Jumaat, 29 Jun 2012

LAMA DAN BARU

Assalamualaikum...lama dah tak post. Sibuk sket.  Banyak kerja.  Entry kali ni sekadar berkongsi info mengenai wang kertas yang aku rasa paling unik buat masa sekarang ni iaitu wang kertas RM20.  Kejap ada kejap takde pastu ada balik. Mulanya RM20 mula dikeluarkan pada 1 September 1982 semasa edaran siri ke 2.  Ada dua keluaran RM 20 ni. Yang aku ada cuma keluaran pertama yang aku dapat dari kedai buat kunci kat tempat aku ni


PREFIX TB (takde lagi First TA dan Last TE)
Sign oleh Tan Sri Abdul Aziz Taha

Corak keluaran pertama ni no prefix dia melintang (horizon). 
 Kalau design keluaran kedua no prefix dia menegak (dari atas ke bawah).
(Prefix TF - TH, Replacement UZ)


Design belakang. Bangunan Bank Negara Malaysia Kuala Lumpur

Tetapi jangka hayat RM20 ni tak lama.  Tahun 1997 pengeluarannya dihentikan.  Dalam tempoh masa penggunaan RM20 tu pun aku rasa jarang sangat aku terjumpa dengan RM20 ni.
Alhamdulillah..tahun ni RM20 kini kembali lagi dengan wajah baru


Warna oren yang menyerlah
Kalau polimer mesti lagi cantik


Design belakang penyu berenang dengan gembira

RM 20 ni salah satu dari corak baru untuk wang kertas edaran terbaru yang telah dilancarkan pada 28 Disember 2011 dan mula dijual dalam folder untuk kenang-kenangan.  Aku cuma ada folder RM 20 ni dengan Folder RM 5 dan RM1. RM 10, RM 50 dan RM100 takde sebab mahal.  Tapi takpe 15 Julai ni BNM dah umumkan wang kertas edaran terbaru akan mula diedarkan untuk penggunaan umum.  So, bolehlah simpan 1,2 keping UNC. 


FOLDER RM 20 DAN RM 1, RM5


Bagi siapa yang masih tak perasan yang duit baru Malaysia ni dah wujud, so aku tunjukkan di sini untuk tatapan semua.  Duit syiling dan diedarkan. (gambar diambil dari lunaticg.blogspot.com - otai kita yang banyak memberi info- tq)

Bulan ni kita sambut Ramadhan dan Hari Raya lepas tuh, so timing baik BNM edarkan duit baru ni.  Dapatlah anak-anak kita duit raya baru. Insyaallah..,sekian.

NAK SAMPUL DUIT RAYA UNIK UNTUK ISI DUIT BARU NI?
BOLEH TENGOK-TENGOK DI ENTRY SAYA SAMPUL DUIT RAYA 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan