Khamis, 7 November 2013

PINGGAN COCA COLA EDISI TERHAD

Assalamualaikum.  Aku selalunya memang lambat dapat barang-barang yang orang lain dapat.  Misalnya, pinggan Coca Cola Edisi Terhad yang dikeluarkan satu ketika dulu.  Masa tu aku just tengok ajer collector lain berbangga dengan koleksi diorang.  Biarla dulu sebab syarat nak memperolehinya pun bukan sesuatu yang mudah. Stail kene beli sekali banyak.  Aku kalau kene beli produk banyak banyak ni memang malas.  So, aku tunggu je la.

Dan akhirnya, yang ditunggu telah tiba.  Sebuah pasaraya buat jualan penghabisan stok lagi.  Dan aku pun tolong menghabiskan stok diorang.  Kasi clear la.


Dapat jugak la 2 set ni..


Bukan dua set je..ada la dapat beberapa keping lagi


Ader orang kata design Love ni payah nak dapat..tapi aku dapat yang tu la yang paling banyak


Yang jenis Error pun ada jugak? Aku dapat dua pinggan ni sama design tapi saiz tak sama. 

Aku nak jual jugak..tapi rasenya sume orang dah ada.  Kalau aku post kat FB pun takde orang nak beli.  So, aku simpan ajer la..................................