Ahad, 11 November 2012

LEBIH BERHARGA DARI SEBARANG KOLEKSI

Assalamualaikum. Lama aku tak menyentuh blog ni.  Bukan blog saja malah apa sahaja berkaitan dengan koleksi wang dan syiling juga sudah lama tidak aktif.  Bukan apa, akhir akhir ni aku sibuk menyiapkan kerja kerja sebelum penutup tahun 2012.  Selain tu, aku dan isteri aku jugak telah dianugerahkan cahaya mata kedua pada bulan ini.  Baru je lagi...alhamdulillah.  Allah dah kurniakan kami dengan 2 orang puteri yang comel dan cantik.  Kami berdoa semoga kedua-duanya kakak dan adik akan membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang solehah dan diberkati Allah S.W.T.  Kurniaan ini adalah lebih berharga dari sebarang koleksi bernilai yang aku sudah ataupun akan miliki.  


KAKAK N ADIK


ALEESYA NUR DINI DAN ALEESYA NUR HANI


CAHAYA KEGEMBIRAAN

Akhir tahun ni slow sket menambah koleksi..insyaallah...rezeki lebih tahun 2013 aku cuba menambah sedikit demi sedikit...