Khamis, 27 Jun 2013

KOLEKSI KAPAL TERBANG

Assalamualaikum.  Dari syiling ke wang kertas ke barangan rare n limited @ antik aku jugak sedikit sebanyak menyimpan model diecast.  Tapi yang ni saje seje je sebab aku rasa cantik untuk disimpan dan mungkin berbaloi.  Aku hanya mengumpul bukan dalam skala yang besar sehingga penuh satu almari tapi cukup sekadar memiliki satu atau dua jer.  Biar masa jer yang berjalan dan kita tengok setakat mana aku boleh simpan.  Maklumlah nak kumpul sekali gus memang memakan kos yang tinggi.  Duit gaji bukan banyak mana pun..so kene beringat ingat la. 

Sebelum ni aku pernah post berkenaan KOLEKSI KERETA KEBAL.  Tapi malangnya pengumpulan aku tidak berjaya sebab faktor kewangan dan masa.  Siri dia memang banyak dan tak larat aku nak kejar.  Ada jugak kawan sekerja yang masih setia dengan kereta kebal dan dah hampir penuh satu almari besar. Lepas tu, aku beralih ke kapal terbang..yang ni pun saje saje sekadar nak buat perhiasan jer.  Lama dah aku beli cuma baru ni jer saje nak post. 


Model pertama
Siri perang dunia ke -2
United Kingdom


Yang ni Made in Malaysia
Malaysian Airline System
Bukan dari siri koleksi tapi yang ni beli kat kedai cenderamata je



USA dan Italy
Masih dalam kotak sebab takde tempat nak letak


Masih di dalam kotak juga


MIG 
Malaysia 1995


Label pada stand tertera bendera Malaysia

Ahad, 16 Jun 2013

TIGA DALAM SATU?EMPAT DALAM SATU?

Assalamualaikum. Milo memang kegemaran ramai. Selain dari rasa yang lazat, warna hijau Milo memang menenangkan. Kalau simpan satu tempat memang nampak hijau je. Post kali ni pasal Milo 3 in 1. Baru dapat dari seorang sahabat di facebook.  Mulanya aku ingat mug seramik tapi rupanya material dari plastik jer. Tapi tak kesahla asalkan lain dari yang dah ada.


SET TIGA DALAM SATU UNTUK EMPAT DALAM SATU


3 IN 1 VERSI BAHASA CINA
KELUARAN CHINA KE????


3 IN 1...ADA TIGA SAHAJA STOK BUAT MASA NI


Isnin, 10 Jun 2013

KEMBALI BERAKSI ....DIPERTINGKATKAN OLEH ENERGIZER


Assalamualaikum.  Nampaknya dah bersawang dah blog aku nih. Punyala berzaman tak update.  Semuanya kerana faktor kesibukan menunaikan tanggunjawab keluarga dan kerjaya.  Hobi dan minat mencari dan mengumpul pun telah terbatas sepanjang tempoh masa tu.  Skang ni lega sket sebab baru habis cuti sekolah. Fikiran pun tenang sket.  Stress dan kurang dan kerja pun dah setel perlahan lahan.  

So, nak start balik blog ni pun perlu tenaga lebih sket.  Sebagai permulaan baru blog ni..diperkenalkan mug energizer yang aku pun tak tau bila keluarannya.  Dapat dari kampung untuk menambahkan koleksi aku.  Dulu aku pernah post berkenaan mug energizer jugak.  Boleh jenguk balik kat sini 


MUG PERTAMA


MUG KEDUA

Macam aku pernah bagitau dulu..mug energizer ni aku kira rare sebab energizer bukan minuman. Kiranya tak patut jugak la kalau nak bagi mug ajer.  Bagi la lampu suluh ker.  Robot boleh bergerak gerak ke. Okla jugak.  So, kalau ada design mug energizer yang lain boleh kongsi.  Nak jual pun boleh kalau harganya ok.  

Sekian