Rabu, 16 Januari 2013

HASIL DARI SEMPADAN


Assalamualaikum.  Cuti sekolah hari tu aku dan keluarga telah melawat negeri Perlis Indera Kayangan.  Program utama ialah pergi kenduri pengantin di Kangar.  Selesai makan kenduri kami berjalan pulak ke sempadan Malaysia Thailand iaitu Padang Besar.  Biasala kalau dah pergi area sempadan ni mestila membeli barangan bebas cukai dan kebanyakan adalah 'Made in Thailand'.

So, bila dah sampai sempadan ni bolehla cari cari barang koleksi 'Made in Thailand'.  Nasib pun cukup baik, Alhamdulillah baru je keluar kereta dah jumpa barang yang dicari.  Tapi susah nak bawak pulak so aku pun beli time nak balik. Nasib baik jugak kedai tu masih buka dan barang pun masih banyak.



FANTA DAN SPRITE BOTOL KACA
FIRST UNTUK KOLEKSI



FANTA MERAH


FANTA OREN


FANTA HIJAU DAN SPRITE


BOTOL COCA COLA TAK JUMPA...

SURVEY KAT ONLINE ORANG DAH JUAL DENGAN HARGA BERLIPAT KALI GANDA

PS : AIR NI BUKAN UNTUK DIMINUM TAPI HANYA UNTUK KOLEKSI

Sabtu, 12 Januari 2013

HASIL DARI SEKOLAH LAGI

Salam semua.  Alhamdulillah sekali lagi aku berjaya mendapat RM50 sign Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan sign bawah selepas baru beberapa hari mendapat wang kertas jenis yang sama melalui mesin ATM.
  Kali ni aku dapat dari hasil pengutipan pembayaran buku kerja pelajar di sekolah.  Masa kira duit terperasan sekeping ni dan aku pun tukarkan dengan RM50 yang lain.  So, yang ni aku simpanla sebagai koleksi.


KEADAAN OK..MUNGKIN VF 



PREFIX DA1315965

Prefix ni masih prefix yang biasa..bukan first dan bukan last.  Jauh lagi dari Replacement.  Boleh rujuk di post  yang terdahulu jugak.  Klik di sini.

PS: DOAKAN AGAR AKU LEBIH BANYAK MENDAPAT KOLEKSI SEBEGINI MELALUI URUSAN SEHARIAN...EHE





Jumaat, 11 Januari 2013

HASIL DARI ATM : RM 50 AAH


Assalamualaikum.  Setelah sekian lama tak dapat hasil untuk koleksi wang kertas , alhamdulillah baru baru ni aku telah dapat sekeping RM50 sign Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan melalui pengeluaran wang dari mesin ATM.   Aku pun memang takde lagi RM50 sign ni dalam koleksi aku, so dapat secara macam ni memang sesuatu yang menyeronokkan.


MUKA DEPAN
KEADAAN YANG MASIH ELOK, CUMA ADA BEBERAPA TANDA LIPATAN


PREFIX BP3013597
FIRST PREFIX : BJ
LAST PREFIX : EB
REPLACEMENT PREFIX: ZA

Serba sedikit tentang jenis RM50 ni ialah ianya telah dikeluarkan bermula tahun 1999.  Jenis sebelumnya ialah sign Gabenor yang sama tapi sign di sebelah tepi (yang ni aku masih takde dan masih berharap akan dapat dari urusan seharian ).  Wang ni dicetak oleh Giesecke & Devrient







Selasa, 8 Januari 2013

NAK BAYAR RM1 KE RM80 NI?


Salam.  Gambar atas ni ialah gambar nota arahan pembayaran untuk mesin permainan kanak kanak di pusat membeli belah.  Mesin ni mesin baru dan kalau mesin ni lama sekalipun, ianya telah pun diubahsuai supaya hanya boleh menerima wang kertas dan bukan lagi syiling.  Yang tak berapa nak kenanya ialah ilustrasi wang kertas RM1 yang dipaparkan menunjukkan RM 1 yang merupakan edaran kedua tahun 1984. Tandatangan pun tandatangan Tan Sri Abdul Aziz Taha...Nak tau serba sedikit tentang wang kertas RM1 ni boleh tengok di post aku yang terdahulu Cerita RM1.  Kalau ada collector yang amek serius dengan arahan mesin ni,  mana tau ada yang sanggup membayar dengan wang koleksi diorang..tak ke parah jadinya nanti. Dari nilai RM1 yang sepatutnya dah jadi sebanyak RM20 atau RM 80 lebih sekiranya wang kertas yang dimasukkan ialah replacement note. 

Isnin, 7 Januari 2013

UNIVERSITI MALAYA DI HATI KU

Assalamualaikum.  Universiti Malaya telah menjadi tempat aku menuntut ilmu dari tahun 2001 hingga la ke tahun 2007.  Memang syok la belajar kat UM ni sebab aku rasa sempoi ajer belajar time tuh. Pergi kuliah balik kuliah tanpa tekanan. Nak tau sebab apa, bagi adik adik yang masih bersekolah tuh rajin rajin la belajar untuk SPM dan apply masuk UM. So, rasakanlah sendiri keseronokan seorang mahasiswa.  Dalam keluarga aku UM telah pun dijejaki abah aku sebelum aku pada tahun 1973. Dan Alhamdulillah, jejak abah aku aku ikut pada tahun 2001. Dan sekali lagi pada tahun 2012 adik lelaki aku telah kembali semula ke UM sebagai pelajar Perubatan. Masa cuti hari tuh, abah aku telah menyerahkan barang penting bagi seorang student UM yang telah lama disimpan olehnya. Itu lah dia kat pelajar atau pun kad matrik UM tahun 1973


1973/1974 


KALAU HILANG DENDA RM2.50 JER...BEST BETUL ZAMAN DULU


SESI 1973/1974
SESI 1974/1975
SESI 1975/1976

KOLEKSI YANG SEMPURNA DARI TAHUN 1973 KE TAHUN 1976

Kad matrik aku pun aku masih lagi simpan..cuma kad matrik masa asasi jer tak tau la letak mana...



Ahad, 6 Januari 2013

BEG MILO BULAT

Salam semua.  Lama tak bersiaran online disebabkan jadual yang sibuk di awal tahun ni.  Walaupun begitu..hobi kumpul dan simpan ni tetap berjalan untuk mengisi masa lapang dan merehatkan minda.  Beg Milo berbentuk bulat ni baru diperolehi hasil jualan dari Pak Mat Tahir iaitu pemilik blog Koleksi Pak Mat Tahir Barangan Old School. Terima kasih Pak Mat Tahir


PRODUK WAFER CRISPY ENERGY

Rabu, 2 Januari 2013

NESCAFE 100 TAHUN NESTLE DI SISIMU

Salam semua.  Terdahulu aku kongsikan mug Nescafe sempena ulangtahun ke 70.  Kali ni satu lagi mug Nescafe juga.  Warna pun tetap merah dan dihiasi design 100 Nestle di Sisimu.  Ada satu ni aje sebab aku tak minum sangat Nescafe dan yang ni pun beli secara online dengan harga yang berpatutan/


Selasa, 1 Januari 2013

KALKULATOR LAMA CANON PALMTRONIC 8

Assalamualaikum.  Pemburuan barang lama semakin rancak. Kali ni aku dapat pulak kalkulator lama buatan Jepun iaitu Canon Palmtronic 8 yang dikeluarkan pada tahun 1975.  Walaupun dah berusia hampir 40 tahun, kalkulator ni masih lagi berfungsi dalam keadaan yang baik.



MASIH BERFUNGSI




GUNA BATERI AA SAHAJA


  

Ahad, 30 Disember 2012

DUIT ...DUIT.... KE MANA KAU DUIT??

Assalamualaikum.  Dari berjinak jinak mengumpul wang kertas dan syiling, aku berevolusi ke mengumpul barangan barangan dari jenama terkenal seperti Milo, Nescafe, Lipton dan sebagainya.  Disebabkan benda benda ni berkait aku pun terjebak pulak dengan mengumpul barang barang lama atau pun yang memang dah tak digunakan atau dijumpai pada masa sekarang nih.  Bermula dengan mengumpul kotak mancis hotel lama.  So, kali ni aku akan post berkenaan barang lama yang aku mula kumpul dan barang ni aku hanya terjumpa secara kebetulan dan sedikit pemburuan yang aku minimakan kosnya.  

Tajuk post kali ni sebanarnya ialah lirik lagu yang aku pun tak ingat sape yang nyanyi tapi lagu tuh memeng cukup terkenal di zaman 80 an dulu. Time aku berada di zaman kanak kanak riang.  Sebab apa aku ingat lagu nih sebabnya aku pernah nyanyi sekuat hati dulu dalam bank sebab nampak gambar duit. Sampai malu mak aku time tuh. Tapi biasalah budak kecik, apa orang nak kisah kan. ehe.  Aku ingat lagi bank yang menjadi saksi nyanyian aku tuh ialah Bank Standard Chartered di Sitiawan Perak. Memori masa tuh kembali aku ingat bila aku terjumpa buku akaun aku masa tuh .


BUKU AKAUN SIMPANAN KANAK KANAK
MULA DIBUKA AKAUN TAHUN 1984



TAK PAKAI LAGI SIMBOL RM..EJAAN PUN MASIH STYLE LAMA


ADA JUGAK TULISAN CINA

PS : MENABUNGLAH UNUK MASA DEPAN ANAK ANAK ANDA



Sabtu, 29 Disember 2012

70 TAHUN NESCAFE

Salam semua.  Nescafe memang sinonim dengan warna merah seperti mana Milo yang sinonim dengan warna hijaunya.  So, tak hairanlah kalau selalunya Nescafe mengeluarkan barangan limited editionnya yang berwarna merah.  Merah tetap merah tapi designnya sajer berubah sepertimana mug Nescafe sempena ulangtahun ke 70.



Dah 70 tahun usianya. Zaman datok nenek kita dulu dah ada dah Nescafe ni. Memanglah kalau barangan antik yang tertera perkataan Nescafe memang tinggi nilainya.  Berbaloi untuk dimiliki jika kita tahu menilai dan memanfaatkan nilainya.