Rabu, 26 Disember 2012

5 SEN 1971

Assalamualaikum....Ada apa pulak dengan 5 sen ni? Sama la dengan 5 sen lain dari segi rupa bentuknya tapi dari segi waktu kelahiran ada perbezaannya. 5 sen ni dilahirkan atau ditempa pada tahun 1971. Maksudnya keluaran dia ni tahun 1971 la. Dalam katalog dihighlightkan yang tahun 1971 patut dimiliki oleh collector.  Sebabnya pengeluarannya hanya sebanyak 16,657,712 keping.  Dan tahun 1971 bermula pengeluaran syiling Malaysia oleh Kilang Wang Shah Alam. Made in Malaysia.  Sebelum ni syiling ditempa di Royal Mint UK.  Kita belajar dulu kepakaran dari luar dan bila kita sendiri dah ada kepakaran kita boleh laksanakan sendiri. That is the basic of knowledge.  


Aku ada satu ni jer.  Biasa la aku bukan beli pun.  Kalau jumpa ajer aku simpan. Baca baca sejarah sikit untuk tambah ilmu.  Sekian untuk koleksi duit syiling.

Anda minat mengumpul syiling?

5 ulasan:

  1. 20 sen 1971 dan 20 sen 1994 pun ada dalam koleksi saya.10 sen 1971 saje yang masih belum ada.

    BalasPadam
  2. kumpul2 mana duit parlimen yang ada.. sekarang ni makin susah nak jumpa yang parlimen.. kalau baki yang diterima pun kdg2 susah nak jumpa.. Rezeki sy tahun lepas pelajar sy jumpa duit 10sen 1971.. dia nak jual sy beli.. http://koleksiduitmalaysia.blogspot.com/2011/10/10-sen-1971.html

    BalasPadam
  3. berapa budak jual? aku dulu budak jual duit dia up tinggi tingi pulak..ehe

    BalasPadam
  4. budak2 ni tau kita cari duit ni dia nak mark up harga.. hulur rm50 mula2.. lepas 2 minta tambah lagi rm 10.. tambah pun tambah la.. janji dapat.. so beli RM60 je..

    BalasPadam