Jumaat, 1 Februari 2013

CERGAS BERSAMA MILO

Assalamualaikum.  Antara mug Milo yang aku simpan adalah dua jenis seperti dalam gambar di bawah ni.  Yang atas tu satu dan yang kat bawah tu pulak ada dua.  Malangnya satu tu dah patah tangkai.  Takpela. Patah tangkai pun masih lagi ada rupa mug.



MUG MILO MAJLIS KECERGASAN KEBANGSAAN

Serba sedikit tentang Majlis Kecergasan Kebangsaan atau NFC :


Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC) dilancarkan dengan jayanya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 12 September 2004 di Bukit Jalil. Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC) ditubuhkan sebagai satu badan perunding, penyelaras, pengawal dan penasihat kepada pembangunan kecergasan agar menepati dan menyokong matlamat Dasar Sukan Negara dan Wawasan 2020.



MUG MILO CHAMPIONS YOUTH CUP 2008


Serba sedikit tentang Champions Youth Cup (CYC 2008) :

Champions Youth Cup telah diadakan di Malaysia pada 5 hingga 16 Ogos tahun 2008.  Sebanyak 16 pasukan dari pelbagai negara  telah mengambil bahagian termasuk 4 negara Asia iaitu Malaysia,  China, India dan Qatar.  Malaysia telah diletakkan dalam kumpulan B bersama sama pasukan Ajax, Chelsea dan AC Milan.

4 ulasan:

  1. Syabas ! kerana berjaya memilikinya! teruskan usaha menjejaki si MILO! YEHAA!

    BalasPadam
    Balasan
    1. simpan sikit sikit jer..sdr iaryylr lagi hebat

      Padam
  2. cuma ada cyc je.. mana nak cari lg yang lain2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari di online la..segalanya di hujung jari

      Padam