Memaparkan catatan dengan label UNIQUE NUMBERS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UNIQUE NUMBERS. Papar semua catatan

Ahad, 25 Ogos 2013

HAMPIR - HAMPIR JER..

Assalamualaikum. Dapat dua wang kertas ni hampir hampir solid number dan radar number. Hanya beza satu nombor jer.





Ahad, 2 September 2012

HASIL HARI RAYA

Assalamualaikum.  Raya baru ni memang kebanyakan orang bagi duit raya baru kat anak anak kita.  Setelah diperhatikan semua duit duit yang anak aku dapat, takde pun yang mempunyai Radar Number, prefix AA, no kecik atau error ( kalau ada, boleh tukar dengan duit aku).  Payah jugak. Mungkin yang collectable ni semua collector atau dealer dah simpan berguni guni buat stok. Maklumlah hobi mengumpul duit ni dah semakin popular, nak dijadikan bisnes pun boleh.  Kat internet dah bersepah sepah orang jual duit baru ni.  Nak dapatkan di pasaran harian biasa melalui urusan jual beli mungkin semakin susah. Tapi takpelah, lagi susah lagi la tinggi nilai sentimental dia.  Oklah tu.

Yang aku dapat hasil dari pemburuan di hari raya ni cuma tiga keping ni ajer. Biasa biasa jer. Tak gempak mana pun. Oklah..ada jugak hasilnya.


RM5 , RM 1 DAN RM10


RM5 BUKAN POLIMER. PREFIX BG
CONDITION PUN MUNGKIN VF KUT
(YANG NI BUKAN DUIT RAYA ANAK AKU TAPI AKU DAPAT TIME RAYA )


RM10 BERNOMBOR KECIL 4 ANGKA
SIMPAN JUGAK LA..NAK TUNGGU 1 ANGKA MEMANG LA PAYAH


RM1 BARU
BS7774466
SEBAB NOMBOR CANTIK JER


Jumaat, 17 Ogos 2012

KEMBAR TAK SERUPA?

Assalamualaikum.  Dulu masa awal penglibatan aku dalam blog collection ni aku ada post entry berkenaan koleksi aku yang mempunyai prefix no yang menarik.  Salah satunya ialah berkenaan 

Menariknya baru baru ni aku telah mendapat sekeping RM5 yang juga mempunyai Radar Number.  Menariknya lagi nombor prefix RM5 yang baru dapat ni hampir menyamai RM5 yang ada dalam simpanan aku sekarang ni


KEMBAR TAK SERUPA?


RM5 YANG BARU AKU DAPAT
EF7785877


RM5 KOLEKSI AKU SEBELUM NI
EG1185811


EG1185811
EF7785877

Mungkin ada yang rasa biasa je benda ni...mungkin ada collector yang dah simpan berkeping-keping..tapi bagi aku wang kertas RM5 ni memang unik dan selamat menjadi sebahagian simpanan aku..layan je la.

Selasa, 8 Mei 2012

RM 5 RADAR NUMBER

'RADAR NUMBER' ialah apabila no siri wang kertas sama apabila disebut dari depan dan juga dari belakang.  (Sila rujuk di laman blog ini http://lunaticg.blogspot.com/2012/02/malaysia-fancy-number-banknote.html )..(thank you tuan punya blog kerana maklumat anda cukup berguna).  

Antara koleksi aku berkenaan RADAR NUMBER ni ialah RM 5 yang bernombor siri EG1185811.  




Berdasarkan maklumat yang aku tahu nak dapatkan radar number ni agak susah la.  Menurut blog   lunaticg.blogspot.com wang kertas bersiri radar number ni susah nak dibeli dan dijual.  Radar number ni ada golongan peminat dia sendiri.  Tapi aku simpan jer sebabnya jarang nak dapat.  Ada juga banknote dalam koleksi aku yang nombor siri dia hampir hampir nak radar.  Antaranya RM2 (gambar di bawah)


DH8752587

Kalau diperhatikan nombor siri tu DH8752587.  Kalau 87 kat belakang tu jadi 78 kan bagus.  Dah dapat RADAR NUMBER.  Apa nak buat, takde rezeki.  So, antara perkara yang aku buat bila dapat wang kertas ialah meneliti nombor siri.  Manatau dapat SOLID NUMBER pulak ke.  Wasalam

Isnin, 7 Mei 2012

RM 50 WITH BEST NUMBER

Salam,  antara banknote yang aku suka simpan ialah yang mana mempunyai no siri yang cantik atau unik...kalau tak unik bagi orang lain pun ianya sudah cukup unik bagi aku.

Antara yang aku simpan elok punya ialah RM50 ni


SX9929292


Aku dapat RM50 ni masa keluar duit kat mesin ATM.  Dapat je duit dari ATM biasalah aku akan buat dulu kawad cam untuk semua duit tu.  Yang mana terkena maka selamatlah ia dalam simpanan aku.  Antaranya RM 50 ni la.SX9929292.Kire ok la tu kan?  Kalau ada pakar yang nak bagi komen, aku persilakan...wasalam