Memaparkan catatan dengan label RM2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RM2. Papar semua catatan

Ahad, 8 Julai 2012

SAMPUL DUIT RAYA 2012

Assalamualaikum...Alhamdulillah, lagi beberapa hari je lagi seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Selepas sebulan menikmati nikmat Ramadhan, Syawal pula bakal kita sambut sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran atas nikmat yang Allah telah kurniakan.  Duit baru pun  bakal diedarkan sebelum Raya ni..insyaallah.  Boleh tengok post lama saya LAMA DAN BARU.

Seiring dengan pengedaran duit baru tahun ni...apa kata kenekan dengan sampul duit raya yang unik.  Baru budak-budak rasa teruja..Teruja dengan sampul duit n bila bukak teruja pulak dengan duit raya baru walaupun RM1..takpun 50 sen baru..ehee.  Luar dalam semuanya barang baru punya.

  
SAMPUL DUIT RAYA 2012
ADA 8 DESIGN SEMUANYA



 KOD 1 : GORAYA

KOD 2 : LUMIA


KOD 3 : BEN10


KOD 4 : iPHONE

KOD 5 : SAMSUNG GALAXY NOTE


KOD 6 : MONEYBOOK


KOD 7 : ANGRY BIRD



KOD 8 : TWITTER


Menarik kan?  So, sesiapa yang teringin nak membuat anak-anak kita teruja dan lebih gembira di Hari Raya ni bolehlah membuat tempahan secara pre order melalui blog ini atau lawati facebook 
DINEE COLLECTION untuk info harga dan detail yang lebih. 
Boleh jugak PM terus facebook NORIS MALIZA

Secara ringkas info sampul ni

ada 8 design semuanya
1 paket ada 5 keping
bole campur2..

PRE-ORDER DARI 8/7/12 SEHINGGA 15/7/2012 SAHAJA
SO KENA CEPAT...K


SAIZ SAMPUL..TAK DAPAT NAK GAYAKAN DENGAN DUIT BARU ..
KENE TUNGGU  15 JULAI NI LA...



SEKIAN...


Khamis, 24 Mei 2012

SATU HARI DI HARI KHAMIS (PART 1) RM2 LOVE

Assalamualaikum...penat betul hari ni. Walaupun minggu ni budak exam tapi tetap penat sebabnya aku kene masuk jaga exam empat kali hari ni ditambah pula dengan kes disiplin budak kat asrama.  Nak ceritanya kat sini hari ni budak exam paper sivik.  Berlagak habis diorang ni jawab paper sivik..senangla kononnya..cepat jer jawab..sekelip mata je.  Time paper kimia aku terjelir-jelir menjawab.  So, masa aku menjaga kelas tuh adala sorang budak ni sibuk pulak main dengan dompet dia.  Aku pun mintak la dompet dia nak spot check sket.  Manala tau ada gambar tak senonoh ke, gambar blue ke.  Budak-budak ni bukan boleh percaya sangat.  Bukak aje dompet dia aku tengok sesuatu yang agak menyakitkan hati jugak la.  Bukan gambar blue tapi yang ni ha...


RM 2 yang dilipat lipat jadi la bentuk love ni.  Apala budak ni...collector bersusah payah mendapatkan RM2 yang semakin pupus di edaran ni tapi budak-budak ni senang senang je melipat-lipat.  Budak ni cakap sebab payah nak dapat la dia lipat bentuk macam tu.  Nak simpan. Ceh..apa ko ingat bila jadi bentuk love ni dah dikira 'rare' ke. Apala.  Pastu aku terperasan pulak budak ni ada RM 10 ZD.  So, aku pun offer la nak tukar. Ehe.  Aku pun terangla sket pasal ilmu numismatik ni.  So, budak ni pun setuju nak tukar dengan RM10 yang lain.  Ni la RM10 ZD hasil barter dengan student aku....


Hari Khamis ini masih belum berakhir...ada benda yang aku perlu laksanakan lepas habis sekolah...

BERSAMBUNG


Sabtu, 5 Mei 2012

RM2....

Aku ingat lagi masa awal mula - mula RM 2 kertas dikeluarkan.Masa tu memang bestla dapat duit RM2 boleh-boleh bile time raya.RM1 jadi tak berapa laku pulak masa tu....ehe..walaupun dapat RM1 dua keping pun masih tak menyamai keseronokan dapat RM2..Beredar mengikut masa RM2 lama kelamaan menjadi seperti duit kertas yang lain. Beredar terus menerus dalam kitaran perniagaan dan jual beli.  Bergerak dari tangan ke tangan. 

Sekarang ni, RM2 dah tak keluar dah...tapi alhamdulillah..tergerak aku nak simpan RM2 ni...duit kertas aku mula mula rase nak simpan ialah RM 2 ni.

RM 2 pertama aku simpan..sign Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don


 RM 2 yang ni pulak...sign Tan Sri Dato' Seri Ali Abu Hassan


yang ni pulak RM 2 sign Tan Sri Dato' Seri Ali Abu Hassan jugak..tapi versi sign kat tengah


RM 2 yang last ni aku dapat dari adik ipar aku..die bagi free je..thank you bro...Sampai sekarang ni aku tak dapat dah RM 2..pg kedai pun tak dapat dah..so..kirenyer berharga jugak la 3 keping RM 2 ni...walaupun condition tak seberapa, tapi ok lah..adala value lagi....wsalam.