Assalamualaikum. Dapat dua wang kertas ni hampir hampir solid number dan radar number. Hanya beza satu nombor jer.
Ahad, 25 Ogos 2013
Khamis, 27 Jun 2013
KOLEKSI KAPAL TERBANG
Assalamualaikum. Dari syiling ke wang kertas ke barangan rare n limited @ antik aku jugak sedikit sebanyak menyimpan model diecast. Tapi yang ni saje seje je sebab aku rasa cantik untuk disimpan dan mungkin berbaloi. Aku hanya mengumpul bukan dalam skala yang besar sehingga penuh satu almari tapi cukup sekadar memiliki satu atau dua jer. Biar masa jer yang berjalan dan kita tengok setakat mana aku boleh simpan. Maklumlah nak kumpul sekali gus memang memakan kos yang tinggi. Duit gaji bukan banyak mana pun..so kene beringat ingat la.
Sebelum ni aku pernah post berkenaan KOLEKSI KERETA KEBAL. Tapi malangnya pengumpulan aku tidak berjaya sebab faktor kewangan dan masa. Siri dia memang banyak dan tak larat aku nak kejar. Ada jugak kawan sekerja yang masih setia dengan kereta kebal dan dah hampir penuh satu almari besar. Lepas tu, aku beralih ke kapal terbang..yang ni pun saje saje sekadar nak buat perhiasan jer. Lama dah aku beli cuma baru ni jer saje nak post.
Model pertama
Siri perang dunia ke -2
United Kingdom
Yang ni Made in Malaysia
Malaysian Airline System
Bukan dari siri koleksi tapi yang ni beli kat kedai cenderamata je
USA dan Italy
Masih dalam kotak sebab takde tempat nak letak
Masih di dalam kotak juga
MIG
Malaysia 1995
Label pada stand tertera bendera Malaysia
Ahad, 16 Jun 2013
TIGA DALAM SATU?EMPAT DALAM SATU?
Assalamualaikum. Milo memang kegemaran ramai. Selain dari rasa yang lazat, warna hijau Milo memang menenangkan. Kalau simpan satu tempat memang nampak hijau je. Post kali ni pasal Milo 3 in 1. Baru dapat dari seorang sahabat di facebook. Mulanya aku ingat mug seramik tapi rupanya material dari plastik jer. Tapi tak kesahla asalkan lain dari yang dah ada.
SET TIGA DALAM SATU UNTUK EMPAT DALAM SATU
3 IN 1 VERSI BAHASA CINA
KELUARAN CHINA KE????
3 IN 1...ADA TIGA SAHAJA STOK BUAT MASA NI
Isnin, 10 Jun 2013
KEMBALI BERAKSI ....DIPERTINGKATKAN OLEH ENERGIZER
Assalamualaikum. Nampaknya dah bersawang dah blog aku nih. Punyala berzaman tak update. Semuanya kerana faktor kesibukan menunaikan tanggunjawab keluarga dan kerjaya. Hobi dan minat mencari dan mengumpul pun telah terbatas sepanjang tempoh masa tu. Skang ni lega sket sebab baru habis cuti sekolah. Fikiran pun tenang sket. Stress dan kurang dan kerja pun dah setel perlahan lahan.
So, nak start balik blog ni pun perlu tenaga lebih sket. Sebagai permulaan baru blog ni..diperkenalkan mug energizer yang aku pun tak tau bila keluarannya. Dapat dari kampung untuk menambahkan koleksi aku. Dulu aku pernah post berkenaan mug energizer jugak. Boleh jenguk balik kat sini
MUG PERTAMA
MUG KEDUA
Macam aku pernah bagitau dulu..mug energizer ni aku kira rare sebab energizer bukan minuman. Kiranya tak patut jugak la kalau nak bagi mug ajer. Bagi la lampu suluh ker. Robot boleh bergerak gerak ke. Okla jugak. So, kalau ada design mug energizer yang lain boleh kongsi. Nak jual pun boleh kalau harganya ok.
Sekian
Selasa, 9 April 2013
KOLEKSI GELAS LAMA
Assalamualaikum. Hasil pencarian bersama isteri baru baru ni telah menemukan kami dgn gelas kaca lama dari beberapa jenama terkenal. Yang perasan gelas ni pun ialah isteri aku. Kalau harap aku jer tak jumpa kut. Bila tengok gelas ni teringat jugak masa kenduri di era 80 an masih lagi pakai gelas kaca. Gelas jenama macam ni pun ada yg guna selain gelas bercorak bunga. Sekarang ajer orang lebih senang guna cawan plastik polisterinjer.
7up dan FnN
Ahad, 7 April 2013
LIPTON SEMAKIN BERTAMBAH
Assalamualaikum. Dari hanya ada 3 koleksi terdiri dari 2 mug n satu tin, jenama teh Lipton semakin bertambah. Kali ni dapat Lipton Hirameki dan gelas tinggi Lipton Ice Tea. Nampaknya Lipton memang antara brand yang aku suka. Teruskan mencari dan teruskan pemburuan. Insyaallah akan ada hasilnya.
simple interesting
Sabtu, 30 Mac 2013
MUG MILO MAGIC??
Assalamualaikum. Milo datang lagi dan kali ni dari Singapura. Kat kotak tu kata mug atau pun cawan ni boleh bertukar warna bergantung kepada tahap kesejukan air yang diisi. Nampak menarik dan teruja bila nak guna. Aku pernah try test tengok tapi malangnya kesudahannya tak seperti yang dijanjikan. Perubahannya tak la ketara pun cuma kala pegang cawan tu sejuk ada la. Mungkin sebab dah lama dan dah masuk angin kut. Tapi takpela masih lagi boleh disimpan dan dikategorikan sebagai rare. Tahniah. Sekian
Dah isi air sejuk pun lebih kurang je macam ni
Khamis, 28 Mac 2013
COCA COLA TULISAN CINA
Assalamualaikum. Tahun Baru Cina baru baru ni aku telah menjalankan misi pencarian barang barang koleksi semasa berada di kampung. Dan misi telah berjaya dengan membawa pulang satu gelas Coca Cola yang aku tak berapa pasti tahun keluarannya. Gelas ni memang mahal sikit berbanding dengan gelas lain yang aku dapat masa tu jugak. Mungkin sebab rare tak pun ianya dinilai berdasarkan ketebalan dinding kacanya. Gelas ni pun memang nampak lebih kuat dan lebih tebal.
TULISAN CINA?
Khamis, 21 Mac 2013
GENG LIPTON
Salam. Barang Lipton memang jarang dikeluarkan sebagai free gift. Bukan macam Milo yang banyak keluarkan barang dan aksesori. Disebabkan jarang keluar la jenama ni nampak memang eksklusif. Dalam simpanan aku pun tak banyak. Cuma ada dua mug dan satu tin. Skang ni tambah lagi 3 mug yang aku baru dapat tahun ni. Eksklusif dari Lipton
Sabtu, 16 Mac 2013
HAVE A PEPSI DAY
Salam untuk semua. Lama jugak aku tak post blog ni. Agak sibuk sket dgn kerja. Anak pulak xberapa sihat. Diri sendiri pun demam jugak skang ni. So, simple je just nk share berkenaan gelas Pepsi yg telah berada dalam simpanan koleksi aku. Ini gelas Pepsi lama dan old skool. Ramai yg tanya aku nak jual ke tak? Jawabnya aku akan jual bila sampai masanya untuk menampung koleksi yg lain...tunggu....
Langgan:
Catatan (Atom)




























