Ahad, 16 Jun 2013

TIGA DALAM SATU?EMPAT DALAM SATU?

Assalamualaikum. Milo memang kegemaran ramai. Selain dari rasa yang lazat, warna hijau Milo memang menenangkan. Kalau simpan satu tempat memang nampak hijau je. Post kali ni pasal Milo 3 in 1. Baru dapat dari seorang sahabat di facebook.  Mulanya aku ingat mug seramik tapi rupanya material dari plastik jer. Tapi tak kesahla asalkan lain dari yang dah ada.


SET TIGA DALAM SATU UNTUK EMPAT DALAM SATU


3 IN 1 VERSI BAHASA CINA
KELUARAN CHINA KE????


3 IN 1...ADA TIGA SAHAJA STOK BUAT MASA NI


Isnin, 10 Jun 2013

KEMBALI BERAKSI ....DIPERTINGKATKAN OLEH ENERGIZER


Assalamualaikum.  Nampaknya dah bersawang dah blog aku nih. Punyala berzaman tak update.  Semuanya kerana faktor kesibukan menunaikan tanggunjawab keluarga dan kerjaya.  Hobi dan minat mencari dan mengumpul pun telah terbatas sepanjang tempoh masa tu.  Skang ni lega sket sebab baru habis cuti sekolah. Fikiran pun tenang sket.  Stress dan kurang dan kerja pun dah setel perlahan lahan.  

So, nak start balik blog ni pun perlu tenaga lebih sket.  Sebagai permulaan baru blog ni..diperkenalkan mug energizer yang aku pun tak tau bila keluarannya.  Dapat dari kampung untuk menambahkan koleksi aku.  Dulu aku pernah post berkenaan mug energizer jugak.  Boleh jenguk balik kat sini 


MUG PERTAMA


MUG KEDUA

Macam aku pernah bagitau dulu..mug energizer ni aku kira rare sebab energizer bukan minuman. Kiranya tak patut jugak la kalau nak bagi mug ajer.  Bagi la lampu suluh ker.  Robot boleh bergerak gerak ke. Okla jugak.  So, kalau ada design mug energizer yang lain boleh kongsi.  Nak jual pun boleh kalau harganya ok.  

Sekian

Selasa, 9 April 2013

KOLEKSI GELAS LAMA

Assalamualaikum.  Hasil pencarian bersama isteri baru baru ni telah menemukan kami dgn gelas kaca lama dari beberapa jenama terkenal.  Yang perasan gelas ni pun ialah isteri aku.  Kalau harap aku jer tak jumpa kut.  Bila tengok gelas ni teringat jugak masa kenduri di era 80 an masih lagi pakai gelas kaca. Gelas jenama macam ni pun ada yg guna selain gelas bercorak bunga.  Sekarang ajer orang lebih senang guna cawan plastik polisterinjer.  






7up dan FnN

Ahad, 7 April 2013

LIPTON SEMAKIN BERTAMBAH

Assalamualaikum.  Dari hanya ada 3 koleksi terdiri dari 2 mug n satu tin, jenama teh Lipton semakin bertambah.  Kali ni dapat Lipton Hirameki dan gelas tinggi Lipton Ice Tea.  Nampaknya Lipton memang antara brand yang aku suka. Teruskan mencari dan teruskan pemburuan.  Insyaallah akan ada hasilnya.


simple interesting

Sabtu, 30 Mac 2013

MUG MILO MAGIC??

Assalamualaikum.  Milo datang lagi dan kali ni dari Singapura.  Kat kotak tu kata mug atau pun cawan ni boleh bertukar warna bergantung kepada tahap kesejukan air yang diisi.  Nampak menarik dan teruja bila nak guna.  Aku pernah try test tengok tapi malangnya kesudahannya tak seperti yang dijanjikan.  Perubahannya tak la ketara pun cuma kala pegang cawan tu sejuk ada la.  Mungkin sebab dah lama dan dah masuk angin kut.  Tapi takpela masih lagi boleh disimpan dan dikategorikan sebagai rare.  Tahniah.  Sekian





Dah isi air sejuk pun lebih kurang je macam ni

Khamis, 28 Mac 2013

COCA COLA TULISAN CINA

Assalamualaikum.  Tahun Baru Cina baru baru ni aku telah menjalankan misi pencarian barang barang koleksi semasa berada di kampung.  Dan misi telah berjaya dengan membawa pulang satu gelas Coca Cola yang aku tak berapa pasti tahun keluarannya.  Gelas ni memang mahal sikit berbanding dengan gelas lain yang aku dapat masa tu jugak.  Mungkin sebab rare tak pun ianya dinilai berdasarkan ketebalan dinding kacanya.  Gelas ni pun memang nampak lebih kuat dan lebih tebal.



TULISAN CINA?

Khamis, 21 Mac 2013

GENG LIPTON

Salam. Barang Lipton memang jarang dikeluarkan sebagai free gift.  Bukan macam Milo yang banyak keluarkan barang dan aksesori.  Disebabkan jarang keluar la jenama ni nampak memang eksklusif. Dalam simpanan aku pun tak banyak.  Cuma ada dua mug dan satu tin.  Skang ni tambah lagi 3 mug yang aku baru dapat tahun ni.  Eksklusif dari Lipton






Sabtu, 16 Mac 2013

HAVE A PEPSI DAY

Salam untuk semua.  Lama jugak aku tak post blog ni.  Agak sibuk sket dgn kerja.  Anak pulak xberapa sihat. Diri sendiri pun demam jugak skang ni. So, simple je just nk share berkenaan gelas Pepsi yg telah berada dalam simpanan koleksi aku. Ini gelas Pepsi lama dan old skool.  Ramai yg tanya aku nak jual ke tak? Jawabnya aku akan jual bila sampai masanya untuk menampung koleksi yg lain...tunggu....



Khamis, 14 Februari 2013

MUG LAMA KE BARU NI?

Salam semua.  Sebelum Tahun Baru Cina hari tu aku dan keluarga keluar bershoping di supermarket berhampiran.  Kebetulan pulak ada promo Kit Kat sempena Tahun Baru Cina. Dengan pembelian pek khas bolehla bawak balik mug kaler merah ni.  Tapi persoalannya ialah mug yang aku dapat ni rasa rasanya design lama. Aku pun tak pernah ada mug ni so bila budak kaunter tu bagi aku ambil ajer la.  Dia pun tak cakap apa apa.  Selang beberapa hari baru keluar iklan promosi Kit Kat kat TV dan mug yang diedarkan untuk kali ni design berbeza dari yang aku dapat ni.  Takpela..mungkin dah habis kut ..tu yang dia bagi mug lama kat aku. Apapun kita simpan ajela.  Esok esok boleh jual..ehe



mug design lama la pulak






Jumaat, 1 Februari 2013

CERGAS BERSAMA MILO

Assalamualaikum.  Antara mug Milo yang aku simpan adalah dua jenis seperti dalam gambar di bawah ni.  Yang atas tu satu dan yang kat bawah tu pulak ada dua.  Malangnya satu tu dah patah tangkai.  Takpela. Patah tangkai pun masih lagi ada rupa mug.



MUG MILO MAJLIS KECERGASAN KEBANGSAAN

Serba sedikit tentang Majlis Kecergasan Kebangsaan atau NFC :


Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC) dilancarkan dengan jayanya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 12 September 2004 di Bukit Jalil. Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC) ditubuhkan sebagai satu badan perunding, penyelaras, pengawal dan penasihat kepada pembangunan kecergasan agar menepati dan menyokong matlamat Dasar Sukan Negara dan Wawasan 2020.



MUG MILO CHAMPIONS YOUTH CUP 2008


Serba sedikit tentang Champions Youth Cup (CYC 2008) :

Champions Youth Cup telah diadakan di Malaysia pada 5 hingga 16 Ogos tahun 2008.  Sebanyak 16 pasukan dari pelbagai negara  telah mengambil bahagian termasuk 4 negara Asia iaitu Malaysia,  China, India dan Qatar.  Malaysia telah diletakkan dalam kumpulan B bersama sama pasukan Ajax, Chelsea dan AC Milan.