Salam semua. Saje untuk suka suka je nih...tin ni ada orang yang akan buang selepas minum. Ada jugak yang kumpul pastu pg jual ke kedai kitar semula. Dan ada juga yang akan simpan untuk dibuat koleksi. Ehe. So, apa yang anda buat dengan tin ini? Lu pikirla sendiri...
Memaparkan catatan dengan label ITEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ITEM. Papar semua catatan
Khamis, 20 Disember 2012
Khamis, 29 November 2012
MENANGI KOLEKSI SET VAN MILO MINI!
Assalamualaikum. Dulu aku pernah post berkenaan peluang untuk mendapatkan van Milo mini di entry bertajuk VAN MILO...MASIHKAH ADA PELUANG?. Masa tuh aku terlepas pandang berkenaan tarikh peradun tuh, dan kali ni aku balik lagi ke Giant Seri Manjung dan mendapati masih ada promosi van Milo mini ni.
Tarikh ada tulis kat bahagian bawah papan promosi tuh. Tapi gambar tak berapa nak jelas. Tarikh tulis kat situ peraduan ni bermula dari 25/10/2012 - 15/12/2012.
Mungkin ramai yang dah tau kut. Aku jer yang baru agaknya. Tak kisahla. Tapi sesiapa yang masih nak lagi Van Milo Mini ni boleh rebut peluang ni. Masih ada masa lagi. Kalau nak cepat, carilah di Mudah.my atau sesiapa yang nak jual. Tapi harga up sket la. Biasa la tuh. Sekian
Jumaat, 23 November 2012
NILAI TANDATANGAN ROSHAM NOR?
Assalamualaikum. Kali ni aku nak kongsi pasal tandatangan aau pun signature. Kalau dalam kehidupan seharian, tantatangan memang penting. Guna untuk urusan bank, sekolah, dan macam macam. Memang penting sebagai tanda pengenalan seseorang. Antara kriteria barangan limited edition atau edisi terhad yang menjadi buruan ramai collector di luar sana ialah mempunyai tandatangan. Memang boleh menaikkan nilai sesuatu barangan. Kalau tandatangan melibatkan tokoh yang terkenal, memang nilai boleh up. Boleh lelong sampai harga berjuta. Kalau pemilik tandatangan tu dah meninggal dunia lagi la nilai boleh up, sebabnya sumber original dah takde. Tapi itu semua bergantung kepada nilai yang diberikan oleh para pengumpul.
Aku dah melawat beberapa blog seperti www.norizwanruslan.com , www.nizarazu.com dan miazarraannur.blogspot.com dan aku dapati tajuk yang sama berkenaan tandatangan termahal di dunia. Antaranya ialah
Tandatangan William Shakespeare yang asli dikatakan hanya ada 6 di muka bumi ini dan dikatakan tandatangan yang termahal di dunia iaitu dianggarkan $5juta iaitu RM 15 Juta bagi duit Malaysia setiap satu.
Tandatangan lagenda gitaris Jimmy Page pernah mencecah $49,000 iaitu sebanyak RM 275, 000 di suatu jualan lelong. Tandatangan ini ditandatangani di sebuah gitar.
Di negara kita ni pun ada juga tandatangan yang bernilai tinggi. Antaranya ialah RM 1 prefix CR sign Tan Sri Ali Abul Hassan ataupun terkenal dengan RM1 sign 'Aishah'
Harga sekeping mencecah RM 1 ribu lebih. Macammana boleh jadi hal macam ni boleh rujuk blog Dato' Sharudin sharuddin58.blogspot.com. Memang menarik, tapi aku masih tak berpeluang memilikinya. Tapi seingat aku, aku pernah ada duit ni dulu tahun 2000 tapi time tuh tak tau pun pasal benda ni. Yang aku tau sign Aishah jer. Malangnya aku tak ambil kisah dan dah terguna agaknya.
Yang menariknya, Power Root pernah keluarkan mug edisi terhad yang ada sign Rosham Nor dan Mawi.
Kedua duanya ialah artis terkenal di Malaysia. Persoalannya, agak agak boleh tak nilai mug yang ditandatangani diorang ni boleh mencecah harga yang tinggi lebih lebih lagi kalau diorang ni dah meninggal dunia satu hari nanti? Mungkin boleh sepertimana yang aku bagitau awal tadi, semuanya bergantung pada penilaian para collector. Jika ramai yang nak, maka harga akan naik....Sekian.
Label:
BANKNOTE,
COLLECTABLE,
INFO,
ITEM,
MUG,
POWER ROOT,
RM 1
Ahad, 18 November 2012
SHELL + FERRARI + LEGO
Salam. Baru baru ni, terpampang dalam tv, suratkhabar berkenaan fenomena terbaru yang Shell bawak dengan kerjasama Ferrari. Shell + Ferrari biasalah kita dah pernah saksikan dulu. Diorang pernah keluarkan model kereta Ferrari yang boleh dibeli di stesen minyak Shell. Kali ni lagi best, Shell + Ferrari + Lego. Hasilnya memanglah sesuatu yang membangkitkan fenomena bagi pengumpul pengumpul barangan seumpamanya. Dengan dah terbinanya Legoland di Johor, maka sekaligus nilai bagi Lego yang asalnya hanyalah jenama permainan masa aku kecik kecik dulu telah melambung naik dan berbaloi untuk dikumpul.
SET KERETA FERRARI YANG DIBUAT KHAS DENGAN BLOK LEGO
KEPALA LORI PUN ADA
Nak dapatkan mudah ajer..cuma pergi ke Stesen minyak Shell dan isi minyak Ron 95 RM40 so bolehlah beli satu model dengan harga RM12.90..Ha..dan jangan lupa gunakan kad Bonuslink..kalau takde kad tak boleh beli. Kalau isi V power Racing boleh dapat harga RM10.90
(info ni aku dapat dari FB Shell)
DAPAT YANG NI MEMANG BEST
SET MINIFIGURES
KENE BELI MINYAK MAHAL BARU DAPAT BELI NI
KALAU SHELL JUAL SET MACAM NI KAT STESEN MINYAK MEMANG TERBAIK!!!
Label:
COLLECTABLE,
FERRARI,
IKLAN/PROMOSI,
INFO,
ITEM,
LEGO,
SHELL
Khamis, 15 November 2012
BOBOIBOY DI PETRONAS
Assalamualaikum...kepada peminat BoboyBoy terutamanya kanak kanak atau bapak kanak kanak,Petronas telah mula menjual 'Action Figure' watak watak dalam BoboiBoy. Bulan lepas lagi aku dah terperasan iklan dia kat stesen minyak Petronas, tapi masa tu aku tanya diorang cakap stok tak sampai lagi..baru sampai papan iklan je dulu. Disebabkan sibuk aku pun lambat meletakkan post ni dalam blog aku nih.
So, baru ni jer aku tengok Facebook Boboi Boy dan ini adalah maklumat pembelian dan sedikit gambar
( semuanya dari Facebook BoboiBoy)
Hanya RM19.90, diskaun menjadi RM 16.90 dengan pembelian RM15 ke atas. Cepat sementara stock masih ada!
Diorang keluarkan sket sket dulu..first keluar Boboiboy Angin dan Yaya, bulan depannya baru set ke 2 BoboiBoy Tanah dan Ying, Last baru set ke 3 BoboiBoy Petir dan Gopal.
Skang ni dah kuar untuk set yang ke-2
Aku baru jer dapat beli Action Figure YAYA. Aku tak bercadang pun untuk simpan, cuma beli untuk anak aku main jer. Dia memang minat BoboiBoy ni terutamanya Yaya yang suka buat biskut tak sedap.
Nasihat untuk diri aku dan kawan kawan, setahu aku (kalau ada silap sila perbetulkan) kita sebagai orang Islam dilarang menyimpan patung atau apa sahaja berbentuk patung sebagai hiasan. Tapi kalau mainan anak anak kecil yang dia pijak-pijak dan campak-campak, itu dibenarkan. Hanya sebagai mainan anak kecil.
Selasa, 28 Ogos 2012
KOLEKSI SAMPUL DUIT RAYA 2012
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya...Alhamdulillah tahun ni aku dan keluarga berhari raya pertama di Seri Manjung di Perak. Raya ketiga kami beraya pulak kat Bukit Tanah, Selising di Kelantan. Anak aku yang baru masuk 3 tahun beraya sakan tahun ni sebabnya mungkin baru tahu mengenai hari raya..dulu masa kecik memang langsung tak tau. So, mana mana pergi beraya adalah yang memberi duit raya untuk anak aku. Alhamdulillah banyak lah jugak dapat..boleh buat simpanan dalam tabung haji.
Yang aku nak post ni berkenaan sampul duit raya yang anak aku dapat. Mulanya aku buat tak tau ajer pasal sampul duit raya ni..tapi isteri aku dalam diam mula mengumpul sampul sampul ini..ehe..Isteri aku cakap design setiap tahun sampul ni berubah ubah terutamanya kalau sampul bank..mesti ada design baru setiap tahun. So, aku pun support jugak la sepertimana dia support hobi mengumpul duit aku ni. Antara banyak sampul yang anak aku dapat, aku view kat sini mana yang aku rasa unik...So, layan ajer la..
PETRONAS
AL-IKHSAN (DEPAN)
AL-IKHSAN (BELAKANG)
PERODUA
HONG LEONG ISLAMIC
SSPN
KELANTAN FA
RED WARRIOR
(BELAKANG)
KELANTAN FA (DEPAN)
ADA TOK GURU LAGI
SATU MALAYSIA
JAB PERDANA MENTERI
TESCO
ADA DUA DESIGN
SAMPUL YANG LAIN LAIN DARI PELBAGAI SYARIKAT DAN JENAMA
Sabtu, 28 Julai 2012
KALAU TAKDE DUIT, BAYAR PAKAI BEG DUIT PUN BOLEH LAH...
Salam..ha, aku memang tertarik betul dengan beg duit bercorak matawang ni. Beg duit ni keluaran dari www.white.my.
RM50 TUH..TAPI DALAMNYA KALAU ADA RM1 JER NAK BUAT MACAM MANA..EHE
RM 5..KALAU BAYAR PAKAI BEG DUIT NI AGAKNYA KEDAI TERIMA TAK?
Cool jugak la beg duit macam ni..jadikan koleksi?Ok jugak kut. Macam setem duit jugak. Apa yang kene mengena dengan duit boleh dijadikan sebahagian koleksi. Kiranya pelbagaikan stok la. Buat cuci cuci mata.
BAHAGIAN DALAM BEG DUIT..SIAP ADA PREFIX NO LAGI TUH
Kalau sesiapa yang nak memiliki beg duit ala duit ni boleh layan www.white.my
Pergi kat bahagian COOL STUFF dan klik kat HI FUN
Selain duit Malaysia duit luar negara pun ada....layan ajer la ek....
50 POUND
SURAT PUN ADA..SIAP SETEM LAGI TUH
Label:
BANKNOTE,
COLLECTABLE,
IKLAN/PROMOSI,
INFO,
ITEM,
RM5,
RM50
Rabu, 13 Jun 2012
BAS OLIMPIK LONDON 2012
Assalamualaikum. Olimpik London semakin hampir. Skang ni macam macam barang keluar dengan mempromosikan Olimpik London. Para collector pun seronok bila memiliki barang jenama terpilih + Olimpik London. Yang aku nak post ni bukan barang limited edition pun tapi aku rasa amat tertarik dengan bas mainan anak aku ni. Bas ni adik ipar aku beli untuk anak aku. Siap dengan design Olimpik London 2012. Dapat jer kat anak aku sebelum bas ni tercabut tayar, aku snap dulu gambar untuk kenang-kenangan. So , layan je la post merapu aku ni ye...
Warna merah bas ni pun nampak menarik.
Alhamdulillah, bas ni kini masih dalam keadaan baik dan sempurna.
Khamis, 7 Jun 2012
BEKAS AIR 3D TOM N JERRY
Assalamualaikum. Nak cerita ringkas jer. Jalan jalan di Giant lagi aku masuk kat Guardian. So, ternampak pek colgate berserta bekas air 3D Tom n Jerry. Bekas air yang cantik ni memang sesuai untuk anak aku. Dia pun minat Tom n Jerry ni. Bagus untuk menggalakkan anak aku banyak minum air masak.
KENA PAKAI SPEK 3D KUT BARU NAMPAK TIMBUL
TAPI SPEK MATA KENE BELI LAIN LA
Ada 4 design kesemuanya, tapi time aku beli ni hanya tinggal sepeket kaler kuning ni ajer. Laku sangat kut. Lawa design dia.
Kepada rakan-rakan collector, dapatkanlah kesemuanya. Aku dapat satu ni pun alhamdulillah la. Sekian.
Ahad, 20 Mei 2012
KERETA KEBAL T-55A (3RD SERIES)
SIRI 3
T-55A
POLISH ARMY
PRAGUE (CZECHOSLOVAKIA)-1968
Salam, seperti yang dijanjikan ini dia entry untuk siri ke -3 koleksi kereta kebal. Model untuk siri ke -3 ini ialah kereta kebal yang digunakan tentera Poland pada tahun 1968. T-55A ini terlibat dalam operasi penaklukan Czechoslavakia (sumber dipetik dari majalah yang disertakan)
Ini imej yang aku snap. Saiz kecil tapi berkuasa
GUN 100MM d-10T25
ADA MACHINE GUN KAT ATAS
UNTUK MENEMBAK JATUH SASARAN DARI UDARA
SIRI 3 DISERTAKAN JUGA DENGAN FAIL UNTUK MENYIMPAN MAJALAH
INFO BERKENAAN KERETA KEBAL
DALAM BEKAS DISPLAY
(FOR DISPLAY ONLY)
NANTIKAN SIRI KE 4
Sabtu, 19 Mei 2012
KOLEKSI KERETA KEBAL
Salam semua. Skang ni aku bersama-sama rakan sekerja aku sibuk mengumpul koleksi kereta kebal. Aku mulanya tak cari pun tapi lepas beberapa orang rakan aku terutamanya collector model die cast sibuk bercerita berkenaan kereta kebal ni, aku pun mula la terjangkit. Best jugak simpan kereta kebal ni
MODEL SIRI 1 DAN SIRI 2
SIRI 1
TIGER TANK-JERMAN (1943)
SIRI 2
M1A1HA ABRAMS -US (2003)
Koleksi kereta kebal ni ada 13 siri kalau aku tak silap. Di Malaysia baru je muncul setakat 3 siri. Kalau di Kuala Lumpur atau bandar besar mungkin pegeluaran lebih cepat. Tempat aku ni pekan kecik je, baru sampai siri 3 minggu lepas ( aku dah pun beli ). Ehe. Siap pesan lagi kat tauke kedai tu suh simpan sebab benda ni laku macam goreng pisang panas. Siri 1 dan 2 yang aku beli ni pun tauke tuh amek dari order yang kali ke dua.
NI PACKAGING SIRI 1. MENARIK.
HARGA PUN MURAH LAGIK
RM9.90
BAHAGIA BELAKANG PACKAGING SIRI 1
SETIAP MODEL DIBUAT IKUT SKALA 1:72
Setiap siri kereta kebal ni datang skali dengan majalah COMBAT TANKS COLLECTION. Majalah lengkap dengan penerangan berkenaan kereta kebal , sejarah, taktikal perang dan sebagainya.
Ni antara apa yang terkandung dalam majalah untuk siri 1 dan siri 2
Lagi gambar-gambar berkenaan model kereta kebal siri 1 dan 2
BERSEDIA UNTUK BERPERANG
So, aku bercadang untuk kumpul kesemuanya ..buat masa sekarang baru ada 3 siri (siri 3 akan aku post kemudian). Aku harap berjaya la ku kumpul semuaya. Dulu aku try kumpul kereta Ferrari dan James Bond tapi semuanya selamat jatuh ke tangan anak aku dan ada yang hilang, berkecai dan sebagainya. Kereta kebal ni pun kat packaging dah siap bagi warning yang berbunyi 'MODELS FOR COLLECTORS. NOT SUITABLE FOR CHILDREN UNDER 14 YEARS OLD'. Sekian
Langgan:
Catatan (Atom)




























































