Sabtu, 2 Jun 2012

20 SEN 1994

Assalamualaikum...alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jugak memiliki 20 sen tahun 1994.  Bagi collector baru macam aku ni..agak susah jugak la nak dapat 20 sen 1994 ni.  Yang ni pun aku baru dapat semalam dari abah aku.  Abah aku pun mengumpul jugak.  Ehe.  Bukan mengumpul macam collector tapi saje mengumpul duit syiling.  Malam semalam aku saje je menyelongkar laci almari.  Ada la jumpa sekeping dua syiling parlimen.  Abah aku tanya la cari apa.  Aku bagitau saje nak cari syiling parlimen lama.  Pastu dia bagi bekas duit syiling dia.  Aku pun cari la. Targetnya 10 sen 1971.  Target mesti la besar.  Tapi 10 sen 1971 tak de.  Yang aku dapat 20 sen 1994 ni.  Syukur alhamdulillah.  Dapat barang free memang seronok.  Kenapa tahun 1994?  Yang aku tahu tahun ni pengeluaran 20 sen ni agak sedikit berbanding tahun tahun yang lain.  Jumlah aku tak pasti.  Nak rujukan boleh rujuk blog yang ditulis oleh otai kita iaitu sdr lunaticg (http://lunaticg.blogspot.com/2008/10/you-need-extra-money-right-check-your.html)




Tentang condition syiling ni boleh tengok sendiri la.  Bagi aku biarla condition macam mana pun asalkan  
aku dapat 20 sen tahun 1994 ni.  Lebih baik ada dari takde langsung.  Bertambahla koleksi aku. Alhamdulillah.  Sekian.

Khamis, 31 Mei 2012

RM 50 LAST PREFIX SY


Salam semua, entri kali ni kita kembali kepada koleksi wang kertas aku.  Koleksi yang nak dikongsikan di sini ialah wang kertas RM50 yang berprefix SY.  Bagi collector lama dalam bidang pengumpulan duit ni mungkin mendapati tiada apa yang best pun pasal duit ni.  Tapi bagi collector baru macam aku ni…dapat duit ni dah cukup best la..dapat jugak melengkapkan koleksi aku yang suam suam je ni. 


TAHUN 2000
SIGN OLEH TAN SRI DATO' SRI DR ZETI


LAST PREFIX SY

Aku dapat duit ni pun macam biasala..bukan aku pergi beli pun ..dapat kat mana pun aku tak ingat dah. 

Bagi otai otai yang membaca blog aku ni mungkin diorang biasa dah dengan prefix SY ni tapi bagi yang newbie macam aku ni atau yang sekadar nak membaca menambah ilmu, apa yang aku boleh bagi info duit RM50 SY ni ialah prefix yang terakhir bagi edaran RM50 ni.  Lepas tu RM50 dah bertukar kepada edaran siri baru 50 tahun merdeka.  So, bila aku dapat duit ni kenela simpan. Inilah satu satunya SY yang aku ada.  Condition pun agak ok jugak la.  EF kut.  Kalau ada rezeki bolehla dapatkan UNC pulak lepas ni.  Sekian.

Rabu, 30 Mei 2012

BOTOL PEPSI 285 ML


Assaalamualaikum.  Lama jugak aku tak update apa pun kat bolg ni.  Biasala…skang ni aku berada di kampong.  So, tak banyak pun sumber yang boleh dibuat koleksi.  Tapi sambil sambil berada di kampung ni aku curi curi jugak la mengintai-intai barangan orang lain.  Tapi barang ni diorang tak buat koleksi pun.  Cuma sekadar pelengkap kehidupan seharian. 

Antara barangan yang aku snap untuk blog ni ialah botol ni.  Botol PEPSI kaca 285 ml milik mak mertua aku.  Botol ni bukanlah koleksi mak mertua aku tapi jadi tempat isi madu asli.  Kalau madu tuh dah abes boleh la kut buat koleksi…Apapun…sekadar suka suka jer…untuk kita sama sama mencari ilmu dan tambah pengetahuan  berkenaan barang barang ni…


PENUTP BOTOL NI DAH DIGANTI DENGAN PENUTUP BOTOL KICAP



Aku pun tak tahu sangat berkenaan botol botol ni..adakah botol ni antik? Adakah rare? ..rakan-rakan pengumpul lain mungkin ada info atau pandangan masing-masing.  Mari kita kongsikan bersama untuk memantapkan lagi ilmu kita…apapun enjoy dengan minat masing-masing.

Khamis, 24 Mei 2012

SATU HARI DI HARI KHAMIS (PART 3) CLEARANCE STOK

...Apa yang aku terpandang ialah satu sudut yang ditulis 'CLEARANCE STOK'.  Jualan penghabisan untuk barang-barang free gift.  Banyak jugak laa...ada yang aku berkenan..nampak lawa...so aku pun rembat la sket.  Anak aku pun sibuk memilih jugak...nape aku beli barang - barang ni?  Aku pun tak tau..mungkin pengaruh rakan sebaya kut...ehe...

Ni lah antara barang yang aku sapu bawak balik....


KOLE DUMEX
3 GELAS SEHARI PADAT NUTRISI


ADA TIGA CORAK..AKU SAPU SUME
MINUM SUSU TIGA KALI SEHARI YE
ANAK AKU SUKE YANG CORAK MALAM...SEBAB ADA BULAN


MUG SPONGEBOB DARI COLGATE


PATRICK STARFISH PUN ADA


BEKAS AIR ENERGIZER
ADA LAGI KALER KUNING N MERAH TAPI AKU BELI NI JER

So, inilah dia barang yang aku dapat hari Khamis ni...untuk hari-hari mendatang tak tau lagi apa yang kita akan dapat.  Yang pastinya kita perlu tahu...rezeki di tangan Allah SWT.  Sekian..........

SATU HARI DI HARI KHAMIS (PART 2) ULANGTAHUN KE -4

Habis aje kerja hari ni aku balik rumah pastu pergi amek anak aku kat rumah pengasuh.  Isteri aku tak balik lagi...ada meeting.  So, aku pun bawak la anak aku pergi ke pasaraya.  Tujuannya nak beli gift sempena ulangtahun ke 4 perkahwinan aku n isteri aku.  So, jalan punya jalan jumpala gift yang agak berkenan di hati.  Aku suh anak aku pilih, so dia pilih yang corak ni...


MUG BERCORAK LOVE
MUG NI BUKANLA LIMITED EDITION 
ALA-ALA LIMITED EDITION PUN KIRA OK LA..


ADA JUGAK SUDU DIA

INILAH DIA GIFT SEMPENA ULANGTAHUN KAMI
SATU UNTUK AKU N SATU UNTUK ISTERI AKU

Walaupun gift ni tak semahal mana..tapi cukuplah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada isteri aku yang telah bersabar hidup dengan aku selama 4 tahun ni...love u sayang...eheh...

Dan bila nak bayar kat kaunter..aku terpandang sesuatu.........BERSAMBUNG





SATU HARI DI HARI KHAMIS (PART 1) RM2 LOVE

Assalamualaikum...penat betul hari ni. Walaupun minggu ni budak exam tapi tetap penat sebabnya aku kene masuk jaga exam empat kali hari ni ditambah pula dengan kes disiplin budak kat asrama.  Nak ceritanya kat sini hari ni budak exam paper sivik.  Berlagak habis diorang ni jawab paper sivik..senangla kononnya..cepat jer jawab..sekelip mata je.  Time paper kimia aku terjelir-jelir menjawab.  So, masa aku menjaga kelas tuh adala sorang budak ni sibuk pulak main dengan dompet dia.  Aku pun mintak la dompet dia nak spot check sket.  Manala tau ada gambar tak senonoh ke, gambar blue ke.  Budak-budak ni bukan boleh percaya sangat.  Bukak aje dompet dia aku tengok sesuatu yang agak menyakitkan hati jugak la.  Bukan gambar blue tapi yang ni ha...


RM 2 yang dilipat lipat jadi la bentuk love ni.  Apala budak ni...collector bersusah payah mendapatkan RM2 yang semakin pupus di edaran ni tapi budak-budak ni senang senang je melipat-lipat.  Budak ni cakap sebab payah nak dapat la dia lipat bentuk macam tu.  Nak simpan. Ceh..apa ko ingat bila jadi bentuk love ni dah dikira 'rare' ke. Apala.  Pastu aku terperasan pulak budak ni ada RM 10 ZD.  So, aku pun offer la nak tukar. Ehe.  Aku pun terangla sket pasal ilmu numismatik ni.  So, budak ni pun setuju nak tukar dengan RM10 yang lain.  Ni la RM10 ZD hasil barter dengan student aku....


Hari Khamis ini masih belum berakhir...ada benda yang aku perlu laksanakan lepas habis sekolah...

BERSAMBUNG


Selasa, 22 Mei 2012

RM50 REPLACEMENT PREFIX

Salam..esok Insyaallah gaji bulan Mei akan masuk.  So, sebelum gaji masuk aku akan keluarkan dulu duit yang sedia ada.  Bukan apa sebab selalunya kalau hari gaji baru nak keluar duit alamatnya kenela beratur panjang, ditambah pula kene beratur time mat bangla amik gaji jugak.  Barkampungla kat mesin ATM.  So, langkah awal kenala keluarkan duit yang mana ada dulu.  

Macam biasa duit yang baru diterima akan aku scan dulu.  Dan inilah dia hasil scan aku untuk kali ini....


RM 50 MACAM BIASA JER


REPLACMENT PREFIX ZB

Alhamdulillah...rezeki.  Sedikit info berkenaan banknote  RM 50 ni ialah ianya adalah edaran siri terbaru yang dikeluarkan pada tahun 2009.  Keluaran pertama RM50 telah dicetak dengan lambang ulangtahun ke 50.  Gambar seperti di atas ialah keluaran selepasnya tanpa lambang ulangtahun.  Prefix ZB ni ialah wang kertas gantian untuk RM50 keluaran tanpa lambang ulangtahun.  Kalau yang ada lambang ulangtahun, wang kertas gantian dia prefix ZA.  

Tapi yang tak berapa seronoknya duit ni ada kesan stapler pulak kat bucu atas.  Takpela...janji ada. Wassalam.

Ahad, 20 Mei 2012

CERITA RM 1

Salam.  Entry ini berkenaan dengan wang kertas RM1.  RM1 koleksi aku ni ialah RM1 pertama yang aku beli dari dealer.  Ehe.  Beli duit not besar tak termampu la pulak. 

RM1 dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengikut beberapa edaran sebelum edaran yang ada sekarang ni. 

RM 1 edaran siri pertama



1967
TANDATANGAN TUN ISMAIL MOHD ALI
EJAAN LAMA 'Di-perlakukan' dan 'Gabenor'


CETAKAN BRADBURY WILKINSON


1972
TANDATANGAN TUN ISMAIL MOHD ALI
EJAAN BARU 'Diperlakukan' dan 'Gabenur'



1976
TANDATANGAN TUN ISMAIL MOHD ALI
CIRI KESELAMATAN IMEJ PENDAM



1981
TANDATANGAN TAN SRI ABDUL AZIZ TAHA

RM1 edaran siri kedua


1984
TANDATANGAN TAN SRI ABDUL AZIZ TAHA
BLINDMAN ISSUE




CETAKAN BRADBURY WILKINSON
ADA JUGAK CATAKAN DARI THOMAS DE LA RUE TAPI AKU HANYA ADA YANG NI




1986
TANDATANGAN TAN SRI DATO' JAAFAR HUSSEIN
CETAKAN THOMAS DE LA RUE



1989
TANDATANGAN TAN SRI DATO' JAAFAR HUSSEIN
CETAKAN THOMAS DE LA RUE
BENANG SEKURITI TAMBAHAN




ANAK PANAH MENUNJUKKAN BENANG SEKURITI

Semua RM1 koleksi aku ni UNC kecuali yang last skali tu.  Yang last skali tuh isteri aku bagi.  Dia dapat dari kantin sekolah dia. Thank you my lovely wife. Ehe.  Untuk edaran RM1 sekarang ni aku banyak ada yang nombor siri yang aku rasa unik.  Bagi RM1 terbaru aku takde lagi.  Aku tak beli pun yang dalam folder tu.  Tunggu hari raya nanti la. Mesti anak aku dapat banyak RM1 baru UNC.  (bagi tukar dengan abah la ek). Wasalam

KERETA KEBAL T-55A (3RD SERIES)



SIRI 3
T-55A
POLISH ARMY
PRAGUE (CZECHOSLOVAKIA)-1968

Salam, seperti yang dijanjikan ini dia entry untuk siri ke -3 koleksi kereta kebal.  Model untuk siri ke -3 ini ialah kereta kebal yang digunakan tentera Poland pada tahun 1968.  T-55A ini  terlibat dalam operasi penaklukan Czechoslavakia (sumber dipetik dari majalah yang disertakan)

Ini imej yang aku snap.  Saiz kecil tapi berkuasa


 GUN 100MM d-10T25


ADA MACHINE GUN KAT ATAS 
UNTUK MENEMBAK JATUH SASARAN DARI UDARA


SIRI 3 DISERTAKAN JUGA DENGAN FAIL UNTUK MENYIMPAN MAJALAH



INFO BERKENAAN KERETA KEBAL



DALAM BEKAS DISPLAY
(FOR DISPLAY ONLY)


NANTIKAN SIRI KE 4

Sabtu, 19 Mei 2012

KOLEKSI KERETA KEBAL

Salam semua.  Skang ni aku bersama-sama rakan sekerja aku sibuk mengumpul koleksi kereta kebal.  Aku mulanya tak cari pun tapi lepas beberapa orang rakan aku terutamanya collector model die cast sibuk bercerita berkenaan kereta kebal ni, aku pun mula la terjangkit.  Best jugak simpan kereta kebal ni


MODEL SIRI 1 DAN SIRI 2


SIRI 1
TIGER TANK-JERMAN (1943)

SIRI 2
 M1A1HA ABRAMS -US (2003)

Koleksi kereta kebal ni ada 13 siri kalau aku tak silap.  Di Malaysia baru je muncul setakat 3 siri.  Kalau di Kuala Lumpur atau bandar besar mungkin pegeluaran lebih cepat.  Tempat aku ni pekan kecik je, baru sampai siri 3 minggu lepas ( aku dah pun beli ). Ehe. Siap pesan lagi kat tauke kedai tu suh simpan sebab benda ni laku macam goreng pisang panas.  Siri 1 dan 2 yang aku beli ni pun tauke tuh amek dari order yang kali ke dua.


NI PACKAGING SIRI 1.  MENARIK.
HARGA PUN MURAH LAGIK
RM9.90


BAHAGIA BELAKANG PACKAGING SIRI 1


SETIAP MODEL DIBUAT IKUT SKALA 1:72

Setiap siri kereta kebal ni datang skali dengan majalah COMBAT TANKS COLLECTION.  Majalah lengkap dengan penerangan berkenaan kereta kebal , sejarah, taktikal perang dan sebagainya.  

Ni antara apa yang terkandung dalam majalah untuk siri 1 dan siri 2





Lagi gambar-gambar berkenaan model kereta kebal siri 1 dan 2







BERSEDIA UNTUK BERPERANG

So, aku bercadang untuk kumpul kesemuanya ..buat masa sekarang baru ada 3 siri (siri 3 akan aku post kemudian).  Aku harap berjaya la ku kumpul semuaya.  Dulu aku try kumpul kereta Ferrari dan James Bond tapi semuanya selamat jatuh ke tangan anak aku dan ada yang hilang, berkecai dan sebagainya.  Kereta kebal ni pun kat packaging dah siap bagi warning yang berbunyi 'MODELS FOR COLLECTORS.  NOT SUITABLE FOR CHILDREN UNDER 14 YEARS OLD'.  Sekian