Khamis, 10 Mei 2012

50 SEN FILLED DIE ERROR

Terima kasih diucapkan kepada blog http://depankanta.blogspot.com kerana memberikan maklumat tentang syiling yang dikatakan FILLED DIE ERROR ni.  Kalau setakat pengetahuan aku yang tak seberapa ni, aku hanya boleh katakaan syiling ni tersilap masa proses kat kilang.  

Aku pun tak tau nak ulas macam mana, kita serah aje pada yang pakar.  Sila rujuk di blog http://depankanta.blogspot.com/2012/05/filled-die.html untuk keterangan yang lebih lanjut.  Semakin banyak kita nak belajar, semakin banyak rupanya yang kita tak tahu.  Alhamdulillah, dapat la kita sama-sama menimba ilmu tentang duit ni.  

Dalam simpanan aku pun ada jugak syiling 50 sen FILLED DIE ERROR ni.  Aku dapa 50 sen ni di Negeri Kelantan Darul Naim.  Diperoleh macam biasa ketika urusan jual beli.  Mula mula tu aku tak perasaan pun, tapi isteri aku kata duit syiling ni lain so aku tengok la.  Rupa rupanya memang ada sedikit kecacatan pada duit ni.




Harap maaf ye kalau visual kurang memuaskan.  Aku tangkap gambar ni pun pakai tablet jer.  Kat gambar atas sekali tu aku dah highlight error yang ada.  Best jugak la dapat pengetahuan ni.  Takdela kita just buat kesimpulan yang duit ni palsu atau tak laku.  Banyak lagi rupanya jenis error pada duit syiling yang aku masih tak tahu.  Slow slow kita belajar mengenainya.ok....wasalam