Khamis, 29 November 2012

KOLEKSI FRIDGE MAGNET MAK AKU

Salam semua.  Dalam post terdahulu, aku bagitau pasal FRIDGE MAGNET COCA COLA DAN PEPSI yang aku dapat dari mak aku. Mak aku memang suka membeli fridge magnet bila dia pergi ke tempat tempat manarik di Malaysia. Semua yang dibeli dilekatkan di peti ais kat rumah.  Takdela banyak atau pun yang special. Cuma yang biasa biasa jer.  


ADA DARI LANGKAWI, CAMERON, GENTING, KL, PANGKOR, SABAH


INI KAT TEPI PETI AIS

Mak aku takdela kumpul macam pengumpul tegar cuma bila pergi mana mana dia akan beli sebagai cendera mata. Mana yang cantik dan berkenan di hati dia akan beli.  Kalau cucu dia balik, diorang akan cabut dan main. Pastu lekat balik susun cantik cantik.  Cuma ada tiga jer yang mak aku tak bagi cucu dia main


DARI SINGAPURA
PEMBERIAN KAWAN MAK


DARI ISTANBUL, TURKI
PEMBERIAN ANAK SEPUPU MAK 


DARI BEIJING, CHINA
PEMBERIAN MAK SEDARA 

Yang tiga ni kira limited edition la sebab dapat dari luar negara.  Kira payah la mak aku nak pergi cari balik. Dapat ni pun orang bagi sebagai hadiah.


YANG NI MEMANG FAVOURITE CUCU DIA TERMASUKLA ANAK AKU.
KOLEKSI BUAH BUAHAN TEMPATAN MALAYSIA.

SEKIAN





FRIDGE MAGNET COCA COLA DAN PEPSI

Assalamualaikum.  Walaupun fridge magnet ni bukanlah produk original Coca Cola dan Pepsi tapi ia tetap nampak menarik. Fridge magnet ni aku dapat dari peti sejuk mak aku yang suka mengumpul bermacam macam fridge magnet.  Antara yang mak aku ada ialah berbentuk tin Coca Cola dan botol Pepsi ni


SAIZ CUMA SEBESAR IBU JARI JER..KALAU SAIZ SEBENAR MEMANG MANTAP LA



NAMPAK MACAM REAL


ADA AIR LAGI NI





MENANGI KOLEKSI SET VAN MILO MINI!

Assalamualaikum. Dulu aku pernah post berkenaan peluang untuk mendapatkan van Milo mini di entry bertajuk VAN MILO...MASIHKAH ADA PELUANG?.  Masa tuh aku terlepas pandang berkenaan tarikh peradun tuh, dan kali ni aku balik lagi ke Giant Seri Manjung dan mendapati masih ada promosi van Milo mini ni.


Tarikh ada tulis kat bahagian bawah papan promosi tuh. Tapi gambar tak berapa nak jelas. Tarikh tulis kat situ peraduan ni bermula dari 25/10/2012 - 15/12/2012. 

Mungkin ramai yang dah tau kut. Aku jer yang baru agaknya. Tak kisahla. Tapi sesiapa yang masih nak lagi Van Milo Mini ni boleh rebut peluang ni. Masih ada masa lagi.  Kalau nak cepat, carilah di Mudah.my atau sesiapa yang nak jual. Tapi harga up sket la. Biasa la tuh. Sekian

SET MINUMAN DUMEX


SET GELAS DAN CAWAN DARI DUMEX

KOLEKSI LAMA SIMPANAN MAK AKU