Sabtu, 28 Julai 2012

KALAU TAKDE DUIT, BAYAR PAKAI BEG DUIT PUN BOLEH LAH...

Salam..ha, aku memang tertarik betul dengan beg duit bercorak matawang ni.  Beg duit ni keluaran dari www.white.my.  


RM50 TUH..TAPI DALAMNYA KALAU ADA RM1 JER NAK BUAT MACAM MANA..EHE


RM 5..KALAU BAYAR PAKAI BEG DUIT NI AGAKNYA KEDAI TERIMA TAK?


Cool jugak la beg duit macam ni..jadikan koleksi?Ok jugak kut.  Macam setem duit jugak.  Apa yang kene mengena dengan duit boleh dijadikan sebahagian koleksi.  Kiranya pelbagaikan stok la.  Buat cuci cuci mata.  

BAHAGIAN DALAM BEG DUIT..SIAP ADA PREFIX NO LAGI TUH

Kalau sesiapa yang nak memiliki beg duit ala duit ni boleh layan www.white.my
Pergi kat bahagian COOL STUFF dan klik kat HI FUN

Selain duit Malaysia duit luar negara pun ada....layan ajer la ek....

50 POUND 

SURAT PUN ADA..SIAP SETEM LAGI TUH


MERIAHKAN OLIMPIK LONDON

Assalamualaikum.  Lepas sahur pagi tadi duk rilek sementara tunggu subuh aku pun bukak tv.  Pagi tadi live dari London pelancaran Sukan Olimpik.  Bermulalah secara rasminya Olimpik 2012.  Cabaran jugak la buat atlet Muslim yang turut bertanding pada bulan Ramadhan ni.    

Sempena Olimpik London ni,  McDonald mula memberi gelas Coca Cola edisi terhad.  Bukan bagi free.  Kena la beli set makanan dia.  Dah ramai orang memiliki gelas ni.  Aku hanya ada satu.  Tu pun aku pesan kat adik aku suh dia makan McD hari tuh sebelum bulan puasa.  Dapat la gelas yang kedua.  Okla tuh.  Nak dapatkan semua tak kesampaian kut.  Tempat aku ni takde McD.


EDISI CYCLING WARNA UNGU


MASIH DALAM KOTAK

Aku amek dari adik aku time balik kampung first puasa hari tuh.  Adik aku tolak RM3 jer.  Dia kata dalam resit McD sekali dengan set Coca Cola tuh harga gelas dia tulis RM3 jer.  Tapi aku bayarla RM5. Bagi la lebih sket.  

Gelas ni rupanya lebih kurang sama la dengan yang Nuffnang tawarkan dulu.

Ini gambar gelas Coca Cola Olimpik yang ditawarkan oleh Nuffnang untuk ahli Glitteratinya.


INFO DALAM POST TERDAHULU

Yang ni pulak complete set gelas kaca Coca Cola Olimpik dari McD


GAMBAR DIPETIK DARI FACEBOOK MCD

Ada lagi tak company lain yang mengedarkan gelas kaca Olimpik Limited Edition ni selain Coca Cola dan McD?  

Ini baru gelas kaca, banyak lagi barang limited edition yang dibuat khas untuk memeriahkan Olimpik London.  Dalam n luar negara.  Kalau tau list penaja rasmi Olimpik London boleh la cari kut kut ada keluarkan barangan sempena memeriahkan Olimpik London ni.



LAUNCH YOUR WAY TO GOLD
MAXIS MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA UNTUK MEMILIKI PINGAT EMAS BERNILAI RM12000.  PERGH..PAKCIK KAYO LA...!!!

NAK TAU LEBIH LANJUT BERKENAAN CONTEST NI BOLEH TERUS KLIK LINK PADA GAMBAR KAT BAWAH OR KAT ATAS TUH



JOM KITA TRY..MANA TAU KITA PULAK YANG DAPAT PINGAT EMAS..EHEHHE.


MALAYSIA BOLEH!!!!! 







KALAU COLLECTOR SEJATI DAH BAWAK BALIK KUT

Salam..lama aku tak buat entry.  Sibuk sket akhir akhir ni.  Sebelum puasa hari tuh aku n family aku makan kat Restoran Nasi Ayam Syiok kat tempat aku ni.  Time duk kat meja makan tuh aku terpandanglah bekas tisu n sudu yang diletakkan di atas meja.  


ADA BRAND NESCAFE RUPANYA

Aku pun terfikir, mungkinkah bekas ini akan cuba dijadikan koleksi oleh collector barangan Nescafe atau collector barangan limited edition?Mungkin kut.  Kalau aku tak sampai ke tahap tu kut.  Sekadar berkongsi boleh la kut. Ehe