Isnin, 7 Januari 2013

UNIVERSITI MALAYA DI HATI KU

Assalamualaikum.  Universiti Malaya telah menjadi tempat aku menuntut ilmu dari tahun 2001 hingga la ke tahun 2007.  Memang syok la belajar kat UM ni sebab aku rasa sempoi ajer belajar time tuh. Pergi kuliah balik kuliah tanpa tekanan. Nak tau sebab apa, bagi adik adik yang masih bersekolah tuh rajin rajin la belajar untuk SPM dan apply masuk UM. So, rasakanlah sendiri keseronokan seorang mahasiswa.  Dalam keluarga aku UM telah pun dijejaki abah aku sebelum aku pada tahun 1973. Dan Alhamdulillah, jejak abah aku aku ikut pada tahun 2001. Dan sekali lagi pada tahun 2012 adik lelaki aku telah kembali semula ke UM sebagai pelajar Perubatan. Masa cuti hari tuh, abah aku telah menyerahkan barang penting bagi seorang student UM yang telah lama disimpan olehnya. Itu lah dia kat pelajar atau pun kad matrik UM tahun 1973


1973/1974 


KALAU HILANG DENDA RM2.50 JER...BEST BETUL ZAMAN DULU


SESI 1973/1974
SESI 1974/1975
SESI 1975/1976

KOLEKSI YANG SEMPURNA DARI TAHUN 1973 KE TAHUN 1976

Kad matrik aku pun aku masih lagi simpan..cuma kad matrik masa asasi jer tak tau la letak mana...