Khamis, 29 November 2012

KOLEKSI FRIDGE MAGNET MAK AKU

Salam semua.  Dalam post terdahulu, aku bagitau pasal FRIDGE MAGNET COCA COLA DAN PEPSI yang aku dapat dari mak aku. Mak aku memang suka membeli fridge magnet bila dia pergi ke tempat tempat manarik di Malaysia. Semua yang dibeli dilekatkan di peti ais kat rumah.  Takdela banyak atau pun yang special. Cuma yang biasa biasa jer.  


ADA DARI LANGKAWI, CAMERON, GENTING, KL, PANGKOR, SABAH


INI KAT TEPI PETI AIS

Mak aku takdela kumpul macam pengumpul tegar cuma bila pergi mana mana dia akan beli sebagai cendera mata. Mana yang cantik dan berkenan di hati dia akan beli.  Kalau cucu dia balik, diorang akan cabut dan main. Pastu lekat balik susun cantik cantik.  Cuma ada tiga jer yang mak aku tak bagi cucu dia main


DARI SINGAPURA
PEMBERIAN KAWAN MAK


DARI ISTANBUL, TURKI
PEMBERIAN ANAK SEPUPU MAK 


DARI BEIJING, CHINA
PEMBERIAN MAK SEDARA 

Yang tiga ni kira limited edition la sebab dapat dari luar negara.  Kira payah la mak aku nak pergi cari balik. Dapat ni pun orang bagi sebagai hadiah.


YANG NI MEMANG FAVOURITE CUCU DIA TERMASUKLA ANAK AKU.
KOLEKSI BUAH BUAHAN TEMPATAN MALAYSIA.

SEKIAN





4 ulasan:

  1. apapun tetap ianya koleksi! menarik!

    BalasPadam
  2. Koleksi untuk suka suka.support my mom.

    BalasPadam
  3. ituptn dh byk cucu-cucunya pecahkan..huhu

    BalasPadam
  4. Wah banyak! Meh tambahkan koleksi mak awak. Amek fridge magnat kat giveaway blog akak. Www.zurada.com

    BalasPadam