Sabtu, 26 Oktober 2013

TAK PERNAH MINUM PUN

Assalamualaikum.  Pernah minum kopi Ah Huat ? Aku tak pernah minum pun kopi ni. Sedikit masa dulu Kopi Ah Huat ada memberikan mug percuma dengan gambar Uncle Ah Huat tersengih. Masa tu aku cuma tengok saje sebab aku memang tak minum pun kopi ni. Aku takkan beli semata mata nak kan mug ni.  Kene jadi jugak pembeli yang bijak. Kalau tak susah la. Bertimbun barang yang tak guna nanti.
 
Tapi baru baru ni aku dapat jugak memiliki mug Uncle Ah Huat ni melalui jualan penghabisan stok di sebuah pasaraya. 
 
 
Design menarik..Uncle Ah Huat tersengih
 
 
Design belakang pun menarik 
 
 
Ambil 4 sahaja la... cukup la tu