Ahad, 18 November 2012

BERBALOI UNTUK KOLEKSI

Assalamualaikum. Memang menakjubkan bila aku survey kat Ebay berkenaan model Lego kereta Ferrari Shell ni. Di luar negara, model Lego ni dah lama dikeluarkan. Di Malaysia sahaja baru nak dijual. Alhamdulillah, harga masih murah dan mampu dibeli.  Dalam Ebay, aku dapati harga seunit dah melambung naik sehingga area RM30-RM40.  Kalau set minifigure dah jadi RM100 lebih.  Kalau satu set pulak, harga melambung nak sampai mencecah RM500.  Nak terduduk bila tengok harga tu.  Tapi memang dah dijangka pun yang produk LEGO memang bernilai. Lebih lebih lagi produk ekslusif edisi terhad ni.  

Bawah ni aku paparkan apa yang aku dapat dari laman Ebay.  


SET MODEL KERETA
USD 15.99 = RM 49.11


SET MINIFIGURE
USD 35.99 = RM110.54


USD 34.90


3 SET KERETA + 1 SET MINIFIGURE
USD 50.99 = RM 156.62


PALING HEBAT
7 SET = USD 189.99= RM583.55

Menakjubkan, inilah dia dunia hobi koleksi.  Bagi penggemar koleksi macam aku dan rakan rakan yang lain, perkara seumpama itu dah memang dalam jangkaan. Benda limited edition, harga memang akan up. So, sementara boleh dapat murah ni apalagi, mari kita cuba kumpul. Murah - murah pun kene ikut kemampuan.  Janganla menghabiskan setangki minyak kereta untuk beli satu satu model. Slow-slow, ikut kemampuan. Kalau ada rezeki, Insyaallah semua set akan berjaya dikumpul.  Kalau tak dapat jugak, ehe..sediakanlah duit RM500....Apapun, beli harga 12.90 ke atau RM40 ke atas dua dua pun akan berbaloi seandainya minat mengatasi segalanya. Sekian





2 ulasan:

  1. mmg btol bro..produk lego ni mmg mahal...klu lu pergi tgk dekat legoland malaysia lagi gler dia punya harga...kepala org je pun dah lebih sepuluh ringgit...ada jugak yg dijual pakai gram..harga mmg sakit ati jelah klu tgk...diap punya brg mcm keychain daripada lego yg kecik mcm semut tu pun harga dah lebih rm20..klu keychhain daripada lego yg figura star wars gler mahal..so dah ada peluang mcm ni apa lagi mau tunggu kasi rembat la...

    BalasPadam
  2. buat masa ni aku masih takde satu pun lagi..kereta pun tak bergerak banyak..tak isi minyak pulak..

    BalasPadam