Ahad, 18 November 2012

SHELL + FERRARI + LEGO

Salam.  Baru baru ni, terpampang dalam tv, suratkhabar berkenaan fenomena terbaru yang Shell bawak dengan kerjasama Ferrari.  Shell + Ferrari biasalah kita dah pernah saksikan dulu.  Diorang pernah keluarkan model kereta Ferrari yang boleh dibeli di stesen minyak Shell.  Kali ni lagi best, Shell + Ferrari + Lego.  Hasilnya memanglah sesuatu yang membangkitkan fenomena bagi pengumpul pengumpul barangan seumpamanya.  Dengan dah terbinanya Legoland di Johor, maka sekaligus nilai bagi Lego yang asalnya hanyalah jenama permainan masa aku kecik kecik dulu telah melambung naik dan berbaloi untuk dikumpul.


SET KERETA FERRARI YANG DIBUAT KHAS DENGAN BLOK LEGO
KEPALA LORI PUN ADA

Nak dapatkan mudah ajer..cuma pergi ke Stesen minyak Shell dan isi minyak Ron 95 RM40 so bolehlah beli satu model dengan harga RM12.90..Ha..dan jangan lupa gunakan kad Bonuslink..kalau takde kad tak boleh beli.  Kalau isi V power Racing boleh dapat harga RM10.90
(info ni aku dapat dari FB Shell)



DAPAT YANG NI MEMANG BEST


SET MINIFIGURES
KENE BELI MINYAK MAHAL BARU DAPAT BELI NI 



KALAU SHELL JUAL SET MACAM NI KAT STESEN MINYAK MEMANG TERBAIK!!!




4 ulasan:

  1. haha..aku baru complete set arini.. yup mmg osem satu set stesen petrol gitu..set sebenar lego yg last shell station tu http://brickset.com/detail/?Set=6371-1 ini terlalu vintage n mmg payah nak cari.. takpe..pergi legoland beli seketul2 brick tu utk buat sendiri..tak pun beli yg siri lego city "garage"

    BalasPadam
  2. wah.tahniah...boleh simpan ntuk pelaburan

    BalasPadam
  3. wei,setahu aku kalau nak beli lego tapi tak payah beli minyak pon boleh lah.semalam aku dah beli dua model.nasib aku dapat beli.tapi kene bayar RM 12.90 satu
    :)

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam..sdr Nidzam Adzha Hamzah. Tahniah sebab dapat beli dua. Post ni post lama. Aku dah tulis post baru selepas post yang ni pasal beli dengan tak payah beli minyak...http://www.koleksidinee.blogspot.com/2012/11/shell-pulak-buat-halsalah-siapa.html

    BalasPadam