat terjaga..keh3..apa2 pon selamat berusaha bro...

    BalasPadam