Sabtu, 8 September 2012

RM5 POLIMER SIRI KE 11 LAST PREFIX : EK ATAU ..???

Assalamualaikum.  Wang kertas siri terbaru telah pun dikeluarkan.  Siri sebelum nni pun aku masih tak terkumpul lagi.  Takpela..aku pun baru je menceburkan diri dalam bidang ni.  Ilmu pun kurang lagi..masih belajar..tengok tengok buku, blog rakan, website dan apa sahaja yang berkenaan ilmu numismatik ni.  Skang ni, aku tengah berusaha untuk mancari maklumat berkenaan prefix akhir bagi wang kertas siri ke 11.  Salah satunya ialah RM5.  Diramalkan dulu prefix RM5 polimer siri 11 yang bermula dengan prefix CA akan berakhir dengan EG.  Oklah tu..hati pun dah gembira sebab dah ada dalam koleksi aku prefix EG.  Radar lagi tuh.  Tapi lepas tuh ada pulah EH.  

Tapi merujuk kepada blog SIMPANKEMAS.  Prefix EG juga adalah last prefix bagi cetakan NPA Australia.  Prefix EH pulak adalah prefix pertama cetakan Oberthur Technologies (formerly known as Francois Charles Oberthur / FCO). Ha, kira value jugakla EG ni.  Last prefix berikutnya masih lagi tak diketahui.  Ramalan mungkin EK. Kalau betul ok la sebabnya aku pun dah ada RM5 prefix EK.


EK0548217
UNC

Based on ramalan EK sebagi last prefix, maka harga RM5 EK pun melonjak naik.  Macam yang aku terperasan di ebay RM 5 1000 keping running number dijual dengan harga RM9999.  Pergh..gila mahal.  

PRINT SCREEN DARI EBAY

Kalau betul lah EK sebagai last prefix, berjayalah aku memilikinya. Satu pun takpelah..asalkan ada untuk kenang kenangan.  Sekian 

SEDAPNYA MILO SEJUK

Assalamualaikum...MILO semakin hebat nampaknya..satu satu barangan limited editon dikeluarkannya.  Tin milo old skool dan mug milo 2012 yang baru ni memang aku takde langsung..tak berpeluang nak memilikinya lagi..takpelah..bila ada keperluan nanti dapat lah seketul dua.  Saje jer hari tuh nak try Milo sejuk.  Try beli sekotak untuk rasa dan rasanya memang sedap..ada beza la jugak berbanding kita bancuh milo panas pastu letak ais ( lidah aku rasa macam tu la..orang lain tak tau la macam mana )


PERCUMA RUPANYA 1 GELAS MILO SEJUK


GELAS KECIK AJER..
KALAU MIMUM GUNA GELAS NI MEMANG TAK CUKUP RASENYA

Ahad, 2 September 2012

HASIL HARI RAYA

Assalamualaikum.  Raya baru ni memang kebanyakan orang bagi duit raya baru kat anak anak kita.  Setelah diperhatikan semua duit duit yang anak aku dapat, takde pun yang mempunyai Radar Number, prefix AA, no kecik atau error ( kalau ada, boleh tukar dengan duit aku).  Payah jugak. Mungkin yang collectable ni semua collector atau dealer dah simpan berguni guni buat stok. Maklumlah hobi mengumpul duit ni dah semakin popular, nak dijadikan bisnes pun boleh.  Kat internet dah bersepah sepah orang jual duit baru ni.  Nak dapatkan di pasaran harian biasa melalui urusan jual beli mungkin semakin susah. Tapi takpelah, lagi susah lagi la tinggi nilai sentimental dia.  Oklah tu.

Yang aku dapat hasil dari pemburuan di hari raya ni cuma tiga keping ni ajer. Biasa biasa jer. Tak gempak mana pun. Oklah..ada jugak hasilnya.


RM5 , RM 1 DAN RM10


RM5 BUKAN POLIMER. PREFIX BG
CONDITION PUN MUNGKIN VF KUT
(YANG NI BUKAN DUIT RAYA ANAK AKU TAPI AKU DAPAT TIME RAYA )


RM10 BERNOMBOR KECIL 4 ANGKA
SIMPAN JUGAK LA..NAK TUNGGU 1 ANGKA MEMANG LA PAYAH


RM1 BARU
BS7774466
SEBAB NOMBOR CANTIK JER