Memaparkan catatan dengan label MANCIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MANCIS. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Disember 2012

PANTAI PRIMULA HOTEL, KUALA TERENGGANU

Asssalamualaikum.  Koleksi terbaru kotak mancis hotel keluaran Pantai Primula Hotel di Kuala Terengganu yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman.  Yang pastinya ianya kotak mancis lama yang mempnyai no telefon masih lagi 6 angka dan menggunakan perkhidmatan Telex.


DESIGN YANG MENARIK


MANCIS WARNA PINK


NO TELEFON MASIH 6 ANGKA


Selasa, 18 Disember 2012

TRANSFORMASI KOTAK MANCIS

Assalamualaikum.  Sekarang ni makin syok pulak mengumpul kotak mancis ni hotel ni.  Setiap hotel membawa identiti sendiri melalui kotak mancis masing masing.  Kalau dapat kotak mancis dari hotel lama lagi berbaloi. Kadang kadang kita tak perasan nilai sejarah yang ada walaupun dari kotak mancis yang kecik ni.  Dulu aku pernah pos berkenaan kotak mancis Travelodge Hotel yang terletak di Kangar.  Kali ni aku dah dapat pulak kotak mancis dari hotel Putra Palace juga terletak di Kangar.  Uniknya, kedua dua hotel ini adalah hotel yang sama cuma nama sahaja berbeza.  Skang ni nama Travelodge dah jadi sejarah dan telah pun bertukar nama sebagai Putra Palace.  So, kotak mancisnya pun mengalami transformasi...


ALAMAT YANG SAMA, TEL DAN FAX YANG SAMA
PEMBAHARUAN DENGAN ADANYA WEBSITE


Isnin, 17 Disember 2012

TAMBUN INN IPOH

Assalamualaikum.  Baru dapat sekotak mancis dari Hotel Tambun Inn, Ipoh.  Hotel ni masih wujud dan berdiri megah di bandaraya Ipoh, Perak.  Memang hotel yang dah lama dan agak terkenal di Ipoh satu ketika dulu.  Banyak persidangan dan mesyuarat penting pernah dijalankan di sana.  Antara yag pernah menginap di sana ialah abah aku yang sewaktu ketika tu menghadiri mesyuarat Pengetua di sana. Tahun bila aku pun tak tahu.  Abah aku pun dah tak ingat. Antara cendera hati yang dibawa pulang ialah mancis khas dari Tambun Inn.


KLASIK


MANCIS HIJAU


TAMBUN CAFE


MEMANG LAMA DAH NI
TAKDE WEBSITE LAGI TIME NI..GUNA TELEX DAN CABLE JE





Jumaat, 7 Disember 2012

HOTEL KANGAR TRAVELODGE, PERLIS

Assalamualaikum.  Bagi warga Perlis khususnya di Kangar, mesti tahu pasal Hotel Travelodge di Kangar.  Aku dan keluarga aku pernah menginap di situ suatu masa dulu time kakak aku belajar di Universiti Utara Malaysia. Area tahun 1998.  Masa pergi tuh, kami memang membawa balik barang hotel yang ada dalam bilik tuh macam mancis, syampu, sabun.  Time aku balik Seri Manjung hari tuh, aku terjumpa kotak mancis Hotel Travelodge ni. Yang buat aku nak simpan kotak mancis ni ialah, skang ni Hotel Travelodge ni dah bertukar nama ke Hotel Putra Palace. So, kotak mancis dia pun mungkin dah tulis Putra Palace.  Apalagi, kita kumpul dan simpan!!


MASIH ADA MANCIS DI DALAM



BANGUNAN HOTEL 
SUMBER GAMBAR : traveling2u.blogspot.com