Jumaat, 23 November 2012

NILAI TANDATANGAN ROSHAM NOR?

Assalamualaikum.  Kali ni aku nak kongsi pasal tandatangan aau pun signature.  Kalau dalam kehidupan seharian, tantatangan memang penting.  Guna untuk urusan bank, sekolah, dan macam macam.  Memang penting sebagai tanda pengenalan seseorang.  Antara kriteria barangan limited edition atau edisi terhad yang menjadi buruan ramai collector di luar sana ialah mempunyai tandatangan.  Memang boleh menaikkan nilai sesuatu barangan.  Kalau tandatangan melibatkan tokoh yang terkenal, memang nilai boleh up. Boleh lelong sampai harga berjuta.  Kalau pemilik tandatangan tu dah meninggal dunia lagi la nilai boleh up, sebabnya sumber original dah takde.  Tapi itu semua bergantung kepada nilai yang diberikan oleh para pengumpul. 

Aku dah melawat beberapa blog seperti www.norizwanruslan.com , www.nizarazu.com dan miazarraannur.blogspot.com dan aku dapati tajuk yang sama berkenaan tandatangan termahal di dunia.  Antaranya ialah 


Tandatangan William Shakespeare yang asli dikatakan hanya ada 6 di muka bumi ini dan dikatakan tandatangan yang termahal di dunia iaitu dianggarkan $5juta iaitu RM 15 Juta bagi duit Malaysia setiap satu.


Tandatangan lagenda gitaris Jimmy Page pernah mencecah $49,000 iaitu sebanyak RM 275, 000 di suatu jualan lelong. Tandatangan ini ditandatangani di sebuah gitar.

Di negara kita ni pun ada juga tandatangan yang bernilai tinggi.  Antaranya ialah RM 1 prefix CR sign Tan Sri Ali Abul Hassan ataupun terkenal dengan RM1 sign 'Aishah'


Harga sekeping mencecah RM 1 ribu lebih.  Macammana boleh jadi hal macam ni boleh rujuk blog Dato' Sharudin sharuddin58.blogspot.com.  Memang menarik, tapi aku masih tak berpeluang memilikinya. Tapi seingat aku, aku pernah ada duit ni dulu tahun 2000 tapi time tuh tak tau pun pasal benda ni. Yang aku tau sign Aishah jer.  Malangnya aku tak ambil kisah dan dah terguna agaknya.

Yang menariknya, Power Root pernah keluarkan mug edisi terhad yang ada sign Rosham Nor dan Mawi.  




Kedua duanya ialah artis terkenal di Malaysia.  Persoalannya, agak agak boleh tak nilai mug yang ditandatangani diorang ni boleh mencecah harga yang tinggi lebih lebih lagi kalau diorang ni dah meninggal dunia satu hari nanti?  Mungkin boleh sepertimana yang aku bagitau awal tadi, semuanya bergantung pada penilaian para collector. Jika ramai yang nak, maka harga akan naik....Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan