Memaparkan catatan dengan label SYILING PERINGATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SYILING PERINGATAN. Papar semua catatan

Ahad, 8 Julai 2012

SAMPUL DUIT RAYA 2012

Assalamualaikum...Alhamdulillah, lagi beberapa hari je lagi seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Selepas sebulan menikmati nikmat Ramadhan, Syawal pula bakal kita sambut sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran atas nikmat yang Allah telah kurniakan.  Duit baru pun  bakal diedarkan sebelum Raya ni..insyaallah.  Boleh tengok post lama saya LAMA DAN BARU.

Seiring dengan pengedaran duit baru tahun ni...apa kata kenekan dengan sampul duit raya yang unik.  Baru budak-budak rasa teruja..Teruja dengan sampul duit n bila bukak teruja pulak dengan duit raya baru walaupun RM1..takpun 50 sen baru..ehee.  Luar dalam semuanya barang baru punya.

  
SAMPUL DUIT RAYA 2012
ADA 8 DESIGN SEMUANYA



 KOD 1 : GORAYA

KOD 2 : LUMIA


KOD 3 : BEN10


KOD 4 : iPHONE

KOD 5 : SAMSUNG GALAXY NOTE


KOD 6 : MONEYBOOK


KOD 7 : ANGRY BIRD



KOD 8 : TWITTER


Menarik kan?  So, sesiapa yang teringin nak membuat anak-anak kita teruja dan lebih gembira di Hari Raya ni bolehlah membuat tempahan secara pre order melalui blog ini atau lawati facebook 
DINEE COLLECTION untuk info harga dan detail yang lebih. 
Boleh jugak PM terus facebook NORIS MALIZA

Secara ringkas info sampul ni

ada 8 design semuanya
1 paket ada 5 keping
bole campur2..

PRE-ORDER DARI 8/7/12 SEHINGGA 15/7/2012 SAHAJA
SO KENA CEPAT...K


SAIZ SAMPUL..TAK DAPAT NAK GAYAKAN DENGAN DUIT BARU ..
KENE TUNGGU  15 JULAI NI LA...



SEKIAN...


Rabu, 4 Julai 2012

DAULAT TUANKU

Salam untuk semua..Alhamdulillah, aku telah pun memperolehi Syiling Peringatan sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sebagai Yang di Pertuan Agong XIV.


Gambat muka hadapan


Muka Depan


Sejarah penting di mana seorang Sultan dilantik menjadi Agung sebanyak 2 kali



Muka Belakang
Istana Negara yang baru 


Spesifikasi Syiling

Terima kasih banyak kepada rakan yang telah bersusah payah tolong pergi beli kat BNM.  Harga memang dah up tapi aku rasa ok la sebab bagi aku yang duk jauh dari mana-mana cawangan BNM ni, nak pergi membeli sendiri adalah sesuatu yang amat sukar dan mungkin boleh dikatakan mustahil.  So, kalau ada yang sudi beratur dan membeli bagi pihak aku kemudian pos memang berbaloi. Kalau nak kira kos keseluruhan aku pergi beli sendiri memang terasa ruginya..rugi duit n masa hanya kerana nak sekeping atau dua keping. Dengan minyak kereta, tol, makan minum dan sebagainya.  Memang betul ada pihak yang tak bersetuju harga di up kan kerana sebab tertentu tapi macam aku cakap tadi bagi golongon collector yang tak berpeluang menjejak kaki ke BNM, ini merupakan satu kemudahan memandangkan BNM tidak menyediakan kemudahan untuk membeli secara online.  Kalau nak beli di Mudah.my..Ebay ...dan dealer di luar sana pun harga tetap jugak akan up.  Senang cerita, ianya ada pro n kontra macam apa yang dikatakan dalam blog lunaticg.blogspot.com. Ini cuma pandangan aku yang collector kecil-kecilan dan setahun jagung ni.  Pandangan collector lama mungkin berbeza based on pengalaman diorang.  Apapun kita hormat pandangan orang lain dan berusaha untuk menambah baik. Tak salah kan?...Sekian.



Sabtu, 23 Jun 2012

SYILING PERINGATAN PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG


SYILING PERINGATAN TERBARU BAKAL DIMILIKI OLEH PARA PENGUMPUL
AKAN DIJUAL PADA 28 JUN 2012 DI BANK NEGARA MALAYSIA DAN MUZIUM BANK NEGARA MALAYSIA.

PS; ADA RAKAN RAKAN YANG NAK PERGI BELI? AKU NAK KIRIM..EHEEE

Ahad, 17 Jun 2012

SYILING PERINGATAN 100 TAHUN PANDU PUTERI

Salam untuk semua.  Syiling peringatan sempena 100 tahun ulangtahun penubuhan pandu puteri Malaysia telah dikeluarkan pada 29 Mei 2012 dan mula  dibuka untuk jualan pada 30 Mei 2012 di Bank Negara Malaysia.  Masa tuh time cuti sekolah dan aku telah pergi ke Kuala Lumpur.  Bukan pergi semata mata nak berbaris di Bank Negara tetapi masa tuh pergi hantar adik aku daftar Pra Perubatan di Uitm Sungai Buluh.  Cadangnya nak la merasa berbaris di bank negara tapi tak kesampaian sebab kekangan masa.  Tapi takpelah. Aku dapat tahu dari blog rakan rakan yang syiling tuh pun cepat ajer sold outnya.  So, jalan seterusnya seperti bias yang aku buat, cari ajelah di internet.  Biasalah harga pun dah up sket.  Harga asal RM 10 untuk nilai muka RM1.  Takpelah up sket pun.  Kalau lambat lambat lagi up la pulak.  






SPESIFIKASI SYILING

SIMPAN JANGAN TAK SIMPAN

Sabtu, 12 Mei 2012

SYILING PERINGATAN 30 TAHUN MERDEKA

Assalamualaikum...syiling peringatan ialah syiling yang dikeluarkan oleh bank negara bagi memperingati peristiwa yang berlaku dalam negara Malaysia kita ni.  Bank negara Malaysia telah keluarkan banyak syiling peringatan dan syiling peringatan ini kebanyakannya telah dimiliki oleh para pengumpul bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga.  Melalui syiling peringatan juga negara kita dapat diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa.

Aku yang masih baru dalam bidang ni tak pernah pun membeli syiling peringatan ni.  Sekarang ni pun tgk tgk koleksi orang lain jer.  Alhamdulillah, pada suatu hari tu dengan tak disangka-sangka aku telah mendapat syilng peringatan sempena 30 tahun kemerdekaan Malaysia.  Pada masa tu aku dan keluarga aku membeli belah di pasaraya.  Segalanya berjalan seperti biasa, membeli barang dan akhirnya beratur untuk membuat pembayaran di kaunter pasaraya.  Pembayaran pun berjalan lancar dan takde apa yang dirasakan pelik pun ketika itu.  Lepas tu , bila keluar je pintu pasaraya anak aku nak naik permainan kanak-kanak yang kene masuk duit syiling tu. Masa tu cari la duit syiling 50 sen dalam poket. Takde.  Aku minta isteri aku dan dia pun tengok balik baki syiling yang pasaraya tadi bagi. Pastu dia cakap ' La, ada lagi syiling RM1 ni diorang bagi'. Bila aku dengar syiling RM1 tu aku terus tgk.  Best jugak kalau dapat syiling RM1 keris ni.  Tapi yang aku tgk bukan syiling RM1 tapi syiling peringatan 30 tahun merdeka.  Berganda lagi keseronokan aku.

Tak tahu la macam mana syiling tu boleh ada kat situ.  Mungkin ada orang yang tak tau yang tu syiling peringatan. Ataupun menganggap syiling itu sama dengan syiling RM1 yang lain.  Kemungkinan yang lain ialah time tu takde dah duit lain, yang ada cuma syiling peringatan je.  Bayar ajela. Dah terdesak.  Apa pun, alhamdulillah, syiling ni selamat sebagai koleksi aku.  


GAMBAR HADAPAN

30 TAHUN MERDEKA 

1957-1987


GAMBAR BELAKANG

NILAI MUKA $ 1


DIKELUARKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Insyaallah, hajat aku untuk memiliki lagi syiling peringatan yang lain.  Kena keluar modal sket la.  Perkara seperti yang aku cerita tadi mungkin tak akan berlaku lagi.  Kalau berlaku pun itu ialah kuasa Allah SWT yang memberi rezeki kepada hamba-hambanya. Wasalam.