Selasa, 8 Mei 2012

RM 5 RADAR NUMBER

'RADAR NUMBER' ialah apabila no siri wang kertas sama apabila disebut dari depan dan juga dari belakang.  (Sila rujuk di laman blog ini http://lunaticg.blogspot.com/2012/02/malaysia-fancy-number-banknote.html )..(thank you tuan punya blog kerana maklumat anda cukup berguna).  

Antara koleksi aku berkenaan RADAR NUMBER ni ialah RM 5 yang bernombor siri EG1185811.  




Berdasarkan maklumat yang aku tahu nak dapatkan radar number ni agak susah la.  Menurut blog   lunaticg.blogspot.com wang kertas bersiri radar number ni susah nak dibeli dan dijual.  Radar number ni ada golongan peminat dia sendiri.  Tapi aku simpan jer sebabnya jarang nak dapat.  Ada juga banknote dalam koleksi aku yang nombor siri dia hampir hampir nak radar.  Antaranya RM2 (gambar di bawah)


DH8752587

Kalau diperhatikan nombor siri tu DH8752587.  Kalau 87 kat belakang tu jadi 78 kan bagus.  Dah dapat RADAR NUMBER.  Apa nak buat, takde rezeki.  So, antara perkara yang aku buat bila dapat wang kertas ialah meneliti nombor siri.  Manatau dapat SOLID NUMBER pulak ke.  Wasalam