Memaparkan catatan dengan label LEGO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LEGO. Papar semua catatan

Rabu, 21 November 2012

SHELL PULAK BUAT HAL...SALAH SIAPA?

Assalamualaikum...dah dua post aku kongsi berkenaan dengan kereta Shell LEGO.  Di sebalik kemeriahan sambutan orang ramai nak dapatkan model edisi terhad ni, tetiba pulak ada masalah timbul berkenaan syarat kelayakan untuk membeli set tersebut.  Mulanya aku tak tau pun..tu sebab la tulis post sedap jer. Lepas tuh aku pergila mengisi minyak di Shell Kubang Kerian dekat dengan Istana. Nak isi minyak Ron 95, guna bonuslink dan nak beli satu model dengan harga RM12.90.  Pastu kakak kaunter tu pulak kata kene isi Ron 97 baru la dapat beli.  Kalau tak kirim salam ajer la.  Aku tanyala sebab apa tak boleh pulak.  Dia kata sebab Ron 95 dah ada subsidi.  Tak tau la apa kene mengenanya.  Aku berkeras jugak bagitau yang Shell tempat lain aku tanya dulu boleh ajer beli.  Kakak tu hanya tersengih dan dia passing aku pada makcik kaunter pulak. Bos kut. Makcik tuh kata peraturan baru tapi takpelah dia still bagi aku beli menggunakan kuasa budi bicara dia. La..boleh pulak. Time tuh aku terfikir, hal ni peraturan baru HQ Shell atau stesen pandai pandai buat rule sendiri.  Dalam post terdahulu BERBALOI UNTUK KOLEKSI aku dah nyatakan serba sedikit syarat pembelian dari laman web Shell www.shell.com.my. Kali ni aku letak lagi skali


TENGOK YANG HIGHLIGHT TUH..RON 95 TUH BUKAN OTHER SHELL PRODUCT KE?

Dalam iklan Shell suratkhabar pun tak cakap pun kene beli RON 97



IKLAN TAK SENTUH PUN PASAL HARGA RM10.90 V POWER. PASAL HARGA RM10.90 TUH PUN TGK KAT WEBSITE JER. SO, SALAH SIAPA?

Disebabkan kekeliruan iklan ni la telah mencetuskan kemarahan dan ketidak puas hatian orang ramai di FB Shell


Alhamdulillah, pihak Shell pun dah bagi feedback dan dah pun mengumumkan berita terbaru berkenaan pembelian set LEGO ni di www.shell.com.my


BOLEH BELI PAKAI KAD BONUSLINK SAHAJA..TAK BELI MINYAK PUN TAKPE. HARGA RM12.90. TERHAD UNTUK SATU PEMBELIAN SAHAJA. UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BOLEH TERUS KE LINK NI


SO, LEPAS NI KITA TRY LA BELI SAJER PAKAI KAD BONUSLINK..TAK PAYAH ISI MINYAK..TENGOK BERJAYA KE TAK.....

Pada pendapat aku, maslah ni tak sepatutnya timbul memandangkan pihak Shell dah berpengalaman dalam mempromosikan produk edisi terhad ni.  Kalau dari awal macam ni lebih elok.  Sape beli Ron 97 baru la dapat beli dengan harga diskaun. Baru berbaloi dengan harga minyak yang mahal tuh



DAPAT BELI YANG KALER KUNING ..KALAU LEPAS NI TAK BOLEH BELI JUGAK TERPAKSALAH AKU STOP COLLECT KERETA NI..TAKKAN NAK ISI RON97 PULAK..

SEKIAN



Ahad, 18 November 2012

BERBALOI UNTUK KOLEKSI

Assalamualaikum. Memang menakjubkan bila aku survey kat Ebay berkenaan model Lego kereta Ferrari Shell ni. Di luar negara, model Lego ni dah lama dikeluarkan. Di Malaysia sahaja baru nak dijual. Alhamdulillah, harga masih murah dan mampu dibeli.  Dalam Ebay, aku dapati harga seunit dah melambung naik sehingga area RM30-RM40.  Kalau set minifigure dah jadi RM100 lebih.  Kalau satu set pulak, harga melambung nak sampai mencecah RM500.  Nak terduduk bila tengok harga tu.  Tapi memang dah dijangka pun yang produk LEGO memang bernilai. Lebih lebih lagi produk ekslusif edisi terhad ni.  

Bawah ni aku paparkan apa yang aku dapat dari laman Ebay.  


SET MODEL KERETA
USD 15.99 = RM 49.11


SET MINIFIGURE
USD 35.99 = RM110.54


USD 34.90


3 SET KERETA + 1 SET MINIFIGURE
USD 50.99 = RM 156.62


PALING HEBAT
7 SET = USD 189.99= RM583.55

Menakjubkan, inilah dia dunia hobi koleksi.  Bagi penggemar koleksi macam aku dan rakan rakan yang lain, perkara seumpama itu dah memang dalam jangkaan. Benda limited edition, harga memang akan up. So, sementara boleh dapat murah ni apalagi, mari kita cuba kumpul. Murah - murah pun kene ikut kemampuan.  Janganla menghabiskan setangki minyak kereta untuk beli satu satu model. Slow-slow, ikut kemampuan. Kalau ada rezeki, Insyaallah semua set akan berjaya dikumpul.  Kalau tak dapat jugak, ehe..sediakanlah duit RM500....Apapun, beli harga 12.90 ke atau RM40 ke atas dua dua pun akan berbaloi seandainya minat mengatasi segalanya. Sekian





SHELL + FERRARI + LEGO

Salam.  Baru baru ni, terpampang dalam tv, suratkhabar berkenaan fenomena terbaru yang Shell bawak dengan kerjasama Ferrari.  Shell + Ferrari biasalah kita dah pernah saksikan dulu.  Diorang pernah keluarkan model kereta Ferrari yang boleh dibeli di stesen minyak Shell.  Kali ni lagi best, Shell + Ferrari + Lego.  Hasilnya memanglah sesuatu yang membangkitkan fenomena bagi pengumpul pengumpul barangan seumpamanya.  Dengan dah terbinanya Legoland di Johor, maka sekaligus nilai bagi Lego yang asalnya hanyalah jenama permainan masa aku kecik kecik dulu telah melambung naik dan berbaloi untuk dikumpul.


SET KERETA FERRARI YANG DIBUAT KHAS DENGAN BLOK LEGO
KEPALA LORI PUN ADA

Nak dapatkan mudah ajer..cuma pergi ke Stesen minyak Shell dan isi minyak Ron 95 RM40 so bolehlah beli satu model dengan harga RM12.90..Ha..dan jangan lupa gunakan kad Bonuslink..kalau takde kad tak boleh beli.  Kalau isi V power Racing boleh dapat harga RM10.90
(info ni aku dapat dari FB Shell)



DAPAT YANG NI MEMANG BEST


SET MINIFIGURES
KENE BELI MINYAK MAHAL BARU DAPAT BELI NI 



KALAU SHELL JUAL SET MACAM NI KAT STESEN MINYAK MEMANG TERBAIK!!!