Ahad, 18 November 2012

BERBALOI UNTUK KOLEKSI

Assalamualaikum. Memang menakjubkan bila aku survey kat Ebay berkenaan model Lego kereta Ferrari Shell ni. Di luar negara, model Lego ni dah lama dikeluarkan. Di Malaysia sahaja baru nak dijual. Alhamdulillah, harga masih murah dan mampu dibeli.  Dalam Ebay, aku dapati harga seunit dah melambung naik sehingga area RM30-RM40.  Kalau set minifigure dah jadi RM100 lebih.  Kalau satu set pulak, harga melambung nak sampai mencecah RM500.  Nak terduduk bila tengok harga tu.  Tapi memang dah dijangka pun yang produk LEGO memang bernilai. Lebih lebih lagi produk ekslusif edisi terhad ni.  

Bawah ni aku paparkan apa yang aku dapat dari laman Ebay.  


SET MODEL KERETA
USD 15.99 = RM 49.11


SET MINIFIGURE
USD 35.99 = RM110.54


USD 34.90


3 SET KERETA + 1 SET MINIFIGURE
USD 50.99 = RM 156.62


PALING HEBAT
7 SET = USD 189.99= RM583.55

Menakjubkan, inilah dia dunia hobi koleksi.  Bagi penggemar koleksi macam aku dan rakan rakan yang lain, perkara seumpama itu dah memang dalam jangkaan. Benda limited edition, harga memang akan up. So, sementara boleh dapat murah ni apalagi, mari kita cuba kumpul. Murah - murah pun kene ikut kemampuan.  Janganla menghabiskan setangki minyak kereta untuk beli satu satu model. Slow-slow, ikut kemampuan. Kalau ada rezeki, Insyaallah semua set akan berjaya dikumpul.  Kalau tak dapat jugak, ehe..sediakanlah duit RM500....Apapun, beli harga 12.90 ke atau RM40 ke atas dua dua pun akan berbaloi seandainya minat mengatasi segalanya. Sekian





SHELL + FERRARI + LEGO

Salam.  Baru baru ni, terpampang dalam tv, suratkhabar berkenaan fenomena terbaru yang Shell bawak dengan kerjasama Ferrari.  Shell + Ferrari biasalah kita dah pernah saksikan dulu.  Diorang pernah keluarkan model kereta Ferrari yang boleh dibeli di stesen minyak Shell.  Kali ni lagi best, Shell + Ferrari + Lego.  Hasilnya memanglah sesuatu yang membangkitkan fenomena bagi pengumpul pengumpul barangan seumpamanya.  Dengan dah terbinanya Legoland di Johor, maka sekaligus nilai bagi Lego yang asalnya hanyalah jenama permainan masa aku kecik kecik dulu telah melambung naik dan berbaloi untuk dikumpul.


SET KERETA FERRARI YANG DIBUAT KHAS DENGAN BLOK LEGO
KEPALA LORI PUN ADA

Nak dapatkan mudah ajer..cuma pergi ke Stesen minyak Shell dan isi minyak Ron 95 RM40 so bolehlah beli satu model dengan harga RM12.90..Ha..dan jangan lupa gunakan kad Bonuslink..kalau takde kad tak boleh beli.  Kalau isi V power Racing boleh dapat harga RM10.90
(info ni aku dapat dari FB Shell)



DAPAT YANG NI MEMANG BEST


SET MINIFIGURES
KENE BELI MINYAK MAHAL BARU DAPAT BELI NI 



KALAU SHELL JUAL SET MACAM NI KAT STESEN MINYAK MEMANG TERBAIK!!!




VAN MILO...MASIHKAH ADA PELUANG?

Salam..walaupun cerita van milo ni dah lama berlalu, tapi aku masih tak berpeluang nak memilikinya.  Kalau ada yang nak sedekah kat aku..aku ucapkan terima kasih. Ehe.  Kalau ada sesipa yang nak jual murah murah kat aku pun boleh jugak.  Baru baru ni minggu lepas aku terperasan di Giant Seri Manjung ada promosi untuk pertandingan Koleksi Van Milo 2013.  Tapi aku tak perasan tarikh dateline dia bila. Mungkin Milo membuka peluang kembali kepada orang ramai untuk memperolehi Van Milo?  Mungkin ada sesiapa boleh bagi info...


BARANGAN MILO SEMPENA PROMOSI PERTANDINGAN VAN MILO 2013
DI GIANT SERI MANJUNG


PAPAN PROMOSI KAT SEBELAH ATAS AKU TERLUPA NAK SNAP..KAT SITU ADA TARIKH DATELINE DIA KALAU AKU TAK SILAP


VAN MILO KEGILAAN RAMAI