Selasa, 28 Ogos 2012

KOLEKSI SAMPUL DUIT RAYA 2012

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya...Alhamdulillah tahun ni aku dan keluarga berhari raya pertama di Seri Manjung di Perak.  Raya ketiga kami beraya pulak kat Bukit Tanah, Selising di Kelantan. Anak aku yang baru masuk 3 tahun beraya sakan tahun ni sebabnya mungkin baru tahu mengenai hari raya..dulu masa kecik memang langsung tak tau.  So, mana mana pergi beraya adalah yang memberi duit raya untuk anak aku. Alhamdulillah banyak lah jugak dapat..boleh buat simpanan dalam tabung haji. 

Yang aku nak post ni berkenaan sampul duit raya yang anak aku dapat. Mulanya aku buat tak tau ajer pasal sampul duit raya ni..tapi isteri aku dalam diam mula mengumpul sampul sampul ini..ehe..Isteri aku cakap design setiap tahun sampul ni berubah ubah terutamanya kalau sampul bank..mesti ada design baru setiap tahun.  So, aku pun support jugak la sepertimana dia support hobi mengumpul duit aku ni.  Antara banyak sampul yang anak aku dapat, aku view kat sini mana yang aku rasa unik...So, layan ajer la..


PETRONAS


AL-IKHSAN (DEPAN)


AL-IKHSAN (BELAKANG)


PERODUA


HONG LEONG ISLAMIC


SSPN 

 

KELANTAN FA
RED WARRIOR
(BELAKANG)


KELANTAN FA (DEPAN)
ADA TOK GURU LAGI


SATU MALAYSIA
JAB PERDANA MENTERI


TESCO 
ADA DUA DESIGN


SAMPUL YANG LAIN LAIN DARI PELBAGAI SYARIKAT DAN JENAMA













Sabtu, 18 Ogos 2012

KEPADA PENGUMPUL COCA COLA JOM BERAMAL BERSAMA COCA COLA


Dapatkan 50,000 shares & bantu rakyat Malaysia dapatkan air bersih

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Marilah berkongsi kebahagiaan bersama-sama Coca-Cola dengan menyebarkan semangat Ramadan Coca-Cola. Coca-cola akan menderma sebanyak RM50,000 untuk membekalkan air bersih kepada masyarakat kawasan pendalaman di Malaysia.

KLIK LINK UNTUK SHARE


Aku pun agak terlambat mengeshere berkenaan semangat Coca Cola ni,,tapi takpelah kita buat selagi boleh..tarikh akhir 20 Ogos 2012 ni..dua hari jer lagi..jika anda peminat dan pengumpul Coca Cola..marilah kita share untuk menjayakan program ni...Insyaallah


Jumaat, 17 Ogos 2012

KEMBAR TAK SERUPA?

Assalamualaikum.  Dulu masa awal penglibatan aku dalam blog collection ni aku ada post entry berkenaan koleksi aku yang mempunyai prefix no yang menarik.  Salah satunya ialah berkenaan 

Menariknya baru baru ni aku telah mendapat sekeping RM5 yang juga mempunyai Radar Number.  Menariknya lagi nombor prefix RM5 yang baru dapat ni hampir menyamai RM5 yang ada dalam simpanan aku sekarang ni


KEMBAR TAK SERUPA?


RM5 YANG BARU AKU DAPAT
EF7785877


RM5 KOLEKSI AKU SEBELUM NI
EG1185811


EG1185811
EF7785877

Mungkin ada yang rasa biasa je benda ni...mungkin ada collector yang dah simpan berkeping-keping..tapi bagi aku wang kertas RM5 ni memang unik dan selamat menjadi sebahagian simpanan aku..layan je la.

Jumaat, 10 Ogos 2012

HULU PERAK DI MATA WANG

Salam untuk semua..entry kali ni cuma aku nak kongsikan berkenaan daerah Hulu Perak yang telah diabadikan di wang kertas siri terbaru ni.  Ianya sekadar imej Bunga Rafflesia yang terdapat pada RM10.  Yang aku maksudkan daerah Hulu Perak ni sebabnya imej Bunga Rafflesia yang dipaparkan ialah spesis yang telah ditemui di Hutan Simpan Royal Belum  pada tahun 2003 dan telah diberi nama THE RAFFLESIA 
AZLANII sempena dengan nama Sultan Perak ketika ini iaitu Sultan Azlan Shah

Aku pun dah 6 tahun menetap di daerah Hulu Perak ni sejak tahun 2007.  Kira boleh berbangga la orang Hulu Perak ni  walaupun Hulu Perak ni tak secanggih daerah lain di Perak 


RM10 SIRI TERBARU
TEMA : FLORA


IMEJ SEBENAR BUNGA RAFFLESIA