Sabtu, 22 Disember 2012

SYILING RM1 1995

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Lama tak cerita tentang koleksi duit.  Bukan apa, nak mengumpul duit ni boleh dikatakan susah jugak la dan kadang kadang perlu berbelanja besar. Alhamdulillah, koleksi aku kebanyakannya hanyalah hasil penemuan yang tidak perlu mengeluarkan belanja pun.  Aku lebih suka macam tu.  Baru terasa nak simpan.  Baru ni aku terjumpa pulak syiling RM1 lama tahun 1995.  Menurut katalog, pengeluaran tahun tu cuma 133,172,580 keping. Banyak ke sikit? Macam tuh dah dikira banyak la dan jumlah pengeluaran yang biasa.  Harga UNC mungkin area RM 12 dab BU area RM15.  Tak tinggi mana pun.


HASIL PENEMUAN DI DALAM ALMARI LAMA STOR


KERIS

Masa kecik dulu kalau raya mesti ada sampul duit raya khas untuk syiling RM1 ni.  Dapat aje tak buka lagi dah tau dapat RM1. 

RM1 ni tidak diperlakukan sah mulai 7 Disember 2005.  Sebab apa kene tarik balik? Sebabnya permintaan yang rendah dan penggunaan yang semakin kurang popular untuk urusan jual beli.  Ada yang kata berat dan susah nak bawak.  Sebab tu la syiling terbaru hari ni salah satu ciri dia ialah ringan dan mudah untuk dibawa.

6 ulasan:

  1. satu lagi sebab banyak syiling palsu masa tu..saya smpat jugak simpan beberapa keping duit ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol.duit palsu pun ada jugak.skang pun masih ada

      Padam
  2. simpan2.. sekarang memg susah nak jumpa duit ni.. sejak ditamatkan pengunaan pd 2005, duit ni dah tak bergerak dlm edaran.. banyak yang simpan untuk koleksi peribadi.. tp ramai juga yang tak ambil peduli sebb mereka bukan pengumpul mcm kita. apapun Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol.payah dah nak jumpa.yang ni pun kebetulan terjumpa

      Padam
  3. saya pn simpan tp tak cukup set lg,tengah cari tahun 93 logo $

    BalasPadam
  4. tahun 1993 ada dua jenis. Ringgit dan $.Tahun 1989 dan 1994 adalah yang paling dicari..saya baru ada yang ni ajer..

    BalasPadam