Selasa, 18 Disember 2012

TRANSFORMASI KOTAK MANCIS

Assalamualaikum.  Sekarang ni makin syok pulak mengumpul kotak mancis ni hotel ni.  Setiap hotel membawa identiti sendiri melalui kotak mancis masing masing.  Kalau dapat kotak mancis dari hotel lama lagi berbaloi. Kadang kadang kita tak perasan nilai sejarah yang ada walaupun dari kotak mancis yang kecik ni.  Dulu aku pernah pos berkenaan kotak mancis Travelodge Hotel yang terletak di Kangar.  Kali ni aku dah dapat pulak kotak mancis dari hotel Putra Palace juga terletak di Kangar.  Uniknya, kedua dua hotel ini adalah hotel yang sama cuma nama sahaja berbeza.  Skang ni nama Travelodge dah jadi sejarah dan telah pun bertukar nama sebagai Putra Palace.  So, kotak mancisnya pun mengalami transformasi...


ALAMAT YANG SAMA, TEL DAN FAX YANG SAMA
PEMBAHARUAN DENGAN ADANYA WEBSITE


Isnin, 17 Disember 2012

TIN EKSLUSIF LIPTON EDISI TERHAD

Assalamualaikum.  Barangan Lipton memang payah aku nak dapat.  Diorang ni bukan rajin sangat nak bagi barang free.  Koleksi barang Lipton aku pun memang agak terhad.  Salah satu yang aku ada ni ha tin Lipton Edisi Terhad ni. Dah lama dah keluaran ni tapi aku ni biasa la...dah basi baru la berpeluang dapat.  Bukan baru pun. Dah agak buruk dan ada kemek sikit. Takpela.  Duit pun tak keluar. Dapat free jer. Dari dibuang begitu sahaja, baik kita kumpul dan simpan






TAMBUN INN IPOH

Assalamualaikum.  Baru dapat sekotak mancis dari Hotel Tambun Inn, Ipoh.  Hotel ni masih wujud dan berdiri megah di bandaraya Ipoh, Perak.  Memang hotel yang dah lama dan agak terkenal di Ipoh satu ketika dulu.  Banyak persidangan dan mesyuarat penting pernah dijalankan di sana.  Antara yag pernah menginap di sana ialah abah aku yang sewaktu ketika tu menghadiri mesyuarat Pengetua di sana. Tahun bila aku pun tak tahu.  Abah aku pun dah tak ingat. Antara cendera hati yang dibawa pulang ialah mancis khas dari Tambun Inn.


KLASIK


MANCIS HIJAU


TAMBUN CAFE


MEMANG LAMA DAH NI
TAKDE WEBSITE LAGI TIME NI..GUNA TELEX DAN CABLE JE





Ahad, 16 Disember 2012

MAU MINUM APA??

Assalamualaikum.  Pernah tengok tak pen apa yang kedai mamak guna time nak amek order? Selalunya tak perasan sebab terlalu fokus pada apa yang mamak nak cakap. 'Mau minum apa?..teh tarik ada..nescafe ada..milo ais ada...milo o ada...'..Ha...mungkin jugak mamak tu guna pen yang ditaja khas oleh Nescafe...



HAVE A GREAT DAY...!

Ha.  Pen ni pun bukan dapat dari kedai mamak pun tapi hasil buruan di Kelantan tempoh hari.  Ada tulis Nescafe..simpan ajer la...jangan guna jadi sudu pulak pen ni..ehe..sekian.



Sabtu, 8 Disember 2012

BIASA BIASA PUN JADILA

 Assalamualaikum.  Lama dah tak dapat stok duit untuk koleksi.  Alhamdulillah, dapat 3 keping dari adik ipar aku yang baru habis SPM.  Dapat la RM5 Ahmad Don, RM 1 Ismail dan 1 riyal Arab Saudi.  Dah lama jugak la duit ni dalam simpanan dia, tapi akhirnya dia bagi jugak kat aku.  Thank you my brother.


Keadaan duit ni pun dah tak berapa baik.  Boleh dikatakan fine aje la kut. Tak pun bolehla dikatakan fine ke bawah.  Ehe.  Tapi bagi aku, tak kisah la macam mana pun. Biasa biasa pun jadila. Simpan jer la. Kita  kumpul dan simpan


RM 5 PREFIX PM


TAKDE CROSS FLAG PUN


YANG NI UNC DAH ADA..DAPAT MACAM NI PUN KIRA OK LA



1 RIYAL








Jumaat, 7 Disember 2012

HOTEL KANGAR TRAVELODGE, PERLIS

Assalamualaikum.  Bagi warga Perlis khususnya di Kangar, mesti tahu pasal Hotel Travelodge di Kangar.  Aku dan keluarga aku pernah menginap di situ suatu masa dulu time kakak aku belajar di Universiti Utara Malaysia. Area tahun 1998.  Masa pergi tuh, kami memang membawa balik barang hotel yang ada dalam bilik tuh macam mancis, syampu, sabun.  Time aku balik Seri Manjung hari tuh, aku terjumpa kotak mancis Hotel Travelodge ni. Yang buat aku nak simpan kotak mancis ni ialah, skang ni Hotel Travelodge ni dah bertukar nama ke Hotel Putra Palace. So, kotak mancis dia pun mungkin dah tulis Putra Palace.  Apalagi, kita kumpul dan simpan!!


MASIH ADA MANCIS DI DALAM



BANGUNAN HOTEL 
SUMBER GAMBAR : traveling2u.blogspot.com

KELAB COLGATE 1988


Assalamualaikum.  Last entry aku sebut pasal kedai terpakai yang baru aku lawati dan telah selamat memiliki mug Lipton.  Selain mug Lipton tuh, aku dapat jugak gelas khas untuk ahli kelab Colgate  yang ditubuhkan lama dahulu pada tahun 1988. Time tuh memang famaous la kelab colgate ni.


TRADEMARK UNTUK KELAB COLGATE





MUG LIPTON


Assalamualaikum. Aku n keluarga pulang ke kampung isteri di Selising, Kelantan.  Semalam, tergerak hati untuk saje saje tengok ada satu kedai menjual barangan terpakai ni.  Lama dah kedai tuh, cuma aku jer tak pernah nak masuk sebab keadaan kedai atau gudang tuh teramatlah dasyat dan sekali tengok macam tempat pembuangan sampah. Mana pintu masuk pun tak jumpa. Bersepah barang. Nak pijak lantai pun payah.  Tapi oklah, sekali aku try masuk tuh dapatlah jugak barang barang yang aku suka simpan ni. Harga pun murah.  Kira cincai cincai jer.  Antara barangnya yang aku dapat ialah mug Lipton ni.  Bila punya keluaran aku pun tak tau.  Dalam kedai tuh memang kotor la mug ni. Nasib baik kaler kuning, dari jauh aku nampak dah. Tengok ada tulis Lipton. 


SUDAH DIBERSIHKAN

Mug Lipton pun aku tak banyak ada. Yang ni baru yang ke dua. Lipton pun tak banyak bagi mug free macam Milo.  



Sabtu, 1 Disember 2012

JOG AND WALK 30 MIN A DAY

Salam.  Gift terbaru dari susu Anlene. Mug ekslusif Jog 30 Min a Day dan Walk 30 Min a Day.  Aku tak minum Anlene, tapi parents aku minum so, dapatla mug ni


3 MUG 
2 MUG HIJAU DAN SATU MUG PUTIH

PENGETIP KUKU CODE TEN

Assalamualaikum.  Kali ni terjumpa pulak pengetip kuku lama dari minyak rambut Code Ten.  Aku pun tak ingat tahun bila tapi yang pasti masa tuh aku sekolah rendah atau pun tadika.  Minyak rambut Code Ten memang favourite abah aku. Code Ten kaler biru.  Masih guna sampai sekarang, tak tukar tukar.


RASANYA BENTUK ASAL ADA RANTAI KEYCHAIN TAPI SKANG DAH PUTUS



MADE IN KOREA