Memaparkan catatan dengan label KELUARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELUARGA. Papar semua catatan

Selasa, 25 Disember 2012

HANEE ONLINE BABY AND KIDS BOUTIQUE

Assalamualaikum.  Di kesempatan ini, aku dengan berbesar hati menjemput semua rakan rakan ke Page perniagaan terbaru keluarga aku. Alhamdulillah, aku dan isteri aku dapat mengembangkan lagi perniagaan kecil kecilan kami dari Dinee Collection (menjual kain pasang dan tudung) ke Hanee Online Baby and Kids Boutique.  Rezeki anak kedua so nama pun ikut nama anak. Anak sulung untuk bisness terdahulu dan juga nama blog ini yang asalnya dahulu Koleksi Dinee. (nama URL masih lagi kekal )

Hanee Online Baby and Kids Boutique kami menjual pakaian bayi, kanak kanak lelaki dan perempuan, kasut, aksesori bayi ( beg dan sebagainya ) dan peralatan permainan.


PAKAIAN BABY


KASUT BUDAK


PIJAMAS


 KOREAN STYLE BEAR HAT


BAJU BUDAK LELAKI


BAJU BUDAK PEREMPUAN

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke FaceBook kami 


Diharapkan semua rakan rakan dan pembaca blog ini dapat memberikan sokongan. 
Terima kasih banyak banyak kami ucapkan.


Rabu, 19 Disember 2012

JALAN JALAN DI TIME TUNNEL CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum.  Minggu lepas aku dan keluarga bercuti di Cameron Highland.  Memang hampir setiap tahun pergi tapi sekali pun aku tak pernah masuk ke Time Tunnel.  Tapi pergi kali ni 2 malam so masa banyak jadi aku pastikan dapat masuk ke Time Tunnel.  Bagi yang tak berminat dengan barang barang lama ni mesti rasa membuang masa dan duit je masuk tempat macam tu. Yela, apa faedahnya tengok benda yang mungkin kata orang ibarat sampah yang menyemakkan ruang jer.  Tapi bagi aku yang berminat memang rasa puas hati walaupun aku masuk dalam tuh sekejap jer sebab bapa dan mak mertua tunggu kat luar.  Diorang tak nak masuk. Yang masuk cuma aku, isteri aku, adik ipar n anak aku.  Anak yang kecik duk luar dengan mak mertua.  So, sempatla snap gambar sikit sikit buat motivasi. Bagi semangat sket kumpul barang ni..mana tau boleh bukak muzium jugak





PINTU MASUK KE TIME TUNNEL CAMERON HIGHLAND


SERBA SEDIKIT SEJARAH CAMERON HIGHLAND


TIN TIN MILO 


ANEKA MUG
VAN MILO PUN DAH ADA
KALAU TAUKE TU NAK JUAL MESTI BEREBUT COLLECTOR NAK BELI




KOLEKSI TABUNG


GELAS


DARI DARKIE KE DARLIE


BOTOL DAN CAWAN


SIGN LAMA
MAHAL NI


IC BETOL KE NI?


EHHHE...AMALKAN MENABUNG SEJAK KECIL YE...

Itu ajelah gambar yang aku boleh kongsikan.  Banyak amek gambar tapi tak larat pulak nak letak sume.  Kalau dah letak sume tak bestla kalau pergi sendiri nanti.  Tengok live lagi best.  So, bagi sesiapa yang tak try lagi masuk cubalah masuk dan tengok.  Bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak kanak.  Mahal? Anda sendirilah yang menilai...tepuk dada, tanya selera....

KLIK DI SINI UNTUK GO GREEN WITH MILO

TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG KAMI :)

Ahad, 11 November 2012

LEBIH BERHARGA DARI SEBARANG KOLEKSI

Assalamualaikum. Lama aku tak menyentuh blog ni.  Bukan blog saja malah apa sahaja berkaitan dengan koleksi wang dan syiling juga sudah lama tidak aktif.  Bukan apa, akhir akhir ni aku sibuk menyiapkan kerja kerja sebelum penutup tahun 2012.  Selain tu, aku dan isteri aku jugak telah dianugerahkan cahaya mata kedua pada bulan ini.  Baru je lagi...alhamdulillah.  Allah dah kurniakan kami dengan 2 orang puteri yang comel dan cantik.  Kami berdoa semoga kedua-duanya kakak dan adik akan membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang solehah dan diberkati Allah S.W.T.  Kurniaan ini adalah lebih berharga dari sebarang koleksi bernilai yang aku sudah ataupun akan miliki.  


KAKAK N ADIK


ALEESYA NUR DINI DAN ALEESYA NUR HANI


CAHAYA KEGEMBIRAAN

Akhir tahun ni slow sket menambah koleksi..insyaallah...rezeki lebih tahun 2013 aku cuba menambah sedikit demi sedikit...