Isnin, 9 Julai 2012

SETEM DUIT BARU

Salam..aku dapat info dari member aku yang minat kumpul setem dia bagitau yang Pos Malaysia akan keluarkan setem sempena pengedaran duit baru Malaysia.  So, aku pun cari info dalam internet dan terjumpa la Facebook Stamp Philately Pos MalaysIa's dan ada info mengenai koleksi setem sempena duit baru ni.  Setem ni akan dikeluarkan pada 16 Julai 2012 ni.  Sehari selepas BNM mengedarkan wang kertas baru untuk kegunaan umum.  So, aku letak beberapa gambar koleksi setem duit ni.  Terima kasih kepada Stamp Philately Pos MalaysIa's kerana gambar dan info ini semua aku dapat dari dia..nak info lebih boleh tengok kat sana.




Kepada collector setem sudah pasti akan menjadi koleksi terbaru memandangkan Pos Malaysia akan menghantar terus ke rumah bagi yang mempunyai akaun SODA. Kalau Bank Negara Malaysia boleh buat macam tu kan best.   Bagi collector duit dapat setem duit ni pun boleh kira best jugak ni, bolehlah untuk pelbagaikan koleksi. Sekian 

PROMOSI MANUSIA LABAH LABAH

Salam semua...movie spiderman edisi terbaru telah kembali.  Memang menjadi trend, bila keluar movie meletup macam ni akan adalah jugak barang barang limited edition berkaitan movie ni.  The Amazing Spiderman yang baru keluar 5 Julai 2012 ni pun tak terkecuali.  Macam macam barang Amazing Spiderman dikeluarkan oleh banyak pihak untuk peminat-peminat Spiderman dan juga collector limited edition.  So, entry ni aku just nak share antara promo Spiderman yang menawarkan barang limited edition.  Kalau ada promo lain yang aku tak masuk kat sini..bolehlah share info...


T-SHIRT LIMITED EDITION DARI BIG CINEMAS


CAWAN GLOW IN THE DARK DARI MBO CINEMAS


BUCKET EDISI TERHAD DARI KFC



CAWAN 3D DARI GSC..SIAP ADA COCA COLA LAGI..BEST!


DONUT SPIDERMAN DARI KRISPY KREME..YANG NI KENELA MAKAN..KALAU NAK SIMPAN KENE AWET DULU LA..BARU TAK NAIK KULAT



HA..YANG NI BAGI SESIAPA YANG PERGI INDON BOLEH DAPATKANNYA DI SANA YA
HANYA DI BLITZMEGAPLEX INDONESIA

So, mana yang nak cukupkan koleksi..bolela pergi cari . Aku ni tak berpeluangla memandangkan tempat aku ni takde pun sumber yang aku bagitau tu. Yang ada pun KFC jer itu pun takde sebab la pulak nak beli sampai satu bucket.  Kalau ada can nak bagi makan ramai ramai..bolehla beli bucket,  kalau tak..tengok kat blog rakan rakan ajer la..sekian