Ahad, 10 November 2013

THAILAND MARI

Assalamualaikum semua.  Anda pernah ke Negara Thai?  Aku tak pernah ke sana.  Sempadan Malaysia Thailand saje yang pernah sampai.  Setiap negara mengeluarkan promosi masing masing berkenaan jenama contohnya jenama Nescafe.  Negara Malaysia dan Thailand masing masing mengeluarkan promosi mug yang memaparkan identiti tersendiri.  Perbezaan dan keunikan inilah yang membuatkan ianya diburu, dikumpul dan disimpan sebagai koleksi berharga.

Alhamdulillah, aku berpeluang memiliki mug keluaran negara Thai walaupun tak berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Gajah Putih tu.


Dapat 6 mug hasil pembelian dari Group Nescafe/Milo di Facebook



2 set yang mempuyai corak dan tema berbeza


Tak cukup set sebenarnya..mug sempena World Cup tak tahu edisi yang mana


Tema burung..tak taula sempena apa..tapi ada tulisan Thai

Berbalik pada soalan tadi.  Anda pernah ke Negara Thai? Atau...Anda akan ke Thailand?  Kalau nak pergi..bolehla cari barangan seumpama ini di sana dan boleh berkongsi atau jual kepada saya dengan harga yang berpatutan.  Ehhhe...sekian.

Khamis, 7 November 2013

PINGGAN COCA COLA EDISI TERHAD

Assalamualaikum.  Aku selalunya memang lambat dapat barang-barang yang orang lain dapat.  Misalnya, pinggan Coca Cola Edisi Terhad yang dikeluarkan satu ketika dulu.  Masa tu aku just tengok ajer collector lain berbangga dengan koleksi diorang.  Biarla dulu sebab syarat nak memperolehinya pun bukan sesuatu yang mudah. Stail kene beli sekali banyak.  Aku kalau kene beli produk banyak banyak ni memang malas.  So, aku tunggu je la.

Dan akhirnya, yang ditunggu telah tiba.  Sebuah pasaraya buat jualan penghabisan stok lagi.  Dan aku pun tolong menghabiskan stok diorang.  Kasi clear la.


Dapat jugak la 2 set ni..


Bukan dua set je..ada la dapat beberapa keping lagi


Ader orang kata design Love ni payah nak dapat..tapi aku dapat yang tu la yang paling banyak


Yang jenis Error pun ada jugak? Aku dapat dua pinggan ni sama design tapi saiz tak sama. 

Aku nak jual jugak..tapi rasenya sume orang dah ada.  Kalau aku post kat FB pun takde orang nak beli.  So, aku simpan ajer la..................................

Selasa, 5 November 2013

HADIAH UNTUK BUDAK TADIKA

Assalamualaikum.  Mengikut maklumat dari blog Dah Masuk Kotak, tuan punya blog telah memperoleh Set Alat Tulis Milo hasil dari pembelian 2 pek air milo kotak. Ada dua belas kotak untuk 2 pek. Erm. So, kalau nak beli pun takde masalah..memang kami sekeluarga pun minum Milo.


Memang menarik..Set Alat Tulis Milo . Tak jumpa di kedai alat tulis yer


Hijau yang menarik hati


Simpan dua. Satu akan dihadiahkan kepada anak aku yang akan masuk pra sekolah tahun depan. Hari pertama di tadika, Set Alat Tulis ni akan dirasmikan.  Sekarang simpan dulu yer...

Ahad, 3 November 2013

FREE GIFT PERCUMA

Assalamualaikum.  Barang free? Free gift? Memang menarik.  Bila keluarga dan rakan kita tahu yang kita ni suka simpan benda benda free gift ni, maka mudahlah kita untuk mendapatkan barangan free gift ni secara percuma.  Ada antara barang yang aku dapat free dari ahli keluarga dan rakan.


Mug Lipton ni isteri aku dapatkan secara free dari makmal sekolah milik pembantu makmal.


Keadaan mug sudah tidak berapa baik.  Tapi takpe asal free


HACKS...pemberian rakan guru koperasi sekolah


sekali dengan garpu cap Hacks jugak..

Sekian....

Jumaat, 1 November 2013

DUIT PUN BOLEH BERLARI?

Assalamualaikum.  Apa dia Running Number? Nombor berlari? Maksudnya wang kertas yang mempunyai nombor prefix berturutan.  Memperolehi wang kertas yang mempunyai running number memang memberikan satu kepuasan selain dari menaikkan lagi nilai wang kertas tersebut. 

Setelah hampir dua tahun terlibat secara kecil kecilan dalam bidang numismatik ni..aku telah sedikit sebanyak memperoleh juga beberapa wang kertas dengan turutan running number. So, aku post kat sini beberapa running number yang tak seberapa ni


RM1 Jaafar Hussein



RM1 Zetty prefix ZA



RM1 ZA jugak...



RM5 Ahmad Don Cetakan Thomas



RM5 Ahmad Don Cetakan Canadian Banknote



RM1 Jaafar Hussein dengan benang sekuriti



10 keping nombor berlari RM1 Jaafar Hussein





Wang kertas RM1 dan RM5 je la yang ada pun..yang lain tak mampu...

SEKIAN

Selasa, 29 Oktober 2013

ORDERLAH SEKARANG!

Assalamualaikum.  Satu masa dulu Coca Cola pernah memberikan free gift 'Serving Tray' atau pun dulang hidangan.  Tapi macam biasala aku tak berpeluang memilikinya.  Nak beli Coca Cola banyak banyak buat minum takde la jawabnya.  

Tapi baru baru ni jugak..ada sahabat di facebook telah mengubahsuai tray Coca Cola ni menjadi sebuah jam dinding yang begitu unik.  Setelah dinilai dari pelbagai aspek, aku pun order la satu tray ni untuk tukar jadi jam jugak.  Alhamdulillah, tray tak pernah ada tapi aku dapat jugak tray + jam dinding yang memang dikira sebagai edisi terhad ni. 


Memang cun..terima kasih saudara Izal Khairie 


Jam rumah aku pun kebetulan dah rosak.  Memang bergunala jam ni.  Sambil mengumpul sambil melengkapkan keperluan rumah.  Terbaikk..!!!

Sabtu, 26 Oktober 2013

TAK PERNAH MINUM PUN

Assalamualaikum.  Pernah minum kopi Ah Huat ? Aku tak pernah minum pun kopi ni. Sedikit masa dulu Kopi Ah Huat ada memberikan mug percuma dengan gambar Uncle Ah Huat tersengih. Masa tu aku cuma tengok saje sebab aku memang tak minum pun kopi ni. Aku takkan beli semata mata nak kan mug ni.  Kene jadi jugak pembeli yang bijak. Kalau tak susah la. Bertimbun barang yang tak guna nanti.
 
Tapi baru baru ni aku dapat jugak memiliki mug Uncle Ah Huat ni melalui jualan penghabisan stok di sebuah pasaraya. 
 
 
Design menarik..Uncle Ah Huat tersengih
 
 
Design belakang pun menarik 
 
 
Ambil 4 sahaja la... cukup la tu

Selasa, 24 September 2013

TRAFFIC LIGHT

Assalamualaikum. Merah.....kuning.....hijau..warna lampu isyarat. Kalau dilihat kombinasinya memang sesuai dgn warna rasmi 3 barangan koleksi aku iaitu Nescafe, Lipton dan Milo. 


Merah...Nescafe
Ada jugak yg takde warna merah..tapi rasminya Nescafe mesti merah


Kuning...Lipton
Warna rasmi kuning....Barangan Lipton agak terhad


Hijau...MILO
Hijau membawa ketenangan.......

Ahad, 25 Ogos 2013

HAMPIR - HAMPIR JER..

Assalamualaikum. Dapat dua wang kertas ni hampir hampir solid number dan radar number. Hanya beza satu nombor jer.





Khamis, 27 Jun 2013

KOLEKSI KAPAL TERBANG

Assalamualaikum.  Dari syiling ke wang kertas ke barangan rare n limited @ antik aku jugak sedikit sebanyak menyimpan model diecast.  Tapi yang ni saje seje je sebab aku rasa cantik untuk disimpan dan mungkin berbaloi.  Aku hanya mengumpul bukan dalam skala yang besar sehingga penuh satu almari tapi cukup sekadar memiliki satu atau dua jer.  Biar masa jer yang berjalan dan kita tengok setakat mana aku boleh simpan.  Maklumlah nak kumpul sekali gus memang memakan kos yang tinggi.  Duit gaji bukan banyak mana pun..so kene beringat ingat la. 

Sebelum ni aku pernah post berkenaan KOLEKSI KERETA KEBAL.  Tapi malangnya pengumpulan aku tidak berjaya sebab faktor kewangan dan masa.  Siri dia memang banyak dan tak larat aku nak kejar.  Ada jugak kawan sekerja yang masih setia dengan kereta kebal dan dah hampir penuh satu almari besar. Lepas tu, aku beralih ke kapal terbang..yang ni pun saje saje sekadar nak buat perhiasan jer.  Lama dah aku beli cuma baru ni jer saje nak post. 


Model pertama
Siri perang dunia ke -2
United Kingdom


Yang ni Made in Malaysia
Malaysian Airline System
Bukan dari siri koleksi tapi yang ni beli kat kedai cenderamata je



USA dan Italy
Masih dalam kotak sebab takde tempat nak letak


Masih di dalam kotak juga


MIG 
Malaysia 1995


Label pada stand tertera bendera Malaysia