Khamis, 10 Mei 2012

50 SEN FILLED DIE ERROR

Terima kasih diucapkan kepada blog http://depankanta.blogspot.com kerana memberikan maklumat tentang syiling yang dikatakan FILLED DIE ERROR ni.  Kalau setakat pengetahuan aku yang tak seberapa ni, aku hanya boleh katakaan syiling ni tersilap masa proses kat kilang.  

Aku pun tak tau nak ulas macam mana, kita serah aje pada yang pakar.  Sila rujuk di blog http://depankanta.blogspot.com/2012/05/filled-die.html untuk keterangan yang lebih lanjut.  Semakin banyak kita nak belajar, semakin banyak rupanya yang kita tak tahu.  Alhamdulillah, dapat la kita sama-sama menimba ilmu tentang duit ni.  

Dalam simpanan aku pun ada jugak syiling 50 sen FILLED DIE ERROR ni.  Aku dapa 50 sen ni di Negeri Kelantan Darul Naim.  Diperoleh macam biasa ketika urusan jual beli.  Mula mula tu aku tak perasaan pun, tapi isteri aku kata duit syiling ni lain so aku tengok la.  Rupa rupanya memang ada sedikit kecacatan pada duit ni.




Harap maaf ye kalau visual kurang memuaskan.  Aku tangkap gambar ni pun pakai tablet jer.  Kat gambar atas sekali tu aku dah highlight error yang ada.  Best jugak la dapat pengetahuan ni.  Takdela kita just buat kesimpulan yang duit ni palsu atau tak laku.  Banyak lagi rupanya jenis error pada duit syiling yang aku masih tak tahu.  Slow slow kita belajar mengenainya.ok....wasalam

5 ulasan:

  1. Salam dan tahniah Dinee,
    Pengumpulan syiling error masih baru dinegara kita berbanding dgn negara2 maju yg telah memperluaskan bidang sains numismatik ini hingga keperingkat pengajian diuniversiti.
    syiling 50 sen 2011 diatas jelas adalah spesimen filled die error yg terjadi disebabkan die yg menempa syiling ini telah terlekat sesuatu pada permukaannya..
    Semoga sdr dinee teruskan penerokaan bidang ini dgn lebih giat dan kita sama2 berkongsi maklumat...
    Terima kasih banyak2 sdr dinee...

    BalasPadam
  2. Terima kasih byk atas komen yang diberikan. Maklumat dr sdr juga banyak membantu sy yang msh baru ni

    BalasPadam
  3. Salam Dinee,
    Wah! banyaknya nombor yang lesap.
    Teruskan pemburuan. Jemputlah ke blog saya...kita sama-sama share syiling error.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.ok.insyaallah.terima kasih melawat blog saya

      Padam
  4. Salam...sy ade syiling 50sen tetapi tulisan bank negara malaysia Di sekeliling tidak jelas..
    Seakan akan tiada.. :-)
    mohon share klo ade info psal syiling ni...
    Thanks..

    BalasPadam