Isnin, 10 Jun 2013

KEMBALI BERAKSI ....DIPERTINGKATKAN OLEH ENERGIZER


Assalamualaikum.  Nampaknya dah bersawang dah blog aku nih. Punyala berzaman tak update.  Semuanya kerana faktor kesibukan menunaikan tanggunjawab keluarga dan kerjaya.  Hobi dan minat mencari dan mengumpul pun telah terbatas sepanjang tempoh masa tu.  Skang ni lega sket sebab baru habis cuti sekolah. Fikiran pun tenang sket.  Stress dan kurang dan kerja pun dah setel perlahan lahan.  

So, nak start balik blog ni pun perlu tenaga lebih sket.  Sebagai permulaan baru blog ni..diperkenalkan mug energizer yang aku pun tak tau bila keluarannya.  Dapat dari kampung untuk menambahkan koleksi aku.  Dulu aku pernah post berkenaan mug energizer jugak.  Boleh jenguk balik kat sini 


MUG PERTAMA


MUG KEDUA

Macam aku pernah bagitau dulu..mug energizer ni aku kira rare sebab energizer bukan minuman. Kiranya tak patut jugak la kalau nak bagi mug ajer.  Bagi la lampu suluh ker.  Robot boleh bergerak gerak ke. Okla jugak.  So, kalau ada design mug energizer yang lain boleh kongsi.  Nak jual pun boleh kalau harganya ok.  

Sekian