Selasa, 8 Januari 2013

NAK BAYAR RM1 KE RM80 NI?


Salam.  Gambar atas ni ialah gambar nota arahan pembayaran untuk mesin permainan kanak kanak di pusat membeli belah.  Mesin ni mesin baru dan kalau mesin ni lama sekalipun, ianya telah pun diubahsuai supaya hanya boleh menerima wang kertas dan bukan lagi syiling.  Yang tak berapa nak kenanya ialah ilustrasi wang kertas RM1 yang dipaparkan menunjukkan RM 1 yang merupakan edaran kedua tahun 1984. Tandatangan pun tandatangan Tan Sri Abdul Aziz Taha...Nak tau serba sedikit tentang wang kertas RM1 ni boleh tengok di post aku yang terdahulu Cerita RM1.  Kalau ada collector yang amek serius dengan arahan mesin ni,  mana tau ada yang sanggup membayar dengan wang koleksi diorang..tak ke parah jadinya nanti. Dari nilai RM1 yang sepatutnya dah jadi sebanyak RM20 atau RM 80 lebih sekiranya wang kertas yang dimasukkan ialah replacement note.